Tuesday, June 05, 2012

Bangang punya blog interface baru ni.


Baru 2 bulan tak berblog, blogspot dah kuar dgn interface yg sgt bangang. Langsung tak user friendly, aku yg nak menaip dari tab yg cukup seksa ni jadi bertambah seksa dibuatnya. Tp itu tidak membantutkan semangat aku utk berblog arini sbb aku berada dlm perasaan yg sungguh gembira arini. Minggu lepas last minute plan, tiba2 aku dh berada di Pangkor. Tak ada apa yg menarik pun kat Pangkor tu, lebih2 lagi waktu cuti sekolah, sesak bangat dan hotel2 naik harga 2 kali ganda padahal hotel lopek je pun tapi sampai RM350 smlm, pe jadah nyer. Tp dah tersampai, nak tak nak terpaksa le ambik gak.

Dari tepi laut Pangkor tu aku dpt saksikan Pangkor Laut Resort, yg mengingatkan aku kenangan terindah teambuilding kami tahun lepas. Eiii, klu nk compare kehebatan Pangkor Laut dgn hotel yg aku duduk skang ni mcm langit dan bumi. Sampai Aliyah kata, "mommy hotel apa mcm ni? Kakak nak hotel yg cantik mcm hotel yg kita naik kapal terbang aritu" - dia maksudkan Berjaya Tioman. Mak aii, budak kecik pun pandai demand.

22hb bakal menyaksikan annual dinner company aku yg ke22. Buat kali ke2, annual dinner mendapat sentuhan tangan aku dari sekecil2 perkara sehingga sebesar2 perkara. Berdebar juga menunggu respon dan sgt berharap ia berjalan lancar, lebih lancar dari kejayaan mengendalikan annual dinner tahun lepas. Tahun ini Intercontinental Kl dipilih jadi venue malam bertemakan "Glamorous Night- a red carpet experience". Aku bakal membawa tema Cleopatra mlm tu, nanti aku post gambarnya, InsyaAllah. Aku diberi mandat menjadi host pada malam tersebut bergu dgn Abg Jamal. Aku B.Inggeris manakala abg Jamal B.Melayu. Kang kalau bantai semua melayu takut ternganga2 plak jepun2 dari HQ tu nanti. Selain emcee, aku juga ada membuat persembahan berkumpulan untuk lagu Nobody- Wonder Girls dan insyaAllah akan menyanyikan lagu Jepun, Kiroro - Mirai secara solo. hahahaha. Bolot habis.

 Eh kenapa tadi aku kata aku gembira sgt ye?? Haaaa.. here it is. Im selected for this year management trip. Kalau dulu ke Pangkor Laut, this year will be somewhere yg tak kurang hebatnya. Walaupun masih dalam Malaysia, ia perlu naik kapal terbang, sebuah pulau yg terkenal dgn kecantikan pantai dan karangnya. Resort yg bakal kami duduki berharga Rm1200 semalam, siap dgn Jakuzzi di dalam bilik. What a treat. Syukur sgt2 sbb kali ni tempat terhad dan hanya "Performers" pada pandangan mata management sahaja yg terpilih untuk trip kali ni. Syukur Alhamdulillah untuk rezeki yg tak berhenti tahun ni. Amin.

6 comments:

siti murni said...

Congrats! Alhamdulillah..rezeki u tahun ni, Vic...for all the hardworks! Semoga dengannya menjadikan u terus bersemangat dalam kerjaya...

The Ugly Mother said...

wah...very the lucky you! enjoy!

acik mano said...

kalau kerja dengan ikhlas mesti dapat balasannya

@cu SaYaNg said...

Alhamdulillah...seronok dengar..tahniah :)

@cu SaYaNg said...
This comment has been removed by the author.
V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Terima kasih semua...
Walaupun rasa x sabar nak pergi vacation tu tp sbnrnya lebih berdebar menunggu Annual Dinner. Harap semuanya berjalan lancar. Doakan ye.