Thursday, June 06, 2013

I Love June 2013 - Kelong Paradise Waterfront.

I love June 2013 - Permulaan bagi Jun 2013, 1&2hb kami dah plan awal2 ke Kelong Paradise Waterfront. Yang pergi:-
1- Prod Manager - Azman
2- Store Exec - Abg Jamal
3-Tech - Hairul
4- Store - Azmi
5- Supervisor - Kak Ina, Hubby & Anak
6- HR - Aku & Balkhis

Budget:
Price Per Head: RM188 (bot & 5 kali makan)
Room Price: RM350.00
Umpan Udang Hidup : RM140 / 100 ekor.
Campur minyak, toll dan sebagainya = RM350.00 per person.


Sebenarnya pukul 4 pagi dah terbangun tido gara2 colleague yg gila mancing ni pagi2 dah sms suh bangun takut terlambat bertolak. Tensi!!!!!!!!!!! Bertolak dari rumah jam 5.15 pagi, sampai rumah Azman jam 5.30 pagi. Pindahkan barang2 ke kereta Azman, my lovely blackpinky harus tinggal di rumah Azman. Then terus bertolak ke ATRYZ di mana Balkhis and the other 6 adults and 1 child sedang menunggu. Sebelum bertolak ke Sabak Bernam kami menunaikan solat Subuh di surau ATRYZ dulu. Then bermulalah perjalanan kami.

3 biji kereta, Family Kak Ina, Kereta Azman dan kereta Abg Jamal. Entah kenapa kami bagi Abg Jamal yg lead, penyudahnya dia ambil jalan paling jauh yang boleh sampai ke Sabak Bernam. 2x tensi!!! Orang veteran mmg mcm ni - sabo je la.  Berhenti di RnR Dengkil, pekena Nasi Lemak dan Kopi, marbeles! Terus ke Sabak Bernam.

Tiba di Bagan Nakhoda Omar (BNO) tak tahu arah, Aku pun on le GPS Waze tu... Ikut petunjuk dia entah mana2 ceruk di bawaknya... last2 patah balik pasal terlepas simpang. Heheheh... Sampai kat sana je bot dah sedia menunggu. 2 org je yg lepas naik jadi kami bagi la Kak Ina ngan anak perempuannya lepas dulu. Kemudian, bot datang balik ambik kami berenam. Perjalanan dari jeti ke kelong mengambil masa kira2 20 minit, kalau cuaca tak berapa bagus mungkin lebih lewat lagi sbb bot akan slow untuk menongkah arus. Sampai je kat Kelong tu, aku excited nak masuk bilik dulu.... pasal nak qada' tidur, maklumlah bangun kul 4 pagi tapi malangnya.......

1- Bilik yg berharga RM350 tu indah khabar dari rupa, masuk2 je pintu masuk tak boleh tutup - sbb allignment pintu dah lari. Jadi frame tu tak ngam la ngam pintu, maka pintu tak dapat ditutup rapat.

2- Takde elektrik. Gen Set hanya di on dari jam 7 malam sampai 7 pagi sahaja. Sepanjang siang tidak ada langsung bekalan elektrik, bukan kata aircond, kipas pun takde. Duduk dalam bilik di siang hari ibarat duduk dalam bilik sauna. My hp yg kehabisan bateri gara2 menggunakan waze sepanjang pagi pun tak dpt nak di cas.

3- Balkhis yang nak memerut dalam toilet dikejutkan dengan ketiadaan air pada awalnya, nasib baik kami dibekalkan dengan tong air setinggi serendah Balkhis, jadi dapatlah digunakan kala terdesak.

4- Takde tuala, dan aku dengan bijaknya tak bawak tuala sebab konfiden yg bilik RM350 mesti provide towel yer tak?

Dengan banyak2 komplen keluar dari mulut aku, Azman pun kata, pemancing tak expect datang sini untuk cuti2 malaysia, duk dalam aircond sambil baca novel. So dia minta aku expect low, terima je apa yg ada. Aku pun ok je la.... jadi akhirnya aku tak tido.... memancing dalam keadaan agak mengantuk dan sesekali bersemangat bila mata kail disambar ikan.

Makan tghari, minum petang, makan malam dan supper disediakan oleh pihak kelong. Aku puji makan malam yg dia hidangkan pada kami. Ikan gelama fresh digoreng garing!! Manisss!!! Pastu siakap masak 3 rasa, sup tulang... perghh... mmg terbaik. Tu pasal lepas makan tu aku cuma leh bertahan sampai ke jam 11.20 malam je, pastu aku menjajau masuk bilik dah. Kebetulan aircond pun dah berfungsi, apa lagi.... gedebum... dalam selimut dan katil yang empuk... ahhhhhhh...

Esoknya, terbangun lewat. Terlepas subuh, lalu bertekak ngan Man sbb tak kejutkan kami. Selepas b/fast kami pun sambung mancing sikit2.... sambil2 tu aku cuba mencongak2 berapa banyak ikan yang aku sorang je dah pancing. Kira-kira 30 ekor gak dan paling kelakar, semuanya gelama. Ekekeke... Suami kak ina cakap, "Habis semua gelama jantan pi kat dia sorang je!" Man kata, "Mulai arini aku panggil ko Ms Gelama la... macam glamour bunyinya kan?" Nyampah. Abaikan Diana, mereka semua cemburu dan dengki kat ko. heheheheh... Maklumlah ko berjaya menaikkan ikan paling banyak berbanding pemancing yg kengkunun profesional tu. ekekkekeke...

Dalam pukul 10 pagi kami menaiki bot semula ke jeti BNO. Sementara menunggu kesemua team kami sampai - 3 trip bot, sempat kami pekena kerang bakar dan mee udang yang terkenal kat gerai berhampiran jeti tu. Sebelum balik ke rumah kami, sempat la singgah di perkampungan nelayan dan memborong sotong, udang dan ketam kemudian singgah di gerai kerepek terbesar kat dalam perjalanan tu. Kesimpulannya, walaupun letih tapi pengalaman tu berbaloi dan sangat menyeronokkan.









1 comment:

azmiroy said...

Bestnyer adventure macam ni...