Tuesday, April 02, 2013

Swiss Garden Damai Laut, Lumut

Rasa macam dah lama tak bercuti ngan mak ayah. Ye ke? Hmmm... tu ar, kadang2 2-3 bulan pun terasa lama kan? Aku datang dari family yang begitu. Masing2 cintakan travelling. Melancong sana, melancong sini. Kalau takde duit, ikat perut, cari duit semata2 untuk pi berjalan. Kadang2 tempat tu dah pi banyak kali pun tapi sbb nak gak berjalan bersama, pi lagi..

Kali ni percutian agak proper sket berbanding percutian ke Pangkor masa cuti sekolah hujung tahun lepas. Sbb dah tau kami nak pi time cuti sekolah, so kami book hotel awal. Tapi kali ni kami tak pilih hotel di Pangkor, kami pi belah Lumut je. Kalau kowang nak tau Lumut jauh lebih happening dari Pangkor tu sendiri. Hotel yang baik sket yang belum pernah stay lagi. So that's it! Swiss Garden. Lagipun ayah nak try Swiss Garden, kalau menarik nak join membership. Membership?? OMG. Family kami dah terlampau banyak membership vacation club ni. Tak larat!!

Tiba je kat sana lebih kurang pukul 1 tengahari, jumpa mak, ayah, Ija ngan anak2nya kat Mekdonal Lumut jam 12, sempat le kami mencekik mekD dulu sebelum bertolak ke Swiss Garden. Sampai je dalam kawasan masuk Swiss Garden tu mula la sakit hatu aku yang pertama:-

1) Jalannya bapak jauh ke dalam, di kiri kanan hanya terdapat kebun buah naga, kelapa sawit dan hutan. Agak terpelosok, sepanjang perjalanan masuk yang jauh tidak terdapat sebarang kedai runcit, kedai makan mahupun stesen minyak. Aku mula berfikir, orang kat sini makan mcm mana? Takkan 'terpaksa' makan di hotel?

Sampai je pengalaman buruk ke-2:-

2) Guard melayu tua menahan kereta aku, sambil bertanya, "Nak ke mana encik?" "Check-In," jawabku. "Dah buat booking ke atau baru nak survey?" "Dah booking", jawabku. "Boleh saya tengok confirmation slip?" Wahh!!!!!!!! Ni dah melampau. Siap nak tengok orang punya confirmation slip bagai. Peliknya kereta lain takde plak. Mentang2 le aku naik Kembara kokak je. Tengah aku sibuk nak kuarkan confirmation slip, kereta dah panjang kat belakang. Lepas tu laki aku cakap, "Confirmation Slip untuk kereta belakang ni pun Encik nak tengok jugak ke? Belakang ni bapak saya?" Dia pandang keta bapak aku, "Kereta belakang ni family encik?" "Ya!" jawabku dengan nada marah! "Oh... takpe la... jalan je."
Macam setan kan? Mentang2 la kereta aku kembara buruk. Ingat sadis sangat ke tak mampu tido hotel dia. Sabar je la aku!!
Sewaktu kereta bapak aku melepasinya sempat lagi bagi jelingan tajam kat guard yang mungkin sebaya dengan dia. Katanya ketika di lobby "Ayah rasa macam nak sound je guard tu? Kalau orang baru nak survey hotel dapat layanan guard macam awak ni, duit dia berkepuk2 pun tak hingin dia tido hotel ni."
Ha.... ayah aku yang penyabo pun leh kata camtu, bayangkan la.

Mula2 kami check in kat tempat family aku dulu, mereka stay studio apartment type, manakala aku ngan hubby hotel type. Lepas tu kami bergerak ke hotel untuk check-in tempat aku plak. "Bilik tak ready lagi," katanya. Tengok jam pukul 2 petang. "Hmm... takpe la. Saya boleh tunggu." Kalau ikut regulation pukul 3 check-in. Anak2 kesayangan dah bising2 dah masuk swimming pool. Akhirnya adik aku terpaksa la bawak jugak diorang pi swimming pool walaupun bilik aku tak check-in lagi. Sambil2 tu sempat le kami perabihkan air welcome drink, bergambar dan layan internet.

3) Ketidakpuasan hati ke-3, jam 4.30 petang barulah kunci diserahkan kepada kami setelah lebih lima kali kami bangun tanya "Bila bilik nak siap ni????" Laki aku dah mengamuk, aku pun dah berbahasa "sopan" akhirnya barulah kunci bilik diserahkan. Semasa tiba di depan bilik, housekeeping pun masih ada dalam bilik kami. 5 orang beb housekeeping uruskan 1 bilik. Itupun lambat gila. Pelik! Tak pernah dalam sejarah hotel 5 star yang aku duduk ada pengalaman cenggini.

Private beach dia tak le seindah yang di sangka. Pada aku Pangkor dan sekitarnya bukanlah untuk orang yang dambakan keindahan pantai. Kalau betul nak pantai yang Indah, pi Tioman atau Redang. Memandangkan kami pun bukanlah peminat air laut (cuma suka tengok air laut, tapi mandi laut tak minat) jadi masa kami banyak dihabiskan untuk meneman budak2 buat istana pasir dan kutip seashells.

Walaupun kolam renang dia besar giler, tp tak buat tempting pun untuk berenang2 di dalamnya. Mungkin sebab ramai anak2 gomen yang kebetulan tengah berhari keluarga kat situ. Masa kami banyak dihabiskan dengan indoor activities dan Jacuzzi. Ha!! Kalau nak tau aku sanggup keluar dari kawasan ceruk tu semata2 nak ke Jusco Lumut yang baru bukak tu sebanyak 4 kali. Hebat kan? Ekekekek...









Kesimpulannya.... percutian kali ni so-so je.
Ayah kata, "Nasib baik ayah tak confirm nak jadi ahli aritu. Tak menarik langsung!"
Mak kata, "Setakat nak datang sekali seumur hidup boleh la, nak repeat, sorry la."
Adik aku kata, "Apa la yang mat saleh ni buat kat sini, dowang tak pernah cuba tido kat hotel 5 stars lain ke?"
Kesimpulannya, lu pk la sendiri.


4 comments:

Anonymous said...

salam.blh saya tahu tpt tok moh yang sarankan cendawan susu harimau utk mengubati penyakit pada tahun 2009..terima kasih ats bantuan

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Anon 11 Feb,

Saya tak ada apa2 maklumat mengenai tok moh tu. Kebetulan bapa mertua saya yang bawa saya ke sana. Terletak di Trolak, Felda Trolak 3.... Dia sangat dikenali oleh penduduk kawasan tu, jadi tak susah nak jumpa rumahnya. Nak datang kena awal pagi, ambil nombor dulu... kalau tenghari biasanya nombor dah habis.

awdawd said...

trimakasih infonya....
sangat menarik dan bermanfaat....
mantap...

shalimar yusof said...

aalhai...mintk2 laa ok je pegi nnti..kena sedia la ape yg ptut