Friday, November 14, 2014

Jangan Baca Entry Ni

 Aku ni mmg peminat novel.. kowang pun tau kan.
satu rak besar semua penuh ngan novel kat umah tu... Itu novel yg dikumpul dalam tempoh masa 10 tahun lepas.... Lebih 10 tahun lepas semua dimakan anai2 kat umah mak dah..

Nak dijadikan cerita, semenjak dua menjak ni beli novel tapi tak baca. Puncanya bila aku baca 3 muka surat pertama, aku kecewa dengan tulisannya. Satu perkara ttg aku ni, kalau aku rasa aku boleh tulis novel lebih baik dari penulis novel tu sendiri, aku akan rasa novel tu hampeh... dan ia akan memadamkan keinginan aku untuk meneruskan pembacaan sesuatu novel tu. Maka terjadilah banyak kes... (i mean berpuluh2 novel) yg aku beli aku hanya baca 3-4 muka surat pertama sahaja.... dan paling jauh pun sampai bab kedua.

Satu hari tgh aku pusing2 kat kedai buku untuk memilih novel terbaru dari penulis yang aku suka (lately, aku hanya baca novel dari penulis yang aku confident menghasilkan novel yang berkualiti dan menepati citarasa aku aje cth: Acik Lana, Evelyn Rose dan beberapa penulis lain ). Setelah belek2 punya belek... nyata.. my favourite authors belum mengeluarkan novel terbaru. Maka aku pun google la dengan keyword "Novel Terbaik 2014" Tup!!!! Keluar gambar novel bawah ni...
Aku pun terus cari novel ni kat rak. Ambik, terus bayar kat kaunter..... Tiba2 teringat... "Dik.. dalam blog kata buku ni ada sambungan ye? Cover dia hitam semua," tanya aku pada budak cashier tu.
"Haah, ada, tinggal sebiji je.. nanti saya ambilkan." Habis bayar kedua2 novel aku pun balik ke rumah dengan girangnya untuk mengestart baca.... dan...

Serius... mmg novel ni antara yang terbaik yg aku pernah baca. Buku ni membawa emosi yang berbeza. Bukan perasaan biasa bila kita baca novel cintan cintun, abg sado, kahwin kontrak dan sebagainya...
Novel ni telah memanipulasi perasaan aku dengan sangat2 different sehingga aku tak sabar2 nak menghabiskan bacaan dalam setiap lembaran kertasnya.

Habis je baca novel kedua yang aku fikir banyak mengungkap semuanya.... rupanya ada novel ketiga. Yang Akhir. Tapi seingat aku kedai buku POPULAR yang aku pi tu tak ada novel akhir ni. Dah habis rasanya. Nak cari kat kedai lain pun, payah, sebab bila ko nak beli buku ni ko nak sebut tajuk pun tatau... cakap kat budak kat kedai buku... Novel yg ada tiga garisan merah tu... Haishh... payah.... payah...

Lama2 aku beli kat mphonline sudah... mmg best la trilogi ni. Jangan la pk pasal logik bila baca buku ni sebab nama pun novel misteri. Lagipun sebagai Muslim kita pun perlu akur pada perkara yang tidak nyata (ghaib). Tapi novel ni mmg akan membawa kau ke satu jenis pembacaan yang berbeza... cuma satu je....
JANGAN TERBAWA-BAWA NOVEL NI DALAM KEHIDUPAN KORANG, OTHERWISE KORANG AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA DENGAN WATAK NOVEL.




Ismi Fa Ismail..... anda telah berada dalam carta hatiku. Antara Author yang pasti aku akan beli novelnya...
Baru beli 2 lagi novel dari Ismi.... nanti kalau berkesempatan, habis baca aku kongsi preview nyer yer...



1 comment:

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/