Sunday, August 14, 2011

"Jangan Putus Asa, Siti"

Kematian Mika adalah update yang terakhir? Aku sendiri tak sedar betapa lama aku meninggalkan blog tanpa titipan terbaru. Mungkin betul, separuh jiwaku telah pergi sehingga aku kurang lagi memikirkan ttg diri sendiri.

Semalam setelah puas berlari, menyorok dan enggan mengambil tahu ttg kenyataan akhirnya aku kalah dengan pujukan seorang ibu yang berada dalam pantang, My Sis. Kebetulan, doktor yang merawatnya, membedahnya dan menyambut kelahiran anak ketiganya baru-baru ini adalah doktor yang sama yang melakukan pembedahan ke atas aku 3 tahun yang lepas. Dan aku tahu kejadian terakhir ketika aku pengsan kerana terlalu menahan sakit senggugut minggu lalu membawa petanda yang tidak baik. Pastinya!

Maka pada pagi Sabtu itu aku tercatuk di hadapan bilik Pakar Ginekologi, Dr. Bala yang masih belum tiba. Hampir satu setengah sejam menunggu akhirnya dia tiba. Setelah membuka jahit pada My Sis, dia membuka fail rekod perubatan aku - kisah 3 tahun yang lalu. Seketika aku terdengar dia membebel mengenai aku yang lari dari mengambil 2 suntikan terakhir yang sepatutnya aku ambil. "You tak sabar nak mengandung ke? Sebab tu tak nak ambik injection." Berdesing telinga aku medengarnya.

Sumpah, bukan tu sebabnya. Sejujurnya sehingga hari ini, saat in, aku langsung tak punya perasaan untuk ada anak sendiri. Lalu saat ujian ultrasound dilakukan ke atas aku maka terpaparlah di skrin imej yang menakutkan 3 tahun yang lalu. "Dia dah kembali, 4.5cm. You have to go for operation again. No choice." Nyata... ia bukan hanya fibroid. Double attack yang membuatkan aku pengsan.

Sekilas dia memandang wajah aku. "Bincang dengan husband, bila tarikhnya you nak operate," katanya sambil tangannya ligat menulis sesuatu dalam fail aku. Aku tahu dia mungkin masih marah gara2 aku yang tidak menyempurnakan rawatan terakhir dengannya dulu. "Doktor... boleh tak doktor buang terus rahim saya?" Ternyata permintaan aku sesuatu yang terlalu mengejutkan buat dia. Dia tenung wajah aku dalam. "Kenapa?? You baru 29 tahun?? Jangan putus asa, Siti. Saya tak akan buat you macam tu. Kita akan berusaha. You jangan cakap mcm tu lagi." Kiranya dia merasakan aku telah berputus asa untuk mencuba lagi. Ya Allah..... memang susah untuk aku mengertikan semua orang. Kalau aku tak punya kekuatan, keinginan dan kemampuan dari segi emosi dan mental untuk mempunyai anak kandung sendiri, salahkah aku? Tak normalkah aku?

"Panggil husband you datang, saya akan periksa dia." Ok... this is too much! Cukup2lah aku dilemparkan dengan tuduhan kononnya aku mandul, aku boleh terima lagi. Lagipun hari ini aku yang minta dimandulkan. What so big deal??? Tapi don't say it is because of my husband. No he is not!! Dia tak seharusnya dipersalahkan bila aku yang enggan.

Maaf semua orang. Along susahkan hati seluruh keluarga along. Maaf ye mak sebab tak boleh nak ikut cadangan mak... Along tak tahu along boleh jadi emak yang baik macam emak atau tak. Along takut anak along ulang kesilapan2 along. Along takut along tak mampu berikan yang terbaik untuk dia sehingga membuatkan dia terfikir kenapa dia tak boleh dapat macam orang lain dapat. Along takut along tak cukup sabar untuk jadi seorang ibu. Along takut along akan jadi lebih bengis dari diri along skang ni. Along takut langkah along jadi singkat, keputusan along terikat kerana memikirkan nasib anak along lebih dari diri along sendiri... Along memang selfish kan mak? Sebab tu along rasa.... along memang tak layak...

Hati, cyst, fibroid... apa lagi lepas ni.... apa perlunya menduga orang yang sudah kalah seperti aku???


8 comments:

azieazah said...

Mungkinkah pula, dengan mempunyai anak sendiri, perasaan itu berubah menjadi sesuatu yang lebih indah, berbanding sekarang?

Apapun keputusan, fikirlah sebaiknya dengan berbincang dgn orang tersayang. Keputusan yang berdasarkan emosi semata, biasanya tidak memberikan keputusan yang terbaik..

InsyaAllah. Semoga segalanya akan berakhir dengan baik. Aminnnn..

kakcik said...

Hanya Vic yang mengerti apa yang Vic rasa. Kakcik doakan segala yang terbaik buatmu.

Anonymous said...

Salam...jgn putus asa kak vic...walaupun kita x kenal each other, i love u...setiap yg berlaku adalah ujian Allah...Allah uji sebab Dia sayangkan kita, nak kita berusaha dan slalu ingat pada-Nya...buat keputusan yg betul ye kak...~Sha Elyza~

Pn. Liza Mahmood said...

Vic belum kalah. Jangan mengalah Vic.

Penyakit2 itu anugerah buatmu. Baik, mahupun yg buruk terima dgn redha kerana ada hikmah di sebaliknya walaupun sebesar zarah.

Tarik nafas dalam-dalam, tanamkan kekuatan dan ketenangan di hati & mindamu. Usah menoleh ke belakang lagi, yg sudah berlaku itu adalah sejarah maka biarkan...

Jalan di hadapan masih panjang... Jangan hampakan diri sendiri & insan2 yg menyayangimu.

Vic HEBAT! Vic KUAT! Hug...

The Ugly Mother said...

salam kenal, sedih baca entry mika and oso the prob yg sdg u hdpi. my sis ada same prob ngan u and last year dia operate buang rahim. alhamdulillah skrg dia betambah sihat. don't give up ok, sume tu dugaan dr Allah.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Setiap kali saya membaca kata sokongan dari kalian, setitis demi setitis airmata akan mengalir.. and from that moment I can feel someone whisper to my ear... Yes, you can do it!

I started thinking above all these tests, I'm surrounded with love and care from people around me.... including all of you. Dan saya mula mengerti... I'm blessed.


Terima kasih.... tak ada kata2 yang mampu mengertikan perasaan vic saat ini.. Vic amat hargai sokongan kalian. Terima kasih banyak... Sayang kamu semua..

Anne said...

Salam Vic.lama Anne tk singgah sini.the moment I read ur post, perasaan sedih menyelubungi Anne. Anne harap Vic kuat menempuh segala dugaan & ujian ni dgn tabah.
Jgn putus asa.

Idah said...

jangan cepat putus asa. Allah itu maha mengetahui setiap apa yang ditimpakan utk umatnya...ada hikmah disebalik apa yg berlaku.