Saturday, June 29, 2013

I love June 2013 - Pencuri HP dikenalpasti & Nazarku.

Pagi Isnin - keadaan makin teruk. Siapa sahaja yang menyebut mengenai HP aku pasti nangis. Ketika MD (MD baru yg juga my bos and direct superior) masuk, dalam kedaan takut2 aku berjumpa dengannya dan memaklumkan mengenai HP aku yg sahih tidak ada lagi bersamaku.

Melihatkan keadaan aku dengan mata yang bengkak dan wajah yg sembap, MD aku berkata "What happen to u? HP tu kena curi bukan salah u. Kalau u jaga mcm mana pun HP tu kalau org dah aim nak ambik, sekelip mata u leka pun dia boleh ambil. You are not suppose to cry. U r very strong woman. Lagipun HP tu  kita insured, kita boleh beli baru. Yang penting u kena tenang." Sesungguhnya aku langsung tak menyangka itu jawapan bos aku. Aku fikir aku akan dimarah kerana cuai dan lalai. Langsung aku menangis sebaik mendengar dia kata mcm tu. Again, my bos tepuk dahi "There u cry again....." katanya.

Aku ke balai polis... tujuan membuat laporan untuk claim insuran bagi hp tu. Dari balai polis Bangi aku berjumpa dengan Sarjan Hashim di Balai Kajang.  Balkhis, Elly dan Norizan ke rumah jurumekap untuk bertanyakan hal HP aku. Seperti dalam perbualan HP dia bersumpah tak ambik HP milik aku. Lalu mereka minta dia keluarkan 3 beg yang digunakan untuk mekap kami, malangnya dia hanya keluarkan 2 beg, beg yang terakhir tidak ditunjukkan. Alasannnya - "saya dah kemas beg tu".

Di Balai Polis.
"Siapa di antara mereka yang awak suspek?"
"Jurumekap," jawabku.
"Kenapa?"
"Sebab saya tak kenal dia. Tapi saya kenal 6 orang tu, Mereka kawan2 saya, satu ofis dengan saya. Dowang tau HP tu kompeni punya. Lagipun kawan2 saya yang 6 tu saya dah uji kebolehpercayaan dowang. Saya yakin bukan diorang."
Sarjan Hashim: Jangan yakin sgt, kadang2 mereka dengki dengan awak. Awak tak tahu.
Aku diam...
Sarjan Hashim: Bagi saya no hp dan alamat rumah jurumekap awak.
Lalu aku hubungi Balkhis. Dia mendapatkan alamat dan no hp jurumekap....
Sarjan kemudian menghubungi jurumekap dan mereka berbual sela
ma hampir setengah jam.
Kemudian Sarjan Hashim berkata, "Tunggu sampai pukul 6, kalau dia tak pulangkan HP awak, saya akan tangkap dia untuk disoal siasat malam ni."
"Dia mengaku ke Encik?"
"Tak, tapi saya rasa mmg dia. Kalau betul dia ambil dia akan pulangkan sebelum pukul 6. Awak tunggu je."
Aku pulang dengan hati separuh yakin. Dan tepat pukul 5 dia menghubungi salah seorang dari kami untuk pulang HP. Sambil bersujud, memohon maaf dan memberikan alasan yang entah apa-apa dia minta aku gugurkan laporan polis tersebut. Dan seperti yang aku janjikan padanya, aku tarik balik laporan polis tersebut dengan harapan dia belajar dari kesilapannya. Seperti juga aku belajar dari kesilapan aku.

Esoknya... aku diberikan Iphone5 bagi menggantikan IPHONE4S aku. Walaupun HP telah dikembalikan sebelum iphone5 tersebut di beli, tp bos masih insist untuk memberikan aku iphone5. Mungkin di atas kejayaan dinner atau mungkin juga kerana kenaikan pangkat aku. Ya, aku telah di promote sebagai "Senior Executive." Kalau dalam hirarki organisasi - aku di tangga ketiga kini. Berkongsi tempat dengan 2 lagi Senior Exec yang tak kurang pengalaman dari QC dan Marketing. Alhamdulillah.

Dan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..... aku tunaikan nazarku....
Aku berhijrah... Aku berhijab..
Dalam menuju kesempurnaan menjadi kekasihMu yang sejati...
Moga kau sentaiasa Iklaskan hati, tetapkan nawaituku...
Aku telah menemui cinta...
Cinta yang hanya Kau dan aku mengetahuinya...
Terima kasih... khasnya kepada mereka yang tak pernah jemu memimpin aku untuk berubah.



8 comments:

Ameh Wahab said...

Alhamdulilah bagi kedua2 nya...pertama dpt hp balik...dan yg lebih penting penghijrahan berhijab...hehehe... sweet gitu dh berhijab... :)

ieja said...

tahniah vic.. semoga lebih success lepas ni.. :)

azmiroy said...

Tahniah..... kuatkan tekad dan semangat - berhijrah

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Terima kasih semua... (sambil tersengih tersipu2..)

Anonymous said...

sgt cantik.....yabeet

tenku butang said...

Follower ke : 143
Hai.. Salam Kenal..
done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

yatt_salleh said...

Salam..klo tak keberatan sy nk tau detail pasl alamt tok moh yg pnh awk wt dlm entry pasl kulat susu rimau..ni email sy itayaen@gmail.com..

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.