Saturday, June 29, 2013

I Love June 2013 - ATRYZ's 23rd Annual Dinner & HP Hilang.

Akhirnya, event yang ditunggu-tunggu sekian lama. Tahun ni seperti juga tahun sebelumnya aku diberi mandat menjadi event manager dan juga host untuk majlis malam tersebut. Bezanya kalau tahun lepas aku ber"partner"kan Abg Jamal, tahun ni aku ber"partner"kan James. Memandangkan James masih dan baru dan tidak mengenali ramai pekerja dan selok belok majlis, maka pada malam tu kami menghostkan dalam keadaan kurang preparation dan kurang "chemistry".

Mungkin pada tahun depan keadaan akan jadi lebih baik, sbnrnya tahun depan aku dh tak larat nak jadi host mahupun event manager. Mahu duduk di meja VIP (bukan VVIP) sahaja.

Lebih dahsyat lagi dinner yang sepatutnya bermula jam 6 petang tergendala gara2 aku yang terlambat turun. Terpaksa stayback di office untuk AGM meeting hingga pukul 4.30, tergesa-gesa balik ke hotel, mandi, menunggu giliran untuk dimekap.... memang kelam kabut. Azman call, aku yg ketika itu sedang dimekap menyuruh Balkhis mengeluarkan hp dari dalam handbag, seketika aku menitip pesanan kepada Azman melalui Balkhis dan akhirnya Balkhis meletakkan HP aku di atas katil di belakang aku. Sebaik selesai dimekapkan aku tergesa-gesa turun ke Ballroom. Menyedari HP aku tertinggal di atas katil, aku berniat patah balik setelah tiba di lift tetapi........... aku teringat, gaun aku takde poket. Aku takde evening bag pun, aku juga host majlis jadi buat apa aku bawa hp kemudian meletakkannya bersepah2? Lebih baik dia berada di dalam bilik, lebih selamat kerana bilik tu hanya diduduki oleh orang2 yg aku kenal dan mereka yang ada akses sahaja. Itulah yg ada pada fikiran aku. So... I just let it be there.

Turun lambat, ketibaan aku hampir seiring dengan VVIP, mujur committee sudah tahu tugas masing2. Masalahnya, Skrin projector belum dipasangkan - punca? - menunggu arahan aku di mana dan bila nak dipasangkan skrin kerana skrin bakal menutup dinding pentas. Masalah! Sebaik beri arahan kepada pekerja hotel, aku mencari meja teknikal. Laptop belum dipasangkan. Panik. Azman kelam kabut on laptop suddenly.... Updating!! 5 minit! Tak boleh ignore, tak boleh cancel. Mulalah aku nak nangis. VVIP tertunggu2. Host tak bersuara lagi. Dan ketika aku hampir pengsan kerana panik Azman suruh aku menarik nafas panjang2 dan berzikir.. Mula2 nak marah juga.. tp aku buat juga apa yg dia suruh. Kembali tenang... then... Laptop function! Here we go!!

Ingat tak masa makan malam di Marriot Tuscany bersama Bos Jepun aku dulu. Dia request supaya dinner tahun ni aku kena buat sampai dia nangis dek kerana terharu. Tugas berat untuk aku tu sebenarnya. Tapi bagi yang mengenali aku, aku mmg sukakan cabaran yang macam ni. Challenging! So aku telah menghasilkan video klip yang pada aku agak tacing gitu.... Dalam video klip tu memaparkan gambar2 kandid 7 tahun dia bersama2 dengan ATRYZ Malaysia. Diselang-selikan dengan beberapa kumpulan pekerja mengucapkan Sayonara dan wishes untuk dia. Ketika video itu dimainkan.... aku lihat dia bersusah payah menyembunyikan genangan airmata dengan ketawa yang dibuat-buat. Kemudian sebaik selepas selesai tayangan video klip, kesepuluh sepuluh dinner committee aku naik ke pentas untuk menyanyikan lagu Kiroro - Mirai dengan bantuan Azman sebagai pemain gitar utama. Hasilnya, satu dewan banjir dengan airmata malam tu. Itulah permulaan persembahan pada malam dinner tersebut.

Selebihnya aku merasakan bahawa dinner kali ini berjalan lancar cuma kalau dibandingkan tahun lepas, mereka lebih sukakan gandingan aku dan Abg Jamal. Mcm yg aku cakap, James masih baru, banyak lagi boleh digilap. Lgpun James mempunyai aura suara yang mmg mcm DJ radio. ekekeke..

Selesai majlis, bos Jepun datang menemui aku. "Diana, thank you everything. You really make me cry tonight," katanya. "So, am I succeed?" tanyaku. "Yes, of course. Proud of U". Leganya.... rasa lepas semua beban. Kemudian apabila semua telah pulang aku kembali naik ke bilik, mencari hp yang ditinggalkan. Tak ada. Habis aku selongkar seluruh bilik. Katil. Almari. Laci. Tak ada. Nak nangis tapi terlalu penat. Sudahnya aku terjelupuk di tepi katil. Berfikir sampai Andy datang. Kemudian aku terus tidur.

Esok pagi sblm check out jam 8 pagi tu aku tinggalkan pesanan ttg hp aku kepada kaunter. Mereka berjanji akan menyiasat perkara ini. Kemudian aku kembali ke pejabat. Menyiapkan payroll dalam keadaan separa tertekan kerana memikirkan hp Iphone 4s milik kompeni yang diberikan untuk kegunaan aku tu. Kerap juga aku menghubungi Balkhis kerana hanya dia perantara aku dengan 6 rakan sebilik petang semalam. (Nombor kawan2 semua dalam hp).

Esoknya keadaan aku jadi bertambah teruk. Menangis - menangis - menangis. Aku susah hati. Kena ganti satu hal, data dalam tu satu hal. CCTV dalam tu satu hal... Nangis lagi. Sempat lagi aku emelkan mengenai kehilangan hp tu kepada bos aku. Risau dia menghubungi aku. (Sekali mmg betul pun dia call aku banyak kali tp masuk voicemail).

Aku memeriksa dengan hotel, melalui rakaman CCTV dan log keluar masuk akses kad dalam bilik tiada apa yang mencurigakan. Housekeeping pun tak masuk bilik sepanjang kami tiada dalam bilik. Aku jadi bertambah buntu. Lalu malam itu aku melakukan solat hajat. Aku mohon ampun kerana kealpaan aku dan khilaf aku. Mungkin ini satu amaran Allah buat aku. Lalu aku sujud lama.... dalam genangan airmata yang tak henti2 aku berjanji lagi. Kali ini janji dengan sesungguh hati. Seandainya telefon aku dikembalikan..... aku akan............... (to be continued on the next post).




1 comment:

Amsyahril Syahril said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.