Thursday, July 17, 2014

Ini Bukan Iklan Berbayar..

Ini bukan iklan berbayar, aku pun x dpt komisen dari share benda. Btw aku nak ucapkan terima kasih kat Balkhis Ahmad sbb dia share benda ni dan buat aku tergerak hati nak cuba walaupun sbnrnya dah hampir putus asa nak cuba ubat2an yg akhirnya takde sebarang improvement.

Pengalaman pembedahan pertama di sini membuat aku jadi gentar, serik dan trauma untuk melaluinya kali kedua. Lebih-lebih lagi pembedahan appendik yang sebelum ini sepatutnya hanyalah minor operation telah menjadi major akibat komplikasi yang tidak dijangka semasa pembedahan membuatkan aku bertambah2 trauma.


Justeru apabila ultrasound yang dilakukan sebulan setengah yang lepas menunjukkan saiz cyst telah menjangkau 5cm lebih... aku mula membayangkan pembedahan sekali lagi...

Beberapa minggu berlalu aku mulai rasa kelainan. Antaranya aku sengugut pada waktu tak period dan a few things more. Jadi aku mendapatkan rawatan sekali lagi, hasil ultrasound menunjukkan saiz terkini pada waktu itu 6.5 - "too big - shall proceed to operation." Aku memaklumkan pada doktor bahawa aku sedang dalam follow-up dengan satu hospital swasta berkenaan sakit aku ni. (Bohong sunat). Sebenarnya aku tak sanggup nak menjalani operation lagi lebih2 lagi ini adalah pembedahan ketiga yang mana, mungkin juga pembedahan terakhir kerana kulit perut yang semakin menipis.

Sebenarnya aku mengambil masa 2 minggu untuk berfikir bagaimana aku boleh mempersiapkan minda, dan mental untuk menerima sebarang kemungkinan hasil dari pembedahan ini. Aku mula berfikir sekiranya ini adalah pembedahan terakhir, berkemungkinan kedua2 ovari aku akan dibuang terus bagi memberhentikan ovulasi dan menghapuskan kemungkinan berulangnya cyst. Bermakna aku akan menopause dalam usia 32 tahun. Haishhhh... mengeluh lagi.

Sehinggalah satu hari my colleague meng"update" satu status facebooknya memperkenalkan satu produk Kapsul Biji Aprikot. Sebenarnya aku malas nak try sebab biasa kalau aku cuba sesuatu produk, aku akan sangat berharap dan bila hasilnya mendukacitakan ia akan membuat aku frust kemenonggengan. Tapi aku dah takde pilihan lain. At least aku mencuba. Lagipun kalau tgk harga dia tak mahal mana pun. Apa salahnya I give a try. Last2 cuba jugak la benda ni.

Aku makan 2 kali sehari, masa sahur dan masa berbuka. Sekali makan 3 biji. Semenjak makan aku kerap sgt mengalami kekejangan kaki. Perut pun kadang2 rasa memulas. Tapi aku kuatkan hati kata, nak baik bukan senang. Then.. eventually the pain keep reducing. Hingga akhirnya aku sendiri dapat rasa "isi keras" di bawah perut berdekatan ari2 seakan mengecil. Tidak keras macam masa biasa. Tapi aku set dalam fikiran.... jangan terlampau mengharap. Genap 2 minggu aku makan kapsul ni aku pun pergilah semula ke klinik untuk ultrasound. Doktor pelik. Sebab katanya, "usually cyst we monitored by months, because in weeks u may not see any different." Aku cakap kat doktor, "saya makan ubat untuk kecutkan cyst doktor, that's y i need to know either the treatment is ok or not. If not, I will stop taking that medicine." Doktor angguk faham. Dan ketika scan, doktor mencari2 mana cyst aku yg sebesar gedahak dulu tu sbb dia cuma nampak sebiji cyst kecil bersebelahan dengan ovari. "You ada berapa banyak cyst?" - "Satu je." "That's y... mmg ada satu je cyst ni, quite small. 3.2cm je". Doktor tonyoh2 lagi... tak puas hati dia. Maklumlah baru 2 minggu lepas nampak cyst sebesar 6.5cm. "Yes Diana, it is getting smaller. Teruskan makan ubat tu. From my observation your cyst has no sign of cancer. Kalau cyst ni semakin mengecil, satu hari dia akan pecah dan turun bersama darah period." Airmata aku rasa macam nak mengalir.... tapi tahan.... tahan.... tahan... Syukur Alhamdulillah...

Trust me, aku bukan stokis dan aku tak dibayar untuk ini. I share bcos i care n bcos i know there are a lot of women suffering the same sickness.





4 comments:

Kakcik Nur said...

Syukur Alhamdulillah. Semoga cyst itu akan hilang terus dan memberikan pengharapan lain buat Diana. InsyaAllah.

Arrie said...

Hai vic I nak tanya u sikit pasal HR...can u email me at kbj6808@gmail.com

Ansari Md Repah said...

Me to ahmad_man@yahoo.com

cik bunga CP said...

Hi Sis Vic. boleh saya tahu nama ubat tu? sy tak boleh view gambar la.. crack.. refresh banyak kali pon still crack.. Thanks..