Tuesday, April 17, 2012

A Treat

Hola Hola... kembali~!

Jumaat lepas kami menerima kunjungan 13 Directors from 13 Japanese Companies. Maka bekerja keraslah kami bagi menjayakan hari tersebut.






Dan kerana pujian dan hasil kerja keras yg diberikan, my boss telah menghadiahkan stokin yg dibuat dari bulu arnab (uwaaaaaaaaa) bos tatau ke sy ni pecinta haiwan???
Tapi memang selesa gilerrrrrrrrrr arhhhh...
Dan semalam.... kami berempat (GM, S&P Manager, Prod Manager and me) telah dibelanja makan oleh kompeni.
Tony Roma's Pavillion.... nyum nyum~!!!

Aku memilih Salmon & Schrimp Picatta.... Nampak sikit, tapi seksa nak habiskan dek kerana Salmon nyerr yg besar dan padu. Nasib baik Azman (Prod Manager) ada tolong perabihkan. hahahaha....

Whatever it is.... Thank you so much boss for the treat.

9 comments:

kakcik said...

Seronoknya apabila hasil usaha kita dihargai, kan Vic? :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Tu la.... rasa dihargai dan pengorbanan terasa berbaloi, kan kak cik? :)

Anonymous said...

Diana,

Saya nak minta tolong skit, saya terbaca blog awak tentang nasihat awak tentang pekerja yg di tindas majikan...saya dah tak tau nak minta tolong siapa lagi, saya harap awak dapat tolong beri pandangan awak kepada saya...
Saya di beri 3 verbal warning letter oleh majikan saya..
1. Sbb dikatakan saya bertanggungjawab atas kecuaian dan barang yg di servis kami fail apabia digunakan oleh customer. Semua team saya di gantung kerja seminggu tanpa gaji walhal barang yg fail tu bukan saya servis, majikan ckp saya acountable sbb saya senior...
2.Sbb saya tidak datang kerja seminggu sbb sakit kronik n tiada MC. Walhal isteri saya dah call direct manager sy utk mintak gunakan cuti tahun krn nak cuba rawatan traditional dan manager saya bg kelulusan cuti secara verbal dlm fon..Alik2 kena show cause letter dan warning letter lepas saya reply show cause letter..
3.Sbb saya ada saya kronik iaitu disc slip dan saya email bos2 n HR saya utk mintak pelepasan light duty sementara sbb baru keluar wad, bos2 n HR tak bagi light duty n suruh saya buat normal duty.. jd bila bos2 tak kasi light duty saya berborak ngn kawan pasal keputusan bos2 tu dan ada yg terdengar bagitau bos2 n kena warning letter sbb against policy syarikat...kerja saya mechnical, kalau saya sakit makin teruk lepas kerja angkat barang berat2 saya yg tanggung sakit..saya jugak kan.. so salah ke saya kalau bos2 reject permintaan saya dan saya bincang ngn kawan pasal keputusan bos2 tu...

Saya nk tanya betul ke semua tindakan majikan saya tu?
boleh ke majikan buang saya dengan gunakan alasan dalam semua warning letter yg diberi kepada saya tu?
boleh ke saya minta pampasan jikalau sakit slip disc saya ni di sebbkan kerja harian saya. buat pengetahuan awak gaji saya melebihi RM 3000 sebulan dan perkeso hanya bayar max gaji pekerja RM 3000 aja dan kekadang pampasan perkeso tak berbaloi dgn kecederaan fizikal pekerja?
Boleh ke saya teruskan lawan majikan saya kalau di buang atas sbb diatas utk pampasan hilang upaya kerana kalau slip disc memang bahaya tulang belakang saya kalau terus buat kerja mechanical ni?
Memang saya boleh mohon perkeso utk hilang upaya ni tp pampasan perkeso tak seberapa bandingkan dengan kecederaan saya tanggung seumur hayat saya... Sbb tu saya bercadang nak bawa ke court kalau majikan sengaja ada-adakan kesalahan saya itu utk buang saya, mungkin majikan takmau lagi tanggung pekerja yg sakit kronik gini atau majikan nak lari n taknak tanggung jawab atas kecederaan fizikal yg disebabkan oleh faktor kerja harian...

Tolong advice saya macamana harus saya buat kalau kena buang kerja... kalau ada kecederaan kekal gini utk org macam saya yg kerja mechanical hari2...company mana nak terima kalau ada kecederaan gini..apa kerja saya nak buat lagi, macamana nak tanggung anak isteri n keluarga semua lepas ni...
Tolong beri pandangan awak tentang masalah saya ini...Terima kasih...

Onie...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Dear Onie,

Panjang sungguh emel ni, saya akan cuba sedaya upaya membantu memberikan cadangan terbaik berdasarkan pengalaman saya sebagai HR, namun saya cadangkan dapatkan juga pandangan lain kerana mungkin pandangan saya ada kurang here n there.

1st of all, verbal warning letter. Verbal warning ke? Written warning? Sebab dr apa yg sy baca mcm awak menerima surat bertulis tapi ada perkataan verbal plak. Kalau benar verbal (komunikasi shj tanpa surat) bermakna ia tidak laku. Tetapi kalau bertulis, ya sah.

Gantung kerja tanpa gaji, tiada DI, tiada hitam putih keputusan dibuat juri DI mengatakan kalian sah bersalah, dan gaji tidak dibayar balik merupakan satu kesalahan. Boleh report kepada JPP untuk mendapatkan balik gaji tersebut. InsyaAllah, ia berpihak pada kalian. Paling utama ketika mengambil tindakan disiplin kepada pekerja adalah prosedur yang betul. Tanpa prosedur yg betul, kalau kompeni di pihak benar pun tetap akan kalah!

Absent adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan warning letter. Tetapi absent itu sendiri bermaksud tidak menghadirkan diri ke tempat kerja tanpa pemberitahuan atau kelulusan daripada pihak syarikat. Dalam kes anda pemberitahuan dan kelulusan sudah ada, jadi apa perlunya warning letter? Adakah anda telah jelaskkan perkara ini di dalam surat reply showcause? Sekiranya ya, apa jawapan mereka mengenai perkara tersebut sehingga membuatkan mereka issue warning? Buka lagi satu fail di JPP atas kes ini.


3- Light duty. Dapatkan surat dari pakar perubatan anda yang mengesahkan mengenai penyakit anda, serahkan kepada HR beserta surat permohonan anda mendapatkan light duty sehingga anda pulih. Adalah tanggung jawab majikan memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. Kegagalan ini akan menyebabkan syarikat boleh disaman termasuk dari JKKP sendiri.

Perkeso "once in, always in", jadi walaupun gaji anda telah melebihi 3k, anda layak untuyk mendapatkan pampasan PERKESO. Saya tak boleh kata banyak atau tidak pampasan yg akan anda dapat kerana ia bergantung kepada sejauh mana serius penyakit anda. Sekiranya ia berpunca dari kerja berat anda di tempat kerja, anda boleh memohon pampasan menerusi penyakit khidmat. Sekiranya penyakit anda membuatkan anda tidak mampu bekerja lagi sehingga hilang mata pencarian, anda boleh memohon pencen ilat. Pampasan yg diberikan mungkin lebih rendah dari gaji anda sekarang tetapi anda harus ingat, anda tidak bekerja, hanya duduk di rumah tetapi dbayar pencen setiap bulan, itu sepatutnya sudah jadi perkara yg baik berbanding orang lain. PERKESO ada jemaah doktor yg akan mengadili penyakit anda dan semua jemaah doktor itu akan membuat kata putus sepakat berapa peratus kehilangan anda dan jumlah pampasan bergantung kepada peratusan tersebut.

Sorry to say, kalau awak tanya betul atau tidak tindakan majikan anda dan sekiranya benar segala apa yg katakan pada saya, saya berpendapat HR awak tak punya ilmu dalam mengambil tindakan disiplin kepada pekerja.

Cadangan saya, tulis satu surat kepada pihak syarikat, masukkan semua fakta2 di atas dalam surat tersebut bagi menjawab balik segala perbuatan majikan kep[ada anda, di bahagian akhir surat tersebut katakan pada syarikat untuk menarik balik tindakan disiplin dan memulangkan kembali wang gaji anda seperti yang sepatutnya atau anda akan mendapatkan keadlilan melalui pihak ketiga. Sekiranya majikan berdiam diri tanpa sebarang jawapan, terus buka fail di JPP, kepilkan semua sekali bukti yang ada termasuk surat terakhir kepada majikan ini dan InsyaAllah anda pasti akan mendapat balik semua hak anda. Kerana majikan yang berdiam diri ke atas surat drpd majikan tanpa sebarang tindakan bermaksud, apa sahaja tuduhan di dalam surat tersebut dikira benar.

:)

@cu SaYaNg said...

best nye...tahniah VIC!

azmiroy said...

Good job Vic, sekurang2nya you dapat meleraikan persoalan yang di hadapi oleh ananymous

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

TQ Acu.. :)

Azmi: TQ for the compliment Azmi. Entry "Jadikan Akta Kerja 1955 Sebagai Perisai Perang" mmg banyak feedback smpi skang...
Rupanya ramai yg bermasalah dgn majikan tp tatau cara yg betul mendapatkan balik hak mereka.

RazWinz said...

Akta Pampasan Pekerja (Workmen’s Compensation Act )

'Salah satu akta yang dikuatkuasakan iaitu Akta Pampasan Pekerja yang mana ianya berfungsi untuk melindungi pekerja dari sebarang bentuk kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Oleh yang demikian pekerja perlu mempunyai insuran bagi memastikan pekerja tersebut di lindungi dan diberikan pampasan jika kemalangan yang berlaku itu bukan daripada kecuaian tetapi adalah disebabkan oleh kerja yang dilakukan'

salam..dalam kes saya,saya seorang juruteknik bangunan dalam kerja2 mekanikal,tugasan rutin adalah melakukan kerja membaiki aircond,sistem perpaipan dan kerja2 berkaitan mekanikal..

baru2 nie syarikat mendapat kontrak baru,iaitu kontrak menjaga bangunan untuk sistem elektrikal.

dalam kes saya,saya salah seorang yang telah diarahkan untuk melakukan tugasan ditempat tersebut walaupun pihak syarikat mengetahui kelayakan saya..adakah ini satu paksaan..

andaikata semasa bertugas,berlaku sesuatu kemalangan ataupun kematian adakah seseorang itu layak menuntut pampasan insurans,sedangkan pekerja lansung tidak memiliki kemahiran atau sijil2 tentang elektrikal…

minta tuan blog dan sahabat2 yg pernah melalui pengalaman sebegini memberi panduan kepada saya,kerana saya sekarang didalam dilema..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Razwinz,

Agak sukar saya memberikan pandangan mengenai perkara ini kerana kurang jelas fakta kes. Sebagai pekerja yg diarahkan untuk membuat kerja yg bukan di dalam bidang kuasanya, tp demi mengelakkan persengketaan dgn majikan, dilema biasa. Dalam inggeris kita panggil istilah catch 22. Dlm erti kata lain, buat salah, tak buat pun salah.

Ada 3 perkara dimana pekerja berhak dan boleh menolak untuk melakukan sesuatu kerja yg diarahkan majikan apabila:-
1- Bercanggah dengan job scope atau job description.
2- Kerja tidak mempunyai ciri keselamatn atau tidak ada jaminan keselamatan.
3- Melanggar undang2 negara, peraturan syarikat atau sesuatu akta.

Contohnya pemandu kren wajib memiliki lesen memandu kren. Sekiranya tiada tetapi anda dipaksa memandu atas sebab kecemasan dan desakan kerja, anda bersalah kerana tidak menolak dari awal dan majikan juga turut bersalah kerana memaksa anda melakukannya. Dari segi insuran pula, perlu berbalik kepada terms n condition polisi itu sendiri samada pampasan layak diterima atau tidak.