Sunday, April 28, 2013

An 8th Anniversary Celebration @ Fraser Hill - Day 2

Pagi2 bangun Andy dah berbungkus macam telur bungkus atas katil. Demam, katanya. Malam tadi dia eksen, keluar pakai t-shirt lengan pendek, konon2 nak tunjuk dia tahan sejuk. Last2 aku punya sweater converse dia pakai... nasib baik isteri yg bijak bistari ni bawak sweater lebih. Malam tu bukan takat tido pakai sweater, siap ngan stokin aku kaler pink pun dipakainya, sejuk punya pasal.

So pagi ni walaupun aku bangun awal pagi, aku terus baca novel, sehingga jam 9 pagi barulah kami turun untuk buffet brakfast - complimentary provided by the hotel.

Sebaik aje lepas breakfast bermulalah aktiviti kami tanpa henti. Kami start enjin blackpinky terus ke The Paddock bagi aktiviti Horse Riding. Kuda yang hensem bewarna coklat yang baru dikeluarkan dari stable tu menjadikan aku penunggang pertamanya pagi tu. Oh my duda... opss kuda... Masa naik tu start le berangan2 mcm dalam citer hindustan Prem Ki Diwani Hoon yang Hrithik Roshan naik kuda ngan Kareena tu... ewahhh...

Pastu kami main Archery plak... ni mmg lawak la... Aku ni mmg tak pandai memanah, tp teringat yg bos aku pernah cadangkan semua HOD akan bertanding utk satu archery tournament, maka aku semangat kesukanan nak try le memanah. Panahan pertama aku, arrow aku dah masuk kat org sebelah punya target board. Terkujat sekejap member pasal busur dia lum lepas lagi tp dah ada arrow terlepas kat target board dia. Aku sengih mcm kerang busuk je sambil cakap, sori-sori. Panahan kedua hingga keenam semua ke langit... tak masuk pun dalam target board aku. Andy dah bantai gelak sakan, benci! Mentang2 ar dia terer main benda alah ni. Last2 Andy yg budiman memberi tunjuk ajar - aku yg memula sombong bongkak akhirnya setuju diajar ala2 budak tadika gitu. Akhirnya 4 panah terakhir berjaya melekat kat target board walaupun tak kena kaler merah tengah2 tu, jadik la.... tu pun aku dah rasa mcm Robin Hood dah.

Habis aktiviti memanah kami memandu ke Allan's Lake, sebuah dem lama yang dijadikan tempat rekreasi. Kat sini kami buat aktiviti basikal air. Perghhh exercise gak la... Percaya ar, sungguhpun aku ni gebu comel daripada Andy tapi Andy yg mengah dulu, lum apa2 dah kena kejang kaki. Sungguh tak leh pakai. Dah le banyak ngelat, asyik aku je yg kena kayuh sengsorang. Sebelum meninggalkan Allan's Lake, sempat lagi kami fish feeding kat situ, ikan2nya bapaaaakkkk bagak besar. Sampai aku pun disimbah dek air tasik gara2 ikan tu melompat nyambor makanan. Sabo je la!

Pastu kami ke Smokehouse. Menurut one of the laman web yg aku baca, smokehouse is the best place for tea. Dekat sini pengunjung boleh menikmati minum petang dengan bunyi unggas2 yang superb, betul2 menenangkan jiwa. And.... selepas mengunjungi tempat tu, yes, I admit that - the best jungle sound I ever heard. Damai! Unexplained. You have to feel it to know it.

Dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah di Food Centre. One thing pasal Fraser Hill makanan mmg tak susah, cakap je nak makan apa. Nasi, Western, Cake, Ice-cream, ice-blended, waffle pendek kata semuanya ada - harga pun berpatutan. Tak le macam kat Bukit Tinggi, nak makan sket punya seksa. Yang ada cuma Spanish Restaurant yang harganya cekik darah. Tp di sini semua ada except the fast foods such as KFC, McD and so on.... tu kalau cari 5 hari 5 malam pun takkan jumpa punya.

Lepas makan tu sempat kami menyinggah kat sebuah park sebelah medan makan tu, kami sewa la 2 biji putter and bola untuk main mini golf... Ok. Kali ni aku konfiden aku leh makan Andy mcm makan cendawan goreng tepung tp sekali lagi jangkaanku meleset, walaupun main tipu lebih dari 3 kali tetap tak leh kalahkan mamat poyo tu. Aku bukan gila sgt nak menang cuma aku sakit hati bila dia ketawa berdekah2 sambil angkat ketiak dan mengembang2kan lobang idungnya tiap kali dia menang. Stress beb, stress. Itu jugak le muka yang dia selalu buat kalau Liverpool kalahkan MU. I really hate that face.

Pastu kami balik bilik - aku sambung baca novel - andy sambung tido. Petang keluar semula makan Western Food and during night time keluar lagi untuk dinner dan ambik gambar suasana malam di Fraser. Esok pagi lepas breakfast planning nak terus balik ke Semenyih. Miss my baby Shabby and the kids..











2 comments:

Kakcik said...

Seronoknya baca catatan Diana ni. Kakcik dah naik seklai ke FH tu, tapi tak 'habis jelajah'. :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Terima kasih kak cik. Fraser Hill ni kecik je Kak Cik tak mcm Cameron. Bila datang sekali, habiskan setiap sudut pastu 7-8 tahun tak yah datang dah. hehehhehehehe