Thursday, January 31, 2013

Na Na Na... Tengganu Kiterrr~!

Lamanya tak pi bercuti... (berdua). Biasa pi bercuti ngan whole family. Ntah tebiat apa kali ni hubby ckp "Jom pi Ganu?". Aku ngan eksennya jawab "Watpe?"
Asben: Bercuti la apa lagi??
Aku: Awak sponsor ke?
Asben: Ye la... sy yang ajak, sy sponsor la...

Hoyeahh!!! Setuju! Setuju! Setuju!
Pastu Asben pun menyerahkan beberapa keping duit. Ini budget untuk hotel. Cari hotel yg baik. Kalau dapat murah bleh tido lebih dari 1 malam.
Haishh... bab mencari hotel baik dan murah, I am the best laa....
Sampai asben pun tkojut, "awak tambah duit awak ke?"
"Tak ar... saya guna ngam2 duit yg awak kasi untuk hotel"
"Hurmm.... hebat!" - Yes. I am. Thank U.

Apa yang menarik kat Ganu? (Kuala Terangganu)
Kami jarang tinggal kat Ganu cos kami dua ni Gila Pulau~!
So kalau sebut Terengganu biasa kami konfem nyasar ke Redang, Kapas, Perhentian dsb..
Tp kali ni kami tak pulau2 tersebut cos pulau2 yg mengadap laut China Selatan ni biasanya ditutup dari bulan 11 sampai bulan 4 setiap tahun disebabkan tengkujuh dan tiupan angin monsun yang tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai/ laut.

So, kali ni kami ke Pasar Payang, Makan Satar, Kopok Leko, Ikan Bakar Pok Rashid yang sedap, dan sempat juga le shopping sket kat Noor Arfa Craft Centre.
Kemudian kami ke Kerteh, tido umah my Abg Ipar. Wooohhhh... manyak syok. Kami makan ketam ketam ketam dan udang. Puasnya!! Tidak terkira kepuasannya. Manissss~!!!

Sebelum pulang ke Semenyih, kami bermalam lagi semalam di Cherating. Beshnya. Kebetulan hotel yang kami duduk tepi laut dan banyak sangat aktiviti. Rasa mcm 1 malam tak cukup je. Later la... kita sambung cuti lagi.









Lastly, TQ to asben yang sudi bawak saya bercuti...
Dia kata: U r most welcome. Doakan saya rezeki bertambah murah, nanti saya bawak awak melancong oversea plak.
Aku: InsyaAllah... yang... saya nak pi negara yang ada salji... sy nak main salji.
Andy: Oh... ok.. nanti saya bawak awak pi I-City kat shah alam...
Aku: Sabo je la!!

3 comments:

Kakcik Nur said...

Hahaha... Last2 dia kata ke I-City pulak, ya? :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

tu ar pasal.... geram sungguh. Mana sama salji buatan manusia ngan salji buatan Maha Pecipta kan, kak cik?

azieazah said...

Bestnya bercuti berdua-duaan gitu. Terengganu memang best!