Sunday, November 04, 2012

Perginya Chenta (cinta) memberi laluan kepada Qaseh (kasih).

Tajuknya penuh makna, simbolik realiti dari kehidupanku sendiri. Chenta dah takde. Tarikh 24 Oktober menyaksikan Chenta pergi buat selama-lamanya. Takde angin, takde ribut, Chenta keras saja pagi tu. Tidak seperti rutin mengejarku tiap kali aku menyediakan makan pagi untuk mereka. Husband kata "Chenta tidur dalam bilik." Hati aku tambah tak sedap. Aku minta husband kejutkan Chenta walau hati aku dah terdetik sesuatu yang tidak baik. Dan semasa husband aku menyebut, "Chenta dah tak ada, yang. Dia dah mati." Airmata aku mengalir laju, jantung dipam terasa sakit denyutannya sehingga aku terpaksa menekan dada aku yang umpama hendak pecah. Tentu korang pernah rasa situasi mcm ni kan?

Tidak seperti Mika, selepas menanam jasadnya yang kaku, aku masih mampu pergi bekerja seperti biasa. Ahh... hidup ini terlalu banyak kejutan. Samaada aku bersedia dengan kejutan itu atau aku mungkin telah menjangkanya dari awal. Kalaulah nasib yang sama menimpa Shaby.. mungkin skang aku sedang gila menangis tanpa henti. Qaseh, mana mungkin Qaseh mampu menggantikan Chenta. Katalah apa saja pun, baka lebih baik, lebih cantik, lebih gebu... Chenta lebih dekat dengan hati. Kerana itu tatkala abg iparku menyuarakan hasrat untuk mengambil Qaseh, aku sikit tidak ralit untuk menyerahkan Qaseh pada abg iparku. Kini Qaseh bahagia duduk di rumah besar di Terengganu, mungkin sedang belajar loghat Tganu.

Beberapa hari lepas kejadian Chenta pergi, Oyen menunjukkan sipmtom yang serupa, kelihatan lemah, kurang selera makan, tak nak bergurau. Kalut kami dibuatnya. Lalu pagi tu husband menghantar Oyen dan Tompok (yang baru mula menunjukkan simptom malas) ke veterinar... Penangannya.. dua2 disuntik dengan antibiotik. Walaupun sebenarnya Tompok tak sakit... pun selamat disuntik dan diberikan ubat kapur. Marahnya dia... "Tak pasal2 aku pun kena!!" Seluruh bilik dan permainan dibersihkan dengan dettol dan clorox bagi membunuh kuman dan virus. Raya Haji aritu terpaksa la bawa Oyen ke Tg Malim skali kerana perlu diberikan ubat dan air 2 jam sekali. Shaby ikut sekali... kesian dia. Dek kerana ramai yang terkejut dan terkujat dek kegemukan melampau dia, habis kena gomol satu rumah... takde rehat. Tu yg bila balik ke Semenyih, terus tidur terkangkang berjam2. Letih benar kononnya.

Banyaknya peristiwa yang terlepas gara-gara sikap malas aku yang tak mahu nak update blog. Penyudahnya, bila nak update terlalu banyak nak dicerita, terlalu banyak juga yang terlupa.

1 dan 2 November lalu kami baru sahaja selesai SIRIM audit. Berbanding audit yang lalu dan dengan syarikat2 terdahulu, aku kira ini merupakan audit terbaik dalam sejarah hidup. Dari segi persediaan dokumen, fizikal dan mental. Kami tak tergopoh, tidak sibuk, dan tidak risau menunggu hari audit, seolah-olah tiada apa yang akan berlaku esoknya... hanya hari2 yang biasa. Mungkin kami mengamalkan cara dokumentasi yang lebih sistematik, kami juga menggunakan kaedah benchmark, jadikan yg terbaik itu satu ikutan. Hasilnya... buat pertama kali dalam sejarah ATRYZ, Zero NCR, Zero Observation. Pujian melangit diberikan oleh GM kepada ISO committee. Tapi kami selalu beringat, kami tidak hidup dipuji, tidak mati dikeji. Mungkin ambiance workplace telah meng"setup" minda kami sebegitu. Disini, yang di atas tak selamanya di atas... kalau lupa diri, boleh jatuh terduduk dan dipijak2. Hakikatnya itulah yang berlaku.

Oh ye, Lusa aku bakal menduduki satu peperiksaan, Radiation Protection Officer, sekiranya aku lulus, aku akan dilantik menjadi RPO syarikat. Besar maknanya "kelulusan" ini kepada aku. Tapi hakikatnya.. terlalu jauh dan terlalu tinggi untuk digapai. Setiap manusia ada limitation. Dan aku kira.... peperiksaan ini terlalu tinggi dan melepasi had limit aku. Inilah matapelajaran paling susah yang pernah aku temui di sepanjang hidup aku. Jauh lebih tinggi dari matapelajaran fizik dan matematik tambahan yang pernah aku ambil dulu. Aku cuma mengharapkan keajaiban... mudah2an apa yg aku baca dan aku faham sahaja yang keluar periksa. Boleh mcm tu? Tapi aku terima segala ketentuan Allah... Kalau lulus tentu ada sebabnya... dan kalau gagal pun tentu ada kebaikannya.


Aduh letih sebenarnya. Aku dahagakan vacation yang benar boleh release segalanya. Kepenatan dan rasa tidak puas hati. Ada sesetengah orang menjadikan rumah dan weekend sebagai tempat melepas kepenatan selepas seharian/ seminggu bekerja. Tapi beza skali dengan aku. Aku akui, aku punya 2 karakter. Di rumah personaliti aku tidak sama seperti di pejabat. Aku menjadikan pejabat tempat "All Out" untuk apa saja perkara yang aku marah, tak puas hati dan kepayahan yang berlaku di dalam kehidupan aku. Mungkin kerana itu aku dilihat boleh jadi sangat garang dan sangat fun di tempat kerja. Berbeza ketika di rumah, aku sukar mengekpresikan diri aku. Jadi untuk kesakitan di tempat kerja, aku tidak punya tempat untuk membuangnya.... alangkah bagusnya kalau boleh bercuti dengan tenang. Harapnya camping bersama teman2 sepejabat di Lata Lembik, Raub, Deepavali ini akan memberi motivasi yang tersendiri.

Kalau dalam entry sebelum ini aku ada ceritakan tentang tetamu Sabah, terima kasih kepada semua kawan2 dan ahli keluarga yang banyak membantu aku. Akhirnya tetamu telah berjaya dipulangkan ke tempat asalnya. Cuma ada satu kemusykilan... pernah sekali tetamu Sabah memberitahu aku supaya membuang ikan puyu dalam akuarium di rumah aku. Aku katakan "Tak boleh... itu suami saya punya." Lalu dia kata, "kalau mcm ni... susahla..." Tiba2 semalam ikan puyu tu hilang tanpa dikesan selepas hampir sebulan tetamu Sabah tidak lagi datang. Pelik betul... ikan puyu tu lagi pelik... Kedatangannya dulu secara tiba-tiba dekat parit betul2 depan pintu masuk rumah. Lalu aku angkat dia dari parit kering masukkan dalam akuarium bila dia melompat saat aku kuis badannya. La ni... tiba2 hilang tak pasal2.... Memang kompius. Seram tak?

2 comments:

houseoftheuglymother said...

shedehnye...chenta dah xde. owhh..sy sgt2 memahami kesedihan itu. tahun ni saja dah 3 kali chenta hati sy pergi meninggalkan sy..
apa2 pun, semoga berjaya dlm exam tu ya.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Terima kasih kerana memahami...
:)