Friday, November 16, 2012

A friendly guide to Cameron Highland

Perkhemehan ke Raub (Lata Lembek) dibatalkan sehari sebelum pemergian kami. A bit dissapointed actually. Mula2 ada intention nak merajuk juga dengan office mates tapi bila difikirkan balik, it's not their fault... diorang pun kecewa juga, bukan aku je. Mak Azman dimasukkan hospital akibat jangkitan paru2, pada post ini ditulis ibunya masih lagi belum keluar dari hospital. Abg Jamal plak tatau kenapa demam dan muntah2 yang teruk... 5 days non stop..  bermula dari khamis minggu sebelumnya dia dah MC... tak sangka plak melaratnya weekend pun tak baik2...
Kata abg Jamal... "Banyak sangat dugaan, mungkin ada petanda Allah tak nak bagi pergi."

Dan kerana kekecewaan itu aku ambil cuti hari Jumaat atas alasan nak bereheat sepuas2nya di rumah. Approved by GM!

Adalah agak mustahil aku boleh duduk berdiam diri sepanjang cuti ini, maka aku memutuskan untuk ke Cameron Highland... ntah utk kali ke berapa?? Tatau.... banyak kali dah... tapi aku ingin sekali berkongsi sedikit maklumat mengenai Cameron Highland... perkara yang akan aku buat sepanjang berada di Cameron.

Hotel:-
Ada banyak hotel kat CH, dari budget hotel sehinggalah luxury type. Let me share about few hotels which I used to stayed.

Heritage Hotel- berada di Tanah Rata.. rupa kawasan hotel dan bangunannya lebih kurang je macam Strawberry Park Resort. Aku suka hotel ni sbb dekat je kalau nak ke Starbucks. WIFI free (signal internet utk celcom dan maxis sgt buruk di CH) and Caramel Machiato di tengah malam yg sejuk... TERBAIK!

Equatorial Hotel - terletak di Brinchang... the best part is jalan kaki je kalau nak ke KEA market iaitu pasar pagi paling popular dengan harga terbaik di CH.

Casa De La Rosa - terletak di tengah2 dari Tanah Rata ke Brinchang, a luxury place to stay... Tamannya cantik, biliknya luas, mewah dan besar.... Bilik airnya saja dah sebesar master bedroom rumah biasa. Tapi kekurangannya tiada pasar, restoran mahupun kemudahan seperti kedai runcit di kawasan sekitarnya. U have to get a ride to go anywhere.

Strawberry:-
Tak logik kalau ke CH tak merasa buah Stoberi. Aku kalau ke sini nak cari Strawberry wajib ke Raju Strawberry Farm. Terletak betul2 bertentangan dengan hotel Equatorial, I think this is the best Strawberry Farm in CH kerana:-
1- selain drpd strawberry anda boleh dapatkan apa saja yg berasaskan Strawberry disini. Aiskrim, Kek, Air, Ice blended, coklat, candy atau apa saja yg berasaskan Strawberry.... semuanya ada sini.
2- Mostly kebanyakan strawberry farm di CH kepunyaan cina, but this owner is Indian Man dan dia sangat peramah, baik dan tak berkira. Any explanation about strawberry u need to know, he can guide u.
3- Dia tak kedekut, harga boleh negotiate. Sometimes dia akan bagi free gift to u.
4- Strawberrynya segar. Gemuk... gebu... manis... uhhhhhhh.... terbaik!

Tea Farm
Ada 2 ladang teh terkenal di CH. Satu kepunyaan Bharat Tea dan satu lagi Boh. Ramai org prefer singgah di Bharat Tea Cafe sebab convenient, tepi jalan je. Mudah... sementara Boh Tea kena masuk jalan berbukit bukau di lereng2 ladang teh, agak sempit dan sangat tak convenient untuk mereka yg tak cekap memandu. Boh Tea Centre pun ada 2 tau... Tapi aku paling suka Boh Tea Centre di Sungai Palas kerana pemandangannya paling cantik!!! Kalau pernah tengok cerita Ombak Rindu yang Aaron Aziz dan Lisa Surihani tu... tu ar tempatnya.

Souvenirs.
Dulu harga terbaik ialah di Pasar Malam Brinchang tapi skang ni di KEA market pun boleh dapat souvenir dengan harga yang lebih baik. Keychain, sweater, fridge magnet, bunga, potpouri, buah2an, jagung, sayur semuanya boleh didapati di sini.

Cactus.
Ikut survey... harga pasar malam paling murah sebab boleh tawar menawar tapi di Cactus Point cactusnya more varieties, pasu dan stand untuk pasu cactus pun banyak pilihan!

Jam strawberry
I can say that dalam banyak2 jem strawberry dekat CH yg paling aku suka ialah milik KHM Strawberry Farm. Orang melayu. Jem homemade dia sangat sangat sangat sedap. Boleh dibeli di kebunnya, di pasar Malam Brinchang ataupun di kilangnya terus dengan harga yg lebih murah.



5 comments:

azieazah said...

Thanks Diana. Info menarik! Kak Azie tak pernah pegi CH lagi.. hehehe

Cikja said...

3 kali pegi CH..asyik mengalami pengalaman yang kurang baik..bila u share nie rasa nak try lagi sekali kesana...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak azie- patut kena pi CH skali tu kak azie... org kata sblm pi luar negara kena habis jelajah 1 Malaysia dulu... bila pi negara org nanti kita bleh arr proud... Klu camni CH jauh lebih cantik. Tu arr yg vic rasa masa pi Brastagi Indonesia dulu.

Cik Ja - harap entry ni boleh bantu untuk lawatan ug kemudian nanti ye Cik Ja.

Anonymous said...

salam vic. nak tanye pendapat pasal HR, kalau vic boleh bantu. I work in a factory. A staff (who is not person in charge)received goods and signed DO without checking actual goods/quantity. 500 pcs is missing fr actual qty. Investigated and the supplier has proof that actual qty delivered and it is our fault for not checking properly and DO was signed. Now,company is deducting this staff salary for the 500 pcs loss of goods worth. Is this a correct HR practice? Is it legal? Hope to hear fr you soon. Thanks.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Wasalam Anon,
Kalau soalannya either it is legal or not, the answer is not legal due to not follow the right procedure. Tetapi sekiranya pekerja diam tak melaporkan kepada pihak yang berwajib maka ia dikira tidak punya kes. Tp kalau pekerja itu celik undang2 dan melaporkan perkara kepada pihak yang berkuasa, maka pihak syarikat boleh dikenakan tindakan. Sepatutnya ikutlah prosedur yang betul, show cause, DI, bila dia mengaku bersalah atau terbukti bersalah maka barulah kenakan penalty yang mana pekerja tersebut telah diberikan peluang untuk membela dirinya dengan cara yang betul dan tahu kesan2 perbuatannya.