Wednesday, February 13, 2013

Trata'Leka- Inilah yang dipanggil keindahan kampung.

Last minute mak ajak balik Muar, anak sepupu aku kahwin. Tak berapa close sgt dgn sepupu sepapat sebelah mak ni, tatau kenapa. Dari kecik mmg camtu. Beza kalau dengan sepupu2 belah ayah, kami rapat sangat!

Tp mak buat cerita sedih, katanya adik beradik dia dh tua, ramai yg sakit2, kalau tak jumpa masa ni, mungkin tak dapat jumpa sampai bila2. Jadi dia minta kami teman dia balik sekali. Balik hari katanya. Pengsan. Bukan tak pernah balik hari ke Muar, pagi pergi, awal paginya baru sampai balik. Badan flat habis. Esoknya satu hari qada' tidur sbb terlampau letih. Tanak buat lagi dah. Tobat!

Aku cadangkan kami bermalam ni mana2 hotel di Muar. Mak ckp mana le ada hotel lai time raya cina ni. Aku pun survey la sumer hotel yang ada kat Muar. Konfem mmg fully booked. Baik yg mahal, baik yg budget. Tapi rumah tumpangan tak tanya la plak. Kang sewa bilik dapat ahso tua lak. Pengsan. Tu ar mak.. besok nak bertolak, arini baru cakap.

Tak putus asa, belek punya belek punya belek.... ternampak le iklan homestay Trata'Leka. Homestay yang bercirikan rumah kebudayaan melayu lama. Pendekkan cerita lepas call owner, aku dpt le booked sebiji rumah yang paling kecil yg ada kat situ (itu je last kopek, nasib baik je dpt tu).

Betolak ke Muar dari Klang, highway pagi Ahad tu.... perghhhh... yg tak tahan benti kat RnR nak duduk pun takde tempat. Beli makanan, pastu makan berdiri je. Sadis sungguh. Sampai ke Trata'Leka jam 12 tenghari. Melampau sunngguh. Check-in kul 3 patutnya. Masa tu bilik kami tgh dihousekeepingkan. Maka kami merayau le dalam kawasan Trata'Leka tu. 1st impression. Wow!!! Ada sebiji pangkin besar dengan tirai putih, di atasnya terdapat permainan tradisional spt batu seremban, congkak, rebana, angklung dan beberapa permainan tradisional lain. Excited Aliyah ngan Ajiem. Almaklumlah seumur hidup tak pernah tgk permainan tu. Asyik2 Hot Wheel, Barbie, Thomas and etc... Sempat juga mereka bergendang, main congkak dan batu seremban. "Oooo... mcm tu rupanya nak main ni," kata Aliyah. Bangga! Sbb dpt kenalkan permainan aku masa kecik2 kepada my adorable nieces ni.

Bila survey2, terdapat 3 buah rumah penginapan kat sini.  Trata' Along, Angah, Achik. Manakala Trata' Anjang pula adalah sebuah rumah tinggi dan kecil yg dibina perhampiran swimming pool. Untuk rehat2 ok la kot. Ada sebuah kolam kecil yang dipenuhi pokok teratai dan keladi bunting. Di sekeliling Trata' Leka terdpat beberapa pangkin kecil untuk pengunjung berehat2 sampai menghirup udara segar kampung. Terdapat gak swimming pool kecik, khas untuk kanak2. Mak budak yang terhingin bona nak masuk pun boleh gak, cuma kalo masuk tu nampak hodoh sikit le pasal air paras lutut pun nak rebut ngan bebudak ke? Agak2 la...

Sebaik aje bilik siap diduduki kami pun masuk le ke dalam bilik. 2nd impression. Wowwwww! 1st time aku tido homestay sebenarnya and the most important thing aku berjaya buat kedua2 anak buahku berkata, "Mommy, ini kampung ye? Kakak suka sangat tempat ni... tempat ni cantik sungguh la mommy." "Mommy, Ajiem suka, Ajiem tak mau balik rumah nenek lagi." Ha.... baru dowang tau penangan rumah kampung. Selama ni dok hotel nak yg 5 stars aje. Duk 3 stars pun dah start komplen banyak, bilik kecik, bau la, kolam tak best, bath tub takde... kat sini... sekali pun takde komplen. Mmg menakjubkan. Siap menangis2 di ajak balik. Suh janji bawak lagi balik kampung. Ha... pasnih kalau abah kamu ajak balik kampung, kena ingat, bukan kampung yang ni yerk. ekekekek

Trata' Along paling kecik namun yg paling cantik pada mata aku. Serambinya besar. Ada loteng yang mana menempatkan satu lagi katil bujang. Dapurnya lengkap dgn peti sejuk, meja makan dan microwave. Comel je. Ownernya pun ramah sungguh. Katanya asal dibina tempat ni untuk suka2 je... khas untuk anak2nya yang 3 orang. Tapi memandangkan mereka semua tinggal di KL, jadi tempat ni dibuat homestay. Bagusnya. Sekurang2nya berpeluang la orang mcm kami ni nak perkenalkan kepada anak2 bahawa inilah yang dikatakan kampung. Harga bagi setiap rumah di sini ialah RM250/malam tanpa mengira apa saiz rumah pun. Occupancy bagi setiap rumah bergantung kepada saiz. Mcm tempat aku ni 4-5 pax kalau nak selesa. Ngam2 la...

Kebetulan Medan Asam Pedas yang terkenal sekali di Muar ni mmg terletak hanya beberapa meter dari Trata'Leka ni. Perghhhh... marbelles... Terlanjur ke Muar konfem beli mee bandung Rasa Timur yang paling terkenal skali. Ohh... Muar mmg terkenal dengan masakan yg hebat2. That's why pada kami mak adalah chef terhebat kami, dh mmg origin kan? ekekekek




Wahh... Dah merasa duk kat suasana kampung. Next request aku minta kat asben leh tak aku nak rasa penginapan Diraja plak. Pengsan.



No comments: