Saturday, June 29, 2013

I Love June 2013 - A Story from Krabi

Ok. Admit saya terlambat update segalanya yg berlaku pada bulan June. June dah nak tamat riwayat pun, aku baru nak update apa yg berlaku pada minggu kedua di bulan Jun. It's ok.... I have to.... Inilah satu2nya diari yang aku ada. (Aku dah stop menulis diari buku, sbb end up nya aku akan bakar diari tu). This is the only medium that I can review back what had happen in my life bila aku dah tua2 takde kroje nanti.

Minggu kedua bulan Jun - aku ke Krabi bersama sepasang suami isteri yang agak close dengan kami. Khairil dan Niza. Seronoknya..... seronok sbb dapat menjelajah negara orang. Hampir keseluruhan pulau pelancongan dan Ibu Negara di Thailand telah aku jelajahi. Sebelum ni Songkhla, Bangkok, Pattaya, Phuket dan kali ini Krabi. Actually tujuan sebenar nak ke Koh Samui tetapi memandangkan perjalanan ke Koh Samui agak sukar, sbb airasia tak direct landing ke Koh Samui - hanya di Surat Thani dan kemudian kena naik bas dan feri ke Koh Samui... so kensel. Letih membayangkan aku dengan luggage bertukar2 jenis kenderaan.

Penerbangan yang sepatutnya jam 9 pagi diawalkan ke jam 8 pagi. Kami tiba di Lapangan Terbang Krabi sekitar jam 10 pagi waktu tempatan. Thailand lebih cepat sejam dari Malaysia. Sampai di sana.... terlampau awal untuk check-in hotel. Jadi sebelum ke Aonang di mana terletaknya pantai dan hotel kami, kami pusing2 satu Bandar Krabi dulu...

Bandar Krabi biasa je pada waktu siang. Takde apa yg menarik sgt pun. Cuma kalau malam Jumaat, Sabtu Ahad ada pasar besar di bandar Krabi. Siang2... yellek pocit.. Shopping complex pun bukanlah besar sgt. Mcm lebih kurang great wall je. ekekek.. tp harganya mahal! So lepas bosan2 tu terus kami menuju ke Aonang dengan menaiki teksi. Teksi sini Altis hokkay! Dalam perjalanan tu sempat gak le menyinggah kedai souvenir di perjalanan tp tak beli apa2 sbb dah tau mahal.

Akhirnya sampai le ke bandar Aonang. Kami check-in hotel dulu tetapi memandangkan bilik kami lum siap dikemaskan lagi kami pun tinggalkan luggage di reception. Kemudian kami sewa motor di kaunter hotel. 2 biji, sepasang sebiji motor... apalagi merempit la kami ke pekan Aonang. Ha!!! Ini baru happening. Sepanjang pantai Aonang dipenuhi dengan bazaar souvenir dan baju2. Sementara kaum wanita separa gila kerana menengok souvenir dan barang2 yg bleh dibeli, kaum lelaki plak sibuk mencari tour yang boleh membawa kami ke Phi Phi Island esok. Setelah menyopping ala kadar dan mendapat tour termurah pada perkiraan kami, kami pun pulang semula ke hotel. Sebelum tu sempat juga nyinggah makan di tepi jalan. Restoran halal kat sini memang senang giler carik. Malambak. Tak mcm kat Phuket.

Sampai je bilik. selepas jamak qasar aku pun bantai landing baik punya atas tilam, Andy lepak di beranda sambil meracun diri (isap rokok). Tak sampai sejam aku tido Andy dah jerit suh bangun. Suh bersiap nak ke Pekan Krabi untuk ke pasar malamnya. Kaco! Tapi shopping punya pasal, penat tak jadi hal. Kami pun menaiki motor ke Pekan Krabi dan sesungguhnya..... perjalanan itu sangat jauh, belok2, mengelirukan dan memenatkan. Namun berkat kesabaran sampai gak ke Pekan Krabi. Shopping lagi sampai pengsan. Dan perjalanan pulang ke Aonang lebih menyeksakan. Sesat lebih dari sejam. Pinggang sakit, bontot dah naik kematu duk atas kerusi motor. Azab tul. Kami tak balik ke hotel sebaliknya berhenti di Pekan Aonang - tujuan - Massage!!! Sedapnya..... ringan badan, hilang terus sakit2 duk membonceng lebih sejam tu. Yang lucunya, selepas hampir selesai sesi mengurut (sbnrnya lebih pada ramas meramas) barulah Andy sedar yang tukang urutnya bukan wanita tulen. Hahahahahahah.... padan muka!

Hari Ke-2
Esoknya pagi2 lagi sebuah tut tut sampai untuk menjemput kami tour ke Phi Phi Island. Sampai saja di tepi pantai kami di beri taklimat dan diserahkan seorang sekeping sticker untuk dilekatkan pada baju. Tour Guide kami seorang Mat Saleh, keseluruhan tour yang terdiri dari warga China, Korea, France, America, Singapore dan Malaysia menajdikan bot kami seramai 32 orang itu padat.

Cuaca kurang elok pagi itu. Laut bergelora dengan agak dahsyat sehingga bot besar kami seperti melayang2..Tempias air yang masuk membuat kami basah kuyup dalam bot berbumbung. Mujur masing2 memang dah siap dengan pakaian renang. Basah pun takpe. 5 pulau/ tempat untuk dijelajahi hari ini yang mana tempat pertama langsung tak boleh turun sebab ombak yang boleh membahayakan pengunjung. Honestly selepas menjelajahi kelima2 tempat aku boleh katakan, pulau2 ini sebenarnya hanya menang dari segi pemandangan. Yes, aku admit pemandangan mmg superb, bentuk2 gunung batu kapur, teluk, lembah, batu2an membuatkan pulau2 ni mmg cantik tetapi bagi mereka yang gila diving dan snorkelling mcm aku ni.... batu karang dan hidupan lautnya terlalu jauh ketinggalan sekiranya nak dibandingkan dengan khazanah laut Redang dan Tioman. Kalau banding dengan Sipadan agaknya, coroi! Batu karang simple, banyak yang mati, tidak cantik dan tidak bergerak2 dengan aktif. Ikan2nya boleh dikira je spesiesnya, semua hampir sama. Tak membuatkan aku teruja.... sebaliknya membuatkan aku terfikir... betapa cantiknya khazanah laut negara aku tetapi kenapa masih ramai warganegara asing ini di sini?? Oh, kerana Thailand mewah maksiat barangkali. Pelacuran halal di sini tp tak serancak seperti di Phuket. Tidak ada kelab penari2 bogel yang menari tiang di depan pub - mungkin sbb populasi Islam agak ramai. Atau mereka sama seperti aku... pertama kali datang untuk melihat sendiri apa yang menariknya tempat yang disebut2 orang ini.

Petang baru kami tiba semula ke hotel, dari berlengas2 dengan air masin kami terjum pula swimming pool untuk mandi air klorin. hehehehe.... Kemudian balik ke bilik untuk berehat. Malamnya kami menaiki shuttle hotel ke Pekan Aonang semula. Last minute shopping - kerana penerbangan pulang adalah esok pagi.

Malam tu ketika Andy sedang berurut aku pulak sibuk ke salun membuat tocang afrika. Terkejut kawan tu tgk rambut aku sebaik habis urut. "Macam punk la plak," katanya. Lantak... dah lama teringin nak buat, dapat buat sekali jadi la. Selesai udah perjalanan kami ke pekan Aonang dan pulang semula menaiki teksi cekik darah ke bilik hotel. Esoknya jam 6 pagi teksi mula2 yg menhantar kami telah menunggu untuk menghantar kami ke airport. Selamat tinggal Krabi. Mungkin tak datang lagi.
:)









No comments: