Wednesday, December 18, 2013

Bila Aku Tau Aku Appendix..

Eh eh... macam terlupa dah mcm mana nak taip kat blog, pasal lama dah tak post entry. heheheh... Ekceli nak update tu yg malas, tp comment2 masih jawab lagi. Tak sangka topik "Jadikan Akta Kerja 1955 sebagai perisai perang.":  dan "Domestic Inquiry Procedures / Proses Siasatan Dalaman" mendapat respon yang sesangat menggalakan dari readers. Kadang2 memang tak menang tangan nak reply semua komen. Nak taip blog pun takde masa... Minta maaf sgt kalau aku ter"reply" lambat. Sori sori sori...

My life.... mcm tu la... Up and down... lately banyak up sebenarnya. Alhamdulillah. Terima kasih atas doa kalian. Even tho Andy sebulan sini, sebulan lagi kat Pakistan... continuously... tapi our life is getting better. That is good. Jarang jumpa pun bagus gak, kurang bertekak. hahahahaha... Bila jumpa ada banyak benda nak cerita and share... dan kami saling komen mengenai perubahan diri masing2. Dulu kalau singgah kedai makan masing2 ngadap hp je... tak bercakap. Then kalau kita pakai tudung baru pun kadang2 husband tak pasan. Turun 10kg pun husband tak pasan.

Skang ni, kita turun berat sikit dia pasan. Pakai tudung pesen lain sket, dia dah pasan. Suami makin cerah, baru pasan. Bila makan kat kedai plak, banyak benda nak citer... sbb kisah sebulan... kadang2 time2 camtu la baru ingat balik, memori datang balik... then mulut pun tak berhenti cerita. So hp letak tepi. That makes our life interesting... better actually.




Ok... ekceli nak kongsi pengalaman operation Appendix aritu...

Adapun kejadian berlaku selepas 2 hari Andy berangkat ke Islamabad, Pakistan. 1 hari sblm Andy bertolak aku ada mengadu kat dia, sakit perut... dia tanya "sakit sangat ke?" Aku jawab "boleh tahan la". So dia assume tak serius la. Esoknya dia terus ke KLIA. Pagi keesokannya aku ke ofis cam biasa... walaupun dah 2 hari sakit perut. Tp sbb rasa aku boleh tahan lagi (sbb sakit tu tak le seteruk mcm aku kena senggugut. Senggugut aku lagi teruk, nak jalan tak leh bleh, baring nangis baring nangis). So bila kena sakit camni, aku rasa 'boleh tahan lagi ni'... Kebetulan pagi tu jem teruk giler... Terkandas la plak aku dalam keta selama 2 jam. Lambat masuk ofis. Kemudian ditambah ngan sakit perut. Bila dh lambat aku ambik la half day. Keluar balik dari ofis pi hospital KPJ Kajang (semalam aku pi klinik, doktor suh refer KPJ). Lepas tunjuk surat klinik doktor pun terus la menjalankan ujian yang sepatutnya ke atas aku...

Alih2 keluar je dari bilik rawatan seorang nurse datang pada aku minta kad insuran. Aku yg blur2 serahkan kad insuran kepadanya... sambil tanya "Saya ni kenapa sebenarnya?"
Nurse blur kejap, "Eh doktor tak cakap apa2 ke dengan puan?"
"Takde pun!"
"Puan masuk balik bilik No. 3 jumpa doktor dulu..."
Aku pun masuk bilik No 3, doktor tengah engage di talian, nampak macam kecoh sket. "Kena sediakan katil juga untuk dia hari ni. Kat wad maternity pun takpe," kata doktor tu...
Then dia letak phone, kelam kabut dia cakap "Diana, u confirm ada appendix. Almost burst. I tgh minta diorang sediakan katil untuk u. Jangan makan atau minum apa2 lagi mulai skang."
Aku tergamam.... tgk jam.... 12tengahari, kali terakhir makan tadi kul 10.00 pagi...ok.. boleh tahan ni.
Aku call Andy... aku nangis, dia terkejut. "Awak nak saya balik Malaysia?"
"Tak payah, appendix bedah sikit je. Doktor kata dalam 40 minit je.... Jangan risau".

Sampai ke malam, aku lum di"operate" lagi. Selain masalah teknikal, masalah insuran satu hal gak.
Mujur ada family ipar dan kawan2 temankan...
Terima kasih banyak2 untuk Azman dengan Izeay yg ada dari kul 7 petang sampai 3 pagi... tunggu aku keluar dari OT... terharu beb... serius...

Tepat jam 11malam aku ditolak masuk ke OT. Keadaan mmg lembik sbb tak makan dan minum. Harapkan air je diinject masuk dalam badan. Doktor jangka dalam 40 minit je aku akan keluar..... malangnya............

3 jam pembedahan.. untuk mengeluarkan appendix. Janjinya satu lubang kecil di sebelah kanan... hasilnya.... 3 tebukan di kiri, kanan dan tengah perut. Menurut doktor, "The most complicated appendix surgery that I had go through" Siap dia buat video lagi. Tengok dvd tu pun dah meremang bulu tengkuk. Aku hanya dibawa keluar dari OT jam 2 pagi... dan wajah pertama yg aku lihat sebaik aje celik.... Azman dan Izeay..
Emak dan ayah tiba jam 4 pagi... Esoknya doktor menunjukkan rupa bentuk appendix yg dikeluarkan kepada aku. Bengkak dan biru. "Almost burst, u r very lucky." Sampai skang dia pk camna aku leh drive sendiri pi hospital dan menanggung sakit sampai 3 hari.

Then sememangnya aku seorang yang lasak. Hari kedua operation aku dah turun bawah pi kedai beli surat khabar.. pening!
Cuti 2 minggu diberi, hari kelima operation aku dah balik kerja. Pening lagi.

Dan part yang paling sedih ialah masa doktor jumpa aku masa follow-up treatment kali ke-3.
"You know what, every time I did operation I can forget everything in 2-3 minutes after it finished. But in your case, I still can remember everything, every moment. You are the most complicated appendix I had gone through. Until I asked God what will this woman face after this operation. I never thought that u can recover so fast"
Tersentak aku mendengar kata2 doktor tu....
Dan dokor menyambung lagi... "When I see you now I can conclude that this thing happen maybe because of 2 reasons, either you are very lucky or you are very strong. Always praise to your God".
Dan airmata aku turun macam hujan..... Syukur Ya Allah.... kau beri aku kesempatan untuk bernafas di bumiMu lagi.

16 comments:

Anonymous said...

Salam saudari. Sya harap saudari boleh replay soalan sya ni krana bgtu pnting bg saya. Saya akan menjalankan di pada minggu hadapan. Adakah menjadi kesalahan bagi saya sekiranya saya tiada saksi? Kerana kes yg saya d tuduh atas kehilangan barangan kilang pada tarikh dimana saya bertugas.. Saya tiada bukti @ saksi yg boleh membela saya tidak terlibat dalam kes 2..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Assalamualaikum w.b.t. لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl‎ anon 15 feb.

Soalan saya adakah pihak syarikat mempunyai bukti dan saksi bahawa anda commit offense tersebut? Sekiranya ya, maka kelebihannakan berpihak pada syarikat.

Tak salah tak ada saksi, anda boleh membela diri sendiri dan mengemukan hujahan anda yang boleh membuktikan bahawa anda tidak terlibat dalam kes tersebut.

Kalau anda berada di pihak yang benar, saya doakan DI akan berpihak pada anda.

Anonymous said...

Insyaallah.. Terima kasih atas jawapan yg saudari berikan.. Sekiranya tuduhan yang di lemparkan keatas saya hanya kerana saya bertugas pada masa tersebut & pihak syarikat tidak boleh membuktikan bahawa tarikh kehilangan barang tersebut adalah seperti yang dilaporkan dimana saya bertugas pada masa itu, adakah saya boleh di kenakan tindakan undang2 "kecuaian dalam menjalankan tugas sehingga menyebab kehilangan harta benda hak milik syarikat yg berada di bawah jagaan saya,

Soalan kedua, adakah saya diangap salah sekiranya saya tiada membuat buku log (laporan kerja harian)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Sekiranya barang yang hilang tersebut adalah memang jelas di bawah tanggung jawab anda dan kehilangannya adalah ketika anda bertugas, maka ya, anda boleh didakwa atas alasan kecuaian.

Bagaimana dengan prosedur. Adakah menulis buku log sememangnya perlu utk anda, sekiranya ya, salah jika anda tidak isi.

Apa charge DI? Tengok balik pertuduhan

Anonymous said...

Charge di adalah saya didapati terlibat dalam kehilangan harta benda syarikat
& yg kedua, saya didapati cuai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan kehilangan harta benda milik syarikat. Maksudnya bnda yg sama.. Boleh tolong add wechat saya. Sahrom1991 ada bnyak bnda yg sama mperlukan bantuan saudari. Kerja sama saudari amat saya harapkan..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Dah cuba add, but failed.

Anonymous said...

try whatsapp sya. 01114113210

Anonymous said...

Saudari. bgai mana sekiranya d catatan yg d jalankan semasa di saya meletakan tandatangan dan cop jari bagi mengelakan sabotaj? Kerana tandatangan sayaterlalu simple

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Adakah anda maksudkan report DI?
Boleh, tidak ada masalah....
Sebenarnya, sekiranya anda enggan menandatangani report DI sekalipun, ia masih tetap sah kerana ia turut disahkan oleh 3 panel juri dan pendakwaraya.

Anonymous said...

Bgaimana sekiranya saya gugup masa di tersebut. Kerana saya memang sorang yg mudah nrvous..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

:) takpe kalau gugup...
Kalau anda seorang muslim, sebelum masuk bilik DI baca surah al ikhlas 3x, selawat 3x dan akhir sekali baca surah al lahab (tabbat yada)... pastu baru masuk bilik DI. Untuk kurangkan nervous.

Paling penting, jujur dengan jawapan anda. Pendakwa yang bijak akan putar belitkan soalan dengan cara yang berbeza, kalau anda menipu, anda akan "terjawab" perkara yang menunjukkan anda telah menipu. Selagi kita jujur dengan jawapan, pusing la mcm mana pun soalan, ia akan membawa kepada cerita yang sama.

Anonymous said...

Mcm ni. Kes yg saya d d charge berlaku pada 29/dis/2013. Dan siasatan yg d jalankan bermula pada 15/jan/2014. Slepas 12 hari. Pada masa siasatan d jalankan saya langsung tidak ingat apa yg saya lakukan pda hari kejadian kerana saya tiada laporan kerja harian. Yg amat merisaukan saya, charge di saya cuai ketika menjalankan tugas sehinga menyebabkan kehilangan harta benda syarikat. Adakah pihak syarikat berhak menuduh saya cuai sedangkan tempat kejadian iaitu bengkel kami hanya tempat singah. Sdangkan saya kerja sebagai technician n tidak semestinya berada d bengkel semasa benda tersebut hilang.

Soalan kedua. Apakah pihak syarikat boleh dikira cuai dalam menjalankan siasatan yang mana mengangap saya cuai dalam menjalankan tugas Kerana. Menurut laporan daripada siasatan, kali terakhir benda tersebut dilihat adalah pada tangal 28/dis/13 pada jam 10 malam manakala dilaporkan hilang pada 30/dis/13 pada jam 9 pagi. Dalam temponh lebih kurang 36 jam.. Saya bertugas adalah tangal 29/12/14 bermula dari jam 8pagi sehinga jam 7mlam (11 jam)

Anonymous said...

Soalan ke 3. adakah semasa di d jalankan saya d benarkan membawa alat yg boleh di guna untuk merekodkan keterangan n buku catatan?

Anonymous said...

Soalan ke 3. adakah semasa di d jalankan saya d benarkan membawa alat yg boleh di guna untuk merekodkan keterangan n buku catatan?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Saya tak pasti nature of work anda. Anda lebih tahu tugasan anda. Sama ada patut atau tidak anda dituduh cuai ia bergantung kepada "tanggung jawab", skop kerja, prosedur kerja dan rutin harian anda. Jadi mungkin syarikat juga ada bukti lain. Adalah tidak adil untuk saya kata siapa betul, siapa salah, patut atau tak patut bila saya sendiri tatau hujung pangkal cerita.

DI ini kepunyaan syarikat. Jadi apa sahaja perkara, benda atau manusia yang anda bawa masuk ke dalam DI perlu mendapatkan kebenaran majikan terlebih dahulu.

Anonymous said...

Slepas di tadi. apa pandangan anda. Sekiranya saya terlupa dimana saya berada pada satu masa kerana pihak majikan menyalahkan saya cuai & gagal membuktikan saya tidak bersalah.