Saturday, September 22, 2012

Gaya Island - We had fun tapi......

Hari pertama 15/9/2012 - Berkumpul di ATRYZ jam 7.00 pagi. Bertolak ke LCCT jam yang sama dengan menaiki van syarikat. 8 orang semuanya - 4 lelaki, 4 perempuan. Selected leaders from various dept - based on 2012 performance. Tiba di LCCT, melepaskan luggage ke dalam kemudian having breakfast di restoran dlm LCCT. Jam 10.20 - berlepas ke KK, tiba jam 1 tengahari. Sebaik keluar dari pintu airport seseorang memegang tanda nama "Gaya Island Resort - Ms Siti Nordiana". Kami menghampirinya. 2 biji Alphard hitam berkilat sedang menunggu, terus dibawanya kami ke Sutera Harbour Marina. Setibanya di ofis tempat menunggu bot, kami disajikan dengan aiskrim homemadeCalamnansi yg sgt refreshing. Jam 2 petang kami terus dibawa ke Gaya Island Resort dengan speedboat.

Sesampainya di sana, kami terus ke restoran Feast Village untuk makan. Aku pilih Island burger... mak bapak besarnya. Homemade daging dengan wedges... tak terhabis. Nasib baik member tolong perabihkan. Habis makan kami mengambil gambar di persekitaran resort yang mewah tersebut suddenly ditarik seseorang untuk menari tarian tradisional kadazan. Layan je la...

Sebaik check-in. Masing2 kepenatan... Aku sebilik dengan Faridah, kami panggil Kak Bedah. Dia terus tertidur. Aku plak sebaik mandi dan berkemas terus turun untuk mengambil angin petang dan meninjau resort  ni. Kebetulan sedang merancang dengan Farid, Abg Jamal dan Azman.... GM dan Chong pun nak turut serta. Lalu habis kami jelajah sampai lewat senja... belum kes disergah beruk. Nak menangis aku di belakang Farid dibuatnya. Malamnya sebaik makan malam, kami berkumpul. Membuat satu game. Truth and Lies. Dan +ve and -ve thing about me. Ketawa mcm nak rak. Sampai tergolek2, keras2 perut masa ni. Semua kaki temberang... tapi end up kalah juga. Bab negative thing ttg aku.... perghhh.... 6 daripada 7 menyenaraikan..bahawa aku akan berubah menjadi Hulk apabila time payroll dan waktu period... itu yg buat semua org takut. Hahahahahahahha..... My GM plak list out yg aku selalu tak bagitau dia kalau sesuatu kerja itu telah diselesaikan atau disiapkan. Alih2 tengok2 dah siap je benda tu. Dia terpaksa figure out sendiri. Sorry GM. Saya akan cuba perbaiki di masa akan datang.

2nd day - 16/9/12
Jam 5 pagi hp aku berbunyi. Tertera nama Azman. "Jom kita tengok matahari terbit". "Tak nak. Aku nak tidur. Bye." Letak telefon. Kurang seminit bunyi lagi... "Jom la...." "Tak nak.. ajakla org lain". "Diorang semua tidur". "Aku pun...!!" Letak telefon lagi. Kurang seminit dia bunyi lagi. "Ko telefon aku balik ke?" Aku terus bangun. "Man, ko ngada ye. Aku kata tak nak ikut. Pagi2 dah buat aku marah. Camna aku nak tido balik?" "Eh, sumpah aku dpt missed call dari ko. Dah, alang2 dh marah, cepat siap aku tunggu luar." Hmm... bila masa aku missed call Azman? Dalam fikir tu aku bangun juga, berus gigi, basuh muka, sembur perfume walaupun tak mandi  terus keluar. Azman dah elok menunggu di hujung tangga. "Kita 2 je ke?" "GM dgn Chong tunggu kat Jetty". Dalam gelap tu kami berjalan slow2 ke arah jetty tetamu yang agak jauh sambil bersembang2... Setelah hampir 15min berjalan kami tiba di Jetty. Kosong. Tiada siapa. "Mana dowang?" Azman lalu mengambil iPhone nya terus menghubungi GM. "Kami di Jetty". Kata GM. Sedangkan kami mmg berada berhampiran Jetty ketika itu. "Agaknya jetty yang satu lagi kot, yg dekat jetty pekerja yang kita pergi semalam." Mak aii... jauh jeti tu. Dah le gelap. Keliling hutan belantara. Nak kena patah balik. Nak tak nak.. kami patah balik ke jetty pekerja. Lebih kurang 25min jalan kaki. Sedang kami bersembang2 menghilangkan kesunyian lalu di bawah jambatan yang sunyi tiba2 Azman mengagah aku, "Diana, bayangkan kalau kau keluar dari bawah jambatan ni, ada sekor berok tunggu ko atas tembok. Apa ko akan buat?" Walaupun soalan tu didengar biasa je... ia membuat semua bulu roma aku meremang apabila membayangkan mmg ada beruk atas tembok yang dimaksudkan. Lalu aku berjalan pantas meninggalkan tembok tu tanpa menyedari ketinggian itu membuatkan aku terjatuh, kaki aku terpelecok dan tak mampu bergerak. Azman panik. Dia cuba memapah aku tapi kaki terlalu sakit. Aku minta dia menjauhi aku. "Man, aku tak boleh gerak. Rasanya kaki aku terseliuh." Azman mengelap peluh. Cuba mendail nombor GM. Tiba2 aku rasa bayu pagi menghembus ke wajahku. Lalu ke kaki aku. Aku cuba menggerakkan semula kaki. Boleh. Aku cuba bangun. Sangat mudah. Azman ternganga... "Takpe Carmen, I rasa Diana dah ok..." itu je perbualan dia dengan GM yg sempat aku dengar. Azman bertanya kembali samaada aku benar2 ok. Aku cuba bergerak, berjalan, langsung tak sakit. "Eh... aku ok la... padahal tadi mmg kaki aku tak boleh gerak." "Tu la... aku pun nampak kaki ko terkepak tadi. Aku dah susah hati gila. Silap2 kita balik KK arini, cari tukang urut." Aku mengajak Azman menyambung perjalanan ke jeti pekerja yang hanya beberapa meter dihadapan. Azman bersuara "Carmen kata, dia kat jeti visitor, bukan jeti ni". Ternganga aku dibuatnya. Nak kena patah balik lagi. Padahal tadi kami mmg dah berada di sana... tapi kelibat GM dan Chong pun kami tak nampak. Nak tak nak... patah balik semula ke Jeti Visitor. Tiba di sana, hari dah cerah pun. Sunrise plak terlindung di balik pulau. Langsung tak kelihatan. GM membelek juga kaki dan lutut aku yang terluka sedikit. Aku katakan padanya.. aku ok dan tak sakit.



Balik semula ke bilik, mandi dan bersedia untuk keluar sarapan dan snorkelling, aku merasakan sesuatu mengikut aku di belakang. Tapi aku cuba berfikir positif, barangkali perasaan aku sahaja. Aku mengejutkan Kak Bedah supaya bersiap. Memakai baju renang di dalam dan t-shirt di luar. Sebaik bersarapan pagi kami terus ke jeti visitor untuk snorkelling dibantu oleh Marine Biologist dari Europe. Handsome! Daripada 8 orang, hanya 5 yang betul2 enjoy snorkelling. Lagi 3 panik bila terjun ke dalam air laut yg dalam. Terus terbantut, hanya duduk di jeti, termasuklah Kak Bedah. Lagi 2 Chong dan Jaafar. Coralnya mmg cantik. Cuma untuk orang yang gila snorkelling mcm aku, aku rasa Redang dan Tioman coral dan ikannya jauh lebih cantik. Habis snorkelling, balik ke bilik. Siap untuk makan tenghari dan Tribal Game (Pertandingan Permainan Tradisional Sabah). Selepas makan malam, kami berkumpul sekali lagi untuk Profiling Test, ujian personaliti. Malam itu tidur ku didatangi sesuatu. Yang mengurut lembut bahu aku, kaki aku, seluruh badanku dan wajahku..... membuatkan aku tidur nyenyak dan selesa sekali (walaupun sepatutnya aku berasa sgt takut).

Esoknya sedang aku bersantai di beranda sambil menghirup air kopi, aku bercerita ttg kedatangan sesuatu di bilikku semalam kepada Azman. Azman yang ketika itu berada di beranda di bawah nyata kurang selesa dengan cerita aku. Katanya, "Lain kali jangan benarkan, nanti dia ingat ko suka. Ini tempat baru. Kita tak kenal tempat ni. Sabah plak tu." Aku diam aje. Pagi itu kami bersiap untuk pulang. Flight kami pukul 3 petang, tapi kami plan nak ke KK dulu membeli belah. Sebaik aje bersarapan kami menaiki Bot mewah pulang ke Marina Sutera Harbour. Di sana kami meninggalkan luggage di ofis haritu dan mengambil teksi ke KK. Shopping tak ingat dunia. Masing2 membeli buah tangan untuk anak buah di pejabat, isteri dan anak menantu. Aku pula memborong 1 kilo udang harimau dan 1 kilo udang laut sebesar tapak tangan selain mutiara untuk anak2 buahku di pejabat.

Untuk Family aku? Tak beli apa2 pun. Diorang pun tak heran dengan Sabah agaknya. Hari tu punya mutiara pun dowang simpan dalam muzium aje. Tak dipakai pun. Hampir pukul 2 petang baru tiba semula ke Sutera Harbour. 2 biji Alphard sudah menunggu untuk membawa kami pulang ke airport. Jam 7.30 malam baru kami tiba di ATRYZ. Andy telah sedia menunggu. Seperti datang aritu, Azman menumpang kami pulang ke rumahnya. Dan malam itu... sesuatu itu datang kembali padaku dan berkomunikasi denganku... dengan pelat Sabah dia memperkenalkan diri dan minta ingin menjadi teman... Ok ow....

5 comments:

azieazah said...

Bestnya pegi Sabah. Dah lama tingin nak pegi sana.

Tapi... seramnya baca sesuatu itu...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Tu la kak azie, vic pun skang tgh cuba nak pergi berubat ni.

kakcik said...

Pergi 'berubat' cepat Diana!

Cikja said...

Oh tidak!!! vic u ada six sence...serammmmnya

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Cik- sedang menuju ke arah tu kak cik.
Cikja - Vic takde sixth sense pun... hari pertama langsung takde apa2 walaupun ketawa kuat sampai keras2 perut... Semua kejadian berlaku hanya lepas jatuh. Benda yang vic letakkan atas meja 2 saat je boleh hilang... semuanya tak jumpa semula... walaupun kami puas geledah 1 bilik. Masa tu vic rasa mungkin yg ikut vic ke hulu ke hilir tu yg ambik... sbb dia paling dekat dan boleh ambil paling cepat dlm 2 saat.. dan mcm2 kejadian lagi...