Sunday, April 28, 2013

An 8th Anniversary Celebration @ Fraser Hill - Day 2

Pagi2 bangun Andy dah berbungkus macam telur bungkus atas katil. Demam, katanya. Malam tadi dia eksen, keluar pakai t-shirt lengan pendek, konon2 nak tunjuk dia tahan sejuk. Last2 aku punya sweater converse dia pakai... nasib baik isteri yg bijak bistari ni bawak sweater lebih. Malam tu bukan takat tido pakai sweater, siap ngan stokin aku kaler pink pun dipakainya, sejuk punya pasal.

So pagi ni walaupun aku bangun awal pagi, aku terus baca novel, sehingga jam 9 pagi barulah kami turun untuk buffet brakfast - complimentary provided by the hotel.

Sebaik aje lepas breakfast bermulalah aktiviti kami tanpa henti. Kami start enjin blackpinky terus ke The Paddock bagi aktiviti Horse Riding. Kuda yang hensem bewarna coklat yang baru dikeluarkan dari stable tu menjadikan aku penunggang pertamanya pagi tu. Oh my duda... opss kuda... Masa naik tu start le berangan2 mcm dalam citer hindustan Prem Ki Diwani Hoon yang Hrithik Roshan naik kuda ngan Kareena tu... ewahhh...

Pastu kami main Archery plak... ni mmg lawak la... Aku ni mmg tak pandai memanah, tp teringat yg bos aku pernah cadangkan semua HOD akan bertanding utk satu archery tournament, maka aku semangat kesukanan nak try le memanah. Panahan pertama aku, arrow aku dah masuk kat org sebelah punya target board. Terkujat sekejap member pasal busur dia lum lepas lagi tp dah ada arrow terlepas kat target board dia. Aku sengih mcm kerang busuk je sambil cakap, sori-sori. Panahan kedua hingga keenam semua ke langit... tak masuk pun dalam target board aku. Andy dah bantai gelak sakan, benci! Mentang2 ar dia terer main benda alah ni. Last2 Andy yg budiman memberi tunjuk ajar - aku yg memula sombong bongkak akhirnya setuju diajar ala2 budak tadika gitu. Akhirnya 4 panah terakhir berjaya melekat kat target board walaupun tak kena kaler merah tengah2 tu, jadik la.... tu pun aku dah rasa mcm Robin Hood dah.

Habis aktiviti memanah kami memandu ke Allan's Lake, sebuah dem lama yang dijadikan tempat rekreasi. Kat sini kami buat aktiviti basikal air. Perghhh exercise gak la... Percaya ar, sungguhpun aku ni gebu comel daripada Andy tapi Andy yg mengah dulu, lum apa2 dah kena kejang kaki. Sungguh tak leh pakai. Dah le banyak ngelat, asyik aku je yg kena kayuh sengsorang. Sebelum meninggalkan Allan's Lake, sempat lagi kami fish feeding kat situ, ikan2nya bapaaaakkkk bagak besar. Sampai aku pun disimbah dek air tasik gara2 ikan tu melompat nyambor makanan. Sabo je la!

Pastu kami ke Smokehouse. Menurut one of the laman web yg aku baca, smokehouse is the best place for tea. Dekat sini pengunjung boleh menikmati minum petang dengan bunyi unggas2 yang superb, betul2 menenangkan jiwa. And.... selepas mengunjungi tempat tu, yes, I admit that - the best jungle sound I ever heard. Damai! Unexplained. You have to feel it to know it.

Dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah di Food Centre. One thing pasal Fraser Hill makanan mmg tak susah, cakap je nak makan apa. Nasi, Western, Cake, Ice-cream, ice-blended, waffle pendek kata semuanya ada - harga pun berpatutan. Tak le macam kat Bukit Tinggi, nak makan sket punya seksa. Yang ada cuma Spanish Restaurant yang harganya cekik darah. Tp di sini semua ada except the fast foods such as KFC, McD and so on.... tu kalau cari 5 hari 5 malam pun takkan jumpa punya.

Lepas makan tu sempat kami menyinggah kat sebuah park sebelah medan makan tu, kami sewa la 2 biji putter and bola untuk main mini golf... Ok. Kali ni aku konfiden aku leh makan Andy mcm makan cendawan goreng tepung tp sekali lagi jangkaanku meleset, walaupun main tipu lebih dari 3 kali tetap tak leh kalahkan mamat poyo tu. Aku bukan gila sgt nak menang cuma aku sakit hati bila dia ketawa berdekah2 sambil angkat ketiak dan mengembang2kan lobang idungnya tiap kali dia menang. Stress beb, stress. Itu jugak le muka yang dia selalu buat kalau Liverpool kalahkan MU. I really hate that face.

Pastu kami balik bilik - aku sambung baca novel - andy sambung tido. Petang keluar semula makan Western Food and during night time keluar lagi untuk dinner dan ambik gambar suasana malam di Fraser. Esok pagi lepas breakfast planning nak terus balik ke Semenyih. Miss my baby Shabby and the kids..











Saturday, April 27, 2013

An 8th Anniversary Celebration at Fraser Hill - Day 1

Last sekali sampai di Fraser Hill ni ketika umur aku 7 tahun, darjah satu. I don't remember anything about FRaser Hill even the Menara jam yang bantut tu. Yang aku ingat ttg Fraser Hill ialah, pada usia aku 7 tahun tu, aku muntah dalam kereta sehingga mengotorkan baju pink kesukaan aku. Mak simpan dalam bonet baju tu sampai terlupa then bertahi lalat, bila basuh masih ada tompok2 tahi lalat baju tu dan aku tetap pakainya - sbb dh mcm corak pula. hahahahah

And one more thing yg aku ingat ttg Fraser Hill ialah ada air terjun masa tu, pengalaman mandi air terjun tu langsung tak ingat tapi gambar aku mandi air terjun tu masih ada, pakai spender aje tanpa baju. Dada pun leper je lagi masa tu. Sangat tak senonoh.

And believe it or not, Andy pun kali terakhir ke Fraser masa umur yang sama, 7 tahun jugak. But definitely pada hari yang lain dan dengan orang yang lain, and we not met each other on that day. I believe so.

Jalan nak naik ke atas, perghh bleh tahan bengkok2 gak. Arif dengan ke"alah"an aku yang melampau ni, Andy bawak slow je sepanjang naik tu, 40km/h - so tak terasa nak muntah. Sampai je dekat atas tu my 1st impression. Wow... just like a Little England. Bangunan2 Inggeris yang sangat comel dan cantik. Cutenya!!! Even pejabat pos pun nampak comel!

Check-in di Puncak Inn - we took Honeymoon Package yang dibeli di MATTA Fair. Agak berbaloi juga tawarannya, sbb kami dapat Junior Suite yang mana lebih besar dari Superior and Deluxe room. Ada ruang tamu dengan sofa yang selesa dan juga ruang tido yg menempatkan katil. Interior design, definitely English Style dengan segala hiasan vantage yang memang kesukaan aku. Just like a doll room. I like it!!!

After check-in and melepaskan batuk di tangga  lelah, kami keluar berjalan2 di hadapan hotel. Took a few snaps depan menara jam, tepi2 bangunan yang comel dan jengah2 souvenir shop for price survey sblm beli sok, then kami pulang semula ke bilik. Tepat jam 8 malam, kami turun ke cafe hotel untuk menikmati candle light dinner yang telah termasuk dalam package honeymoon kami. Melihatkan the only table yg siap dengan lilin, bunga dan setting yang lain dari yg lain we already know that it is our table. Bermula dengan appetizer Garden Salad, disusuli dengan Grilled Chicken Maryland for me and Beef Steak for Andy and lasted with dessert mix fruit cubes membuat kami bloated bila naik ke bilik....

What a first day experience.....  will continue on the 2nd tomorrow, time to continue my reading. (Aku bawak novel).


Friday, April 05, 2013

PRU13: Jangan Undi!!!!!!!!!



Jangan undi / pangkah mereka kerana PARTINYA atau MANIFESTO nya...
Tapi pangkahlah kerana calon itu sendiri....
Pangkahlah kerana anda yakin calon yang anda pangkah itu......
Mampu menjadi wakil dan suara anda..
Mampu membela anda dan masyarakat sekitar anda..
Mampu menjadi pemimpin anda...
Orang yang boleh dipercayai dan dicontohi..

Sebelum tunaikan tanggungjawab anda kepada negara..
(memilih calon yang mampu membawa kebaikan kepada negara)
Tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang Islam dulu..
(calon yang mampu membawa kebaikan kepada agama)
dan kemudian sebagai orang Melayu...
(calon yang mampu membawa kebaikan kepada bangsa)
Kerana itu kita selalu sebut demi... Agama, Bangsa dan Negara..
dengan turutan yang betul...

Renung-renungkan, selamat mengundi!

http://greenjoint.files.wordpress.com/2010/10/600px-flag_of_barisan_nasional-svg1.pnghttp://www.nambikei.com/wp-content/uploads/2012/08/pakatan-rakyat-logo.png

Tuesday, April 02, 2013

Swiss Garden Damai Laut, Lumut

Rasa macam dah lama tak bercuti ngan mak ayah. Ye ke? Hmmm... tu ar, kadang2 2-3 bulan pun terasa lama kan? Aku datang dari family yang begitu. Masing2 cintakan travelling. Melancong sana, melancong sini. Kalau takde duit, ikat perut, cari duit semata2 untuk pi berjalan. Kadang2 tempat tu dah pi banyak kali pun tapi sbb nak gak berjalan bersama, pi lagi..

Kali ni percutian agak proper sket berbanding percutian ke Pangkor masa cuti sekolah hujung tahun lepas. Sbb dah tau kami nak pi time cuti sekolah, so kami book hotel awal. Tapi kali ni kami tak pilih hotel di Pangkor, kami pi belah Lumut je. Kalau kowang nak tau Lumut jauh lebih happening dari Pangkor tu sendiri. Hotel yang baik sket yang belum pernah stay lagi. So that's it! Swiss Garden. Lagipun ayah nak try Swiss Garden, kalau menarik nak join membership. Membership?? OMG. Family kami dah terlampau banyak membership vacation club ni. Tak larat!!

Tiba je kat sana lebih kurang pukul 1 tengahari, jumpa mak, ayah, Ija ngan anak2nya kat Mekdonal Lumut jam 12, sempat le kami mencekik mekD dulu sebelum bertolak ke Swiss Garden. Sampai je dalam kawasan masuk Swiss Garden tu mula la sakit hatu aku yang pertama:-

1) Jalannya bapak jauh ke dalam, di kiri kanan hanya terdapat kebun buah naga, kelapa sawit dan hutan. Agak terpelosok, sepanjang perjalanan masuk yang jauh tidak terdapat sebarang kedai runcit, kedai makan mahupun stesen minyak. Aku mula berfikir, orang kat sini makan mcm mana? Takkan 'terpaksa' makan di hotel?

Sampai je pengalaman buruk ke-2:-

2) Guard melayu tua menahan kereta aku, sambil bertanya, "Nak ke mana encik?" "Check-In," jawabku. "Dah buat booking ke atau baru nak survey?" "Dah booking", jawabku. "Boleh saya tengok confirmation slip?" Wahh!!!!!!!! Ni dah melampau. Siap nak tengok orang punya confirmation slip bagai. Peliknya kereta lain takde plak. Mentang2 le aku naik Kembara kokak je. Tengah aku sibuk nak kuarkan confirmation slip, kereta dah panjang kat belakang. Lepas tu laki aku cakap, "Confirmation Slip untuk kereta belakang ni pun Encik nak tengok jugak ke? Belakang ni bapak saya?" Dia pandang keta bapak aku, "Kereta belakang ni family encik?" "Ya!" jawabku dengan nada marah! "Oh... takpe la... jalan je."
Macam setan kan? Mentang2 la kereta aku kembara buruk. Ingat sadis sangat ke tak mampu tido hotel dia. Sabar je la aku!!
Sewaktu kereta bapak aku melepasinya sempat lagi bagi jelingan tajam kat guard yang mungkin sebaya dengan dia. Katanya ketika di lobby "Ayah rasa macam nak sound je guard tu? Kalau orang baru nak survey hotel dapat layanan guard macam awak ni, duit dia berkepuk2 pun tak hingin dia tido hotel ni."
Ha.... ayah aku yang penyabo pun leh kata camtu, bayangkan la.

Mula2 kami check in kat tempat family aku dulu, mereka stay studio apartment type, manakala aku ngan hubby hotel type. Lepas tu kami bergerak ke hotel untuk check-in tempat aku plak. "Bilik tak ready lagi," katanya. Tengok jam pukul 2 petang. "Hmm... takpe la. Saya boleh tunggu." Kalau ikut regulation pukul 3 check-in. Anak2 kesayangan dah bising2 dah masuk swimming pool. Akhirnya adik aku terpaksa la bawak jugak diorang pi swimming pool walaupun bilik aku tak check-in lagi. Sambil2 tu sempat le kami perabihkan air welcome drink, bergambar dan layan internet.

3) Ketidakpuasan hati ke-3, jam 4.30 petang barulah kunci diserahkan kepada kami setelah lebih lima kali kami bangun tanya "Bila bilik nak siap ni????" Laki aku dah mengamuk, aku pun dah berbahasa "sopan" akhirnya barulah kunci bilik diserahkan. Semasa tiba di depan bilik, housekeeping pun masih ada dalam bilik kami. 5 orang beb housekeeping uruskan 1 bilik. Itupun lambat gila. Pelik! Tak pernah dalam sejarah hotel 5 star yang aku duduk ada pengalaman cenggini.

Private beach dia tak le seindah yang di sangka. Pada aku Pangkor dan sekitarnya bukanlah untuk orang yang dambakan keindahan pantai. Kalau betul nak pantai yang Indah, pi Tioman atau Redang. Memandangkan kami pun bukanlah peminat air laut (cuma suka tengok air laut, tapi mandi laut tak minat) jadi masa kami banyak dihabiskan untuk meneman budak2 buat istana pasir dan kutip seashells.

Walaupun kolam renang dia besar giler, tp tak buat tempting pun untuk berenang2 di dalamnya. Mungkin sebab ramai anak2 gomen yang kebetulan tengah berhari keluarga kat situ. Masa kami banyak dihabiskan dengan indoor activities dan Jacuzzi. Ha!! Kalau nak tau aku sanggup keluar dari kawasan ceruk tu semata2 nak ke Jusco Lumut yang baru bukak tu sebanyak 4 kali. Hebat kan? Ekekekek...









Kesimpulannya.... percutian kali ni so-so je.
Ayah kata, "Nasib baik ayah tak confirm nak jadi ahli aritu. Tak menarik langsung!"
Mak kata, "Setakat nak datang sekali seumur hidup boleh la, nak repeat, sorry la."
Adik aku kata, "Apa la yang mat saleh ni buat kat sini, dowang tak pernah cuba tido kat hotel 5 stars lain ke?"
Kesimpulannya, lu pk la sendiri.