Wednesday, December 18, 2013

Bila Aku Tau Aku Appendix..

Eh eh... macam terlupa dah mcm mana nak taip kat blog, pasal lama dah tak post entry. heheheh... Ekceli nak update tu yg malas, tp comment2 masih jawab lagi. Tak sangka topik "Jadikan Akta Kerja 1955 sebagai perisai perang.":  dan "Domestic Inquiry Procedures / Proses Siasatan Dalaman" mendapat respon yang sesangat menggalakan dari readers. Kadang2 memang tak menang tangan nak reply semua komen. Nak taip blog pun takde masa... Minta maaf sgt kalau aku ter"reply" lambat. Sori sori sori...

My life.... mcm tu la... Up and down... lately banyak up sebenarnya. Alhamdulillah. Terima kasih atas doa kalian. Even tho Andy sebulan sini, sebulan lagi kat Pakistan... continuously... tapi our life is getting better. That is good. Jarang jumpa pun bagus gak, kurang bertekak. hahahahaha... Bila jumpa ada banyak benda nak cerita and share... dan kami saling komen mengenai perubahan diri masing2. Dulu kalau singgah kedai makan masing2 ngadap hp je... tak bercakap. Then kalau kita pakai tudung baru pun kadang2 husband tak pasan. Turun 10kg pun husband tak pasan.

Skang ni, kita turun berat sikit dia pasan. Pakai tudung pesen lain sket, dia dah pasan. Suami makin cerah, baru pasan. Bila makan kat kedai plak, banyak benda nak citer... sbb kisah sebulan... kadang2 time2 camtu la baru ingat balik, memori datang balik... then mulut pun tak berhenti cerita. So hp letak tepi. That makes our life interesting... better actually.




Ok... ekceli nak kongsi pengalaman operation Appendix aritu...

Adapun kejadian berlaku selepas 2 hari Andy berangkat ke Islamabad, Pakistan. 1 hari sblm Andy bertolak aku ada mengadu kat dia, sakit perut... dia tanya "sakit sangat ke?" Aku jawab "boleh tahan la". So dia assume tak serius la. Esoknya dia terus ke KLIA. Pagi keesokannya aku ke ofis cam biasa... walaupun dah 2 hari sakit perut. Tp sbb rasa aku boleh tahan lagi (sbb sakit tu tak le seteruk mcm aku kena senggugut. Senggugut aku lagi teruk, nak jalan tak leh bleh, baring nangis baring nangis). So bila kena sakit camni, aku rasa 'boleh tahan lagi ni'... Kebetulan pagi tu jem teruk giler... Terkandas la plak aku dalam keta selama 2 jam. Lambat masuk ofis. Kemudian ditambah ngan sakit perut. Bila dh lambat aku ambik la half day. Keluar balik dari ofis pi hospital KPJ Kajang (semalam aku pi klinik, doktor suh refer KPJ). Lepas tunjuk surat klinik doktor pun terus la menjalankan ujian yang sepatutnya ke atas aku...

Alih2 keluar je dari bilik rawatan seorang nurse datang pada aku minta kad insuran. Aku yg blur2 serahkan kad insuran kepadanya... sambil tanya "Saya ni kenapa sebenarnya?"
Nurse blur kejap, "Eh doktor tak cakap apa2 ke dengan puan?"
"Takde pun!"
"Puan masuk balik bilik No. 3 jumpa doktor dulu..."
Aku pun masuk bilik No 3, doktor tengah engage di talian, nampak macam kecoh sket. "Kena sediakan katil juga untuk dia hari ni. Kat wad maternity pun takpe," kata doktor tu...
Then dia letak phone, kelam kabut dia cakap "Diana, u confirm ada appendix. Almost burst. I tgh minta diorang sediakan katil untuk u. Jangan makan atau minum apa2 lagi mulai skang."
Aku tergamam.... tgk jam.... 12tengahari, kali terakhir makan tadi kul 10.00 pagi...ok.. boleh tahan ni.
Aku call Andy... aku nangis, dia terkejut. "Awak nak saya balik Malaysia?"
"Tak payah, appendix bedah sikit je. Doktor kata dalam 40 minit je.... Jangan risau".

Sampai ke malam, aku lum di"operate" lagi. Selain masalah teknikal, masalah insuran satu hal gak.
Mujur ada family ipar dan kawan2 temankan...
Terima kasih banyak2 untuk Azman dengan Izeay yg ada dari kul 7 petang sampai 3 pagi... tunggu aku keluar dari OT... terharu beb... serius...

Tepat jam 11malam aku ditolak masuk ke OT. Keadaan mmg lembik sbb tak makan dan minum. Harapkan air je diinject masuk dalam badan. Doktor jangka dalam 40 minit je aku akan keluar..... malangnya............

3 jam pembedahan.. untuk mengeluarkan appendix. Janjinya satu lubang kecil di sebelah kanan... hasilnya.... 3 tebukan di kiri, kanan dan tengah perut. Menurut doktor, "The most complicated appendix surgery that I had go through" Siap dia buat video lagi. Tengok dvd tu pun dah meremang bulu tengkuk. Aku hanya dibawa keluar dari OT jam 2 pagi... dan wajah pertama yg aku lihat sebaik aje celik.... Azman dan Izeay..
Emak dan ayah tiba jam 4 pagi... Esoknya doktor menunjukkan rupa bentuk appendix yg dikeluarkan kepada aku. Bengkak dan biru. "Almost burst, u r very lucky." Sampai skang dia pk camna aku leh drive sendiri pi hospital dan menanggung sakit sampai 3 hari.

Then sememangnya aku seorang yang lasak. Hari kedua operation aku dah turun bawah pi kedai beli surat khabar.. pening!
Cuti 2 minggu diberi, hari kelima operation aku dah balik kerja. Pening lagi.

Dan part yang paling sedih ialah masa doktor jumpa aku masa follow-up treatment kali ke-3.
"You know what, every time I did operation I can forget everything in 2-3 minutes after it finished. But in your case, I still can remember everything, every moment. You are the most complicated appendix I had gone through. Until I asked God what will this woman face after this operation. I never thought that u can recover so fast"
Tersentak aku mendengar kata2 doktor tu....
Dan dokor menyambung lagi... "When I see you now I can conclude that this thing happen maybe because of 2 reasons, either you are very lucky or you are very strong. Always praise to your God".
Dan airmata aku turun macam hujan..... Syukur Ya Allah.... kau beri aku kesempatan untuk bernafas di bumiMu lagi.