Friday, December 05, 2014

Pengalaman Pahit Dengan Noraini's Cookies





Kecewa sangat sangat sangat dengan @noraini's cookies. Kadang2 kita fikir nak bantu produk bumiputra, bantu org melayu.... Tp cuba fikir kalau korang berada di tempat aku, apa yang korang rasa??

Aku pergi MAHA2014, kebetulan tgh nak mencari produk makanan untuk dimasukkan ke dalam goodie bag untuk diagihkan kepada semua pekerja bersempena hari Family Day kami. Aku percaya kalau beli kat MAHA kita beli direct dari pengilang, tak pakai org tgh.. Harga pun jauh lebih jimat. Save cost utk kompeni. Itu pandangan aku.

Kebetulan @Noraini's cookies ni buat promosi, beli 5 percuma 1 kalau tak silap aku. Bila aku kira2 balik... Ok la... Boleh berjimat kalau beli camni. So aku pun cakap la kat penjual tu, saya nak beli 3 carton (1 ctn bubur lambuk, 1 ctn porridge ayam, 1 ctn bihun express) setiap ctn mengandungi 30 mangkuk. Tiba2 bila aku cakap nak beli banyak, budak penjual tu cakap, "sorry kak, kalau beli carton tak boleh dapat harga spesial ni. Saya kena jual harga biasa rm1.80 sebiji. Ini harga pemborong untuk jual balik." Terkejut aku. Aku cakap, "Sy bukan nak jual balik, sy nak buat gift untuk pekerja2 kilang." Jurujual tu cakap, "sorry la kak, kalau pakai ctn mmg harga ni". So... Aku buat calculation lagi sekali... Tp memikirkan masih dalam budget walaupun harga banyak beza... Dan semangat nak tolong syarikat bumiputra punya pasal... Aku beli gak. (Walhal sbnrnya harga yg dia offer tu ko boleh beli brand lain yg lebih terkenal dalam MAHA tu dgn harga yang sama).

Masa dia packing tu aku sempat pesan, "make sure cek elok2 ye, especially tang tarikh luput." 3-3 pekerja angguk je. Lepas dowang tolong packing dan ikat kotak aku perasan yg kotak bawah sekali mcm berbintik2 dan kotor, tp sbb pekerja kat situ dh confident dowang cek, aku pun percaya je la kat dowang." Bayangkan 3ctn ko angkut dari ekspo MAHA tu ke tmpt parking yg bapakkkk jauh... Berjalan kaki, panas terik... Takpe. Jimat sikit punya hal la konon.

Sampai kat ofis esoknya, kami mula la nak start packing. 2 ctn yg mula2 bukak, ok. Masuk ctn ketiga yg berbintik2 tu aku dah mula rasa tak sedap hati sbb ada mcm bau hapak lipas. Bila aku bukak je kotak tu, bahagian lapisan bawah ditumbuhi kulapuk, habuk dan pasir , lepas tu ada beberapa kumbang hitam dalam kotak tu. Bila aku cek satu2 persatu mangkuk, ternyata ada tebukan2 kecil yang menunjukkan parasit tu dah berumah di dalam mangkuk2 bahagian bawah... Lebih kurang 10-12 mangkuk yang mmg dgn mata kasar nampak terjejas teruk, yg lain2 tak berani nk cakap sbb tak nampak lubang tapi berpasir.

Aduhhhh kecewanya.... Aku rasa mcm malas nak panjangkan hal ni. Nak tutup mata je sbnrnya, tp aku pk, pengguna mcm ni la yang buat kompeni2 ni tak hirau ttg kualiti produk dowang. Maka kami pun call Noraini's Cookies untuk buat aduan berkenaan hal ni. Kami whatsapp semua gambar2 produk dan kotak kpd dowang dan minta dowang buat pertukaran secepat mungkin sbb nak pakai barang tu pada minggu yang sama.

Setelah bincang punya bincang dowang setuju tukar tapi dgn syarat kami perlu bawa barang tu dan tukar semula di kilang mereka. Bengangnya. Ko pengguna yang tertipu tapi ko kena turun all the way from B.B.Bangi ke kilang dia kat shah alam. Tadi konon nak berjimat, last2 dah la rugi skang kena tampung duit minyak nak turun ke shah alam plak. So bincang punya bincang.... Aku cakap why dont kita ambik tgh2, kita jmpa kat subang? (Sbnrnya subang bukan tgh2, dekat dgn dia sbnrny). Then dia setuju, dia suggest Subang Airport. Smpi Subang Airport, kami tunggu hampir sejam orangnya tak sampai2. Call plak tak angkat2...

Then kami call semula kompeni noraini's cookies ni. Penjual yang layan kami kat MAHA tu dgn angkuhnya menjawab, siapa suruh u tunggu dekat Subang Airport?? U kena datang kilang. Bos nak tgk dulu defect tu baru boleh tukar. Aiikk, masa kami buat komplen, pass call sana sini, bagi no phone orang sana sini, then lokasi ni bukan kami pilih, diorang yang pilih, then dia bleh cakap mcm ni?? Mcm mana la Noraini's cookies punya customer service ni??

Kalau korang jadi aku la, sebagai pengguna dan pembeli teraniaya mcm ni, apa yg korang akan buat??

 Sambungan dari kisah di atas:-

Lepas call dowang, aku bertegas minta dia datang subang airport sbb lokasi ni dia yang janji. Then dia jawab "kalau mcm tu, cik kena tunggu. Lagi sejam baru saya sampai." Sejam? Aku dah tunggu sejam. Takkan nak tunggu la
gi sejam?? Aku tanya kenapa mkn masa smpi sejam? Dia jawab, "sbb jalan jem". Duhhhhh.. Aku cakap takpe sy dtg kilang, bagi alamat kilang awak. Dia suh pakai waze/gps. Hati dah meluap2 panas ni.

Sampai je kilang. Sorang pekerja dia pmpn separuh umur terus ambik kotak dalam storage room dan tukar dgn kotak kami. Langsung tak cek kotak yang defect tu. Dalam phone tadi bukan main lagi kata bos nak cek dulu baru boleh tukar. Tak berkata sepatah pun, lepas tukar terus habis gitu je. Kami terpinga2 la. Aik camni je. Mana customer service. At least say something to us. Tadi bukan main lagi dlm tepon.

Then kuar sorang pakcik tua. Dia mcm dah tau apa hal yg berlaku. Dia pandang je kami dari jauh. Then bila dia dtg dekat terus aku cakap "Kami kecewa sungguh dgn Noraini's cookies buat kami mcm ni. Kami datang dari B.B.Bangi tau encik. Tunggu sejam kat subang airport. Mcm mana pekerja2 kat sini boleh layan kami mcm ni?? Sy akan adukan benda ni pada tribunal pengguna."

Lepas je aku cakap mcm tu, then kecoh la sekejap. Barulah pmpn penjual kat MAHA tu kuar dari lubuk dia dgn muka seposen konon mcm "baru terasa guilty". Pakcik tadi plak kelam kabut masuk ambik biskut 3-4 peket bagi kat aku. "Tolong la jgn panjangkan perkara ni." Haaaaaaa...... Tau plak cakap elok2..

Aku refused ambik biskut tu sbb hati mmg dah tercalar teruk sbnrnya. Tp pakcik tu paksa juga ambik dan cakap "amik je, org bagi tak baik tak ambik sambil memasukkan beg plastik kat dalam keta aku."

Akhirnya kami pun balik. Aku masih menunggu penjelasan Noraini's cookies pasal benda ni. Dia boleh pusing kot tang mana pun. Aku ada gambar dan rakaman perbualan telefon. Sms dan whatsapp pun ada.

At least this time u will learn how to treat customer properly. Mungkin selama ni kowang dapat customer yg pejam mata je... But unfortunately this time u mess with wrong person.


2 comments:

Kakcik Nur said...

Teruknya layanan mereka. Boleh letak kat fb kalau macam ni. Biar jadi viral pun.

Tapi nanti adalah pembela tak bertauliah menyibuk sama...

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/