Friday, July 29, 2011

Separuh Jiwaku Pergi....

Apa hak mereka nak pertikaikan kesedihan aku?? Walaupun Mika hanya seekor kucing tapi dia adalah satu2nya anak perempuan aku. Aku yang membesarkan dari badannya hanya sebesar tapak tangan. Setelah 3 tahun aku membesarkannya... memeliharanya dengan penuh kasih sayang yang melimpah ruah.. apa hak mereka untuk memperkecilkan kesedihan aku dan rasa kehilangan ini.

Ya... mereka tak tahu perasaan keibuan untuk seorang wanita yang tak punya cahaya mata walaupun setelah 7 tahun berkahwin dan hanya seekor kucing peneman hidupnya selama 3 tahun ini. Apa bezanya perasaan aku berbanding perasaan seorang ibu yang kehilangan anak berusia 3 tahun?? Apa bezanya aku??

She is the only one I had... kami tidur bersama tiap2 malam.. biasanya dia tidur berbantalkan peha atau kaki aku. Bila aku kata, "Mika.. jangan!" dia akan berhenti... "Mika, mari sini sayang," dia akan datang. "Mika.. cicak!!!" dia akan memandang ke siling dan merenung cicak tu sehingga terjatuh... kemudian kerjakan cicak tu sampai mati, kerana dia tau... aku gelikan cicak.

Malam itu macam malam2 yang biasa.... dia tidur beralaskan peha aku. Entah kenapa pukul 2.30 pagi dia bangun, menyondol2 wajahnya ke pipi asben minta dibukakan pintu yang ditutup rapat. Kerana menyangkakan dia hendak 'mengais' di pasir, asben bukakan pintu untuknya sebelum menyambung tidur kembali...

Tepat pukul 4 pagi, hp asben berbunyi. Jiran sebelah yang menelefon. Entah kenapa jantung aku dipam macam nak pecah waktu itu, menjangkakan sesuatu yang buruk. Aku mencari kelibat Mika dalam bilik... tiada! Asben yang menjawab telefon kedengaran tegang bunyinya. Kemudian dia melompat turun dari katil menyalakan lampu. "Mika kena serang dengan anjing kat belakang. Abang sebelah kata dah lembik!" Terasa lemah seluruh sendi aku mendengarnya. Aku membontoti asben keluar rumah. Aku lihat asben berlari membuka pagar luar dapur, ke belakang rumah jiran kemudian balik bersama Mika yang terkulai lemah di tangannya. Airmata aku bagaikan hujan waktu tu.... dan mulut tak henti2 bertanya "Mika.... Kenapa jadi macam ni sayang?? Ya Allah tolong selamatkan Mika".... ayat itu aku ulang2 tak berhenti... tak tahun untuk berapa puluh kali.

Nafasnya kedengaran keras sekali... namun tak mampu mengiau... matanya memandang tepat ke wajahku. Bahagian punggung berdarah, mengalir tak henti, makin lama makin banyak. Kata jiran, anjing sial tu menggigit punggung dia dan menyeret tubuhnya hidup2 dengan kepala terseret di jalanraya. Ya Allah... badannya penuh dengan kesan luka dan darah. Terkulai lemah. Bangun pun tak berdaya, yang kedengaran hanyalah nafas kerasnya dan suara tangisan aku. Lalu pagi tu aku menadah tangan dan memohon, "Ya Allah, aku tahu aku tak layak meminta apa2 pun dariMu... tapi tolonglah jangan uji aku begini Ya Allah, tolonglah.... aku merayu..."
Saat nazak...

Kemudian aku dengar Mika batuk keras disertai nafas sayu nyaring dan panjang... ku lihat keluar cecair putih dari mulutnya, najis cair di punggungnya... lalu aku meraung, Aku tahu dah tiba masanya dia meninggalkan aku. Lalu aku usap pipinya... kedengaran halus suaranya mengiau memandang wajahku. Lalu aku bisikkan padanya.... "Pergilah Mika... mommy izinkan... pergilah sayang..." dan kemudian aku berlari menyembamkan wajah ke katil... menangis semahu2nya.

"Sayang... jangan putus asa..." kita hantar dia pergi klinik. InsyaAllah dia boleh hidup. Aku memandang wajah asben yang basah dengan airmata. Lalu aku hubungi semua klinik haiwan di Kajang dan Semenyih, tak satu pun talian bersambut. Aku hubungi klinik haiwan kerajaan di Shah Alam. Panggilan bersambut. Katanya kilinik hanya dibuka pukul 8 pagi. Aku katakan padanya... aku tak punya masa 3jam untuk menunggu. Kucingku nazak. Lalu dia berkata cuba ke Klinik di Kajang, kadang2 mereka boleh tolong untuk kes kecemasan. Maka Mika kami masukkan ke dalam kereta. Hubby memandu manakala Mika di belakang berbunyi sekala-sekala. Aku katakan pada Mika, "Mika tunggu ye. Kita nak pergi hospital... Mika tidur dulu ye sayang". Mungkin waktu inilah dia benar2 tidur.... sebaik tiba di hadapan kuarters pembantu perubatan haiwan, asben melangkah keluar untuk mendapatkan Mika. Aku?? Aku hanya berdiri di tepi pintu sambil mulut tak henti berdoa.. aku ketakutan sebenarnya. Dan saat asben berkata "Sayang... Mika dah tak ada. Dia baru pergi." Aku mendekati tubuh Mika yang kaku. Asben memegang tanganku, diletakkan di atas perut Mika yang masih panas namun kaku itu. Lalu aku meraung.... menangis semahu2nya... di depan kuarters pembantu perubatan di belakang hospital... kedengaran sangat nyaring. Terjelupuk.. pantas Asben memapah aku..."Sayang... kita balik sekarang ye... dah tak ada gunanya... kita balik.. kita kebumikan dia.." Aku menangis semahu2nya... tak berhenti... seperti batu besar menghempap seluruh tubuhku.

Dan tika jasadnya ditanam di pagi hening jam 5.30pagi itu, aku masih mengusap jasadnya mengharapkan dia kembali bangun, menemani aku untuk hari esok... dan hari2 mendatang. "Tunggu mommy ye sayang..."

....dan aku kini.... tak ubah seperti si gila yang mengusap bantal sambil membayangkan Mika di sisi, menemani aku menonton tv seperti selalu... dan airmata tak pernah berhenti... tak tahu sampai bila.

Beberapa saat sebelum dikebumikan...

19 comments:

Azrul Hisham said...

kak...takziah kak...sedih baca entri akak ni...

harap akak dan suami banyak bersabar ye...

Pn. Liza Mahmood said...

Vic... Vic...

Sedihnya... Akak rasa apa yg Vic rasa tu... sampai hidung meleleh ni...

Berdegup jantung kerana terus teringat kenangan pahit kematian Syed Pilus, kucing kesayangan akak - sama hari dgn kemangkatan Sultanah Pahang, Akak di Form 3 kalu x silap masa tu. Menangis sampai bengkak mata sampai x lalu mkn. Mulutnya berbuih badan lembik, Mak akak letak dia dlm bakul (bakul beli ikan di pasar), trus naik bas ke klinik PJ.

Malangnya kata Doktor, Syed Pilus mati akibat keracunan... Sejak itu akak elak utk bela kucing bimbang kisah sedih berulang lagi.

Namun, sejak hampir 3 thn yg lepas akak kalah & mengalah sesudah anak lelaki akak memujuk selama 2 tahun utk membela kucing! 2 ekor sudah hilang & kini kami ada 5 ekor - 2 ekor drp buangan org di rmh Mak mertua, 2 ekor pemberian jiran yg mendapat surat drp MBSA & 1 ekor Ibu Kucing yg dtg menumpang makan ttp memanjakan keempat-empat anak kucing ni bagai anak sendiri.

Hanya yg mengerti akan memahami jalinan kasih-sayang yg susah untuk diterjemahkan ini.

Bersabarlah...

Serina Lily said...

takziah kak..
kerana takutkan pekara tidak di ingini sebeginilah sy rela mengurung anak bulus kesayangan sy dalam rumah dari belaku apa2 bila berada diluar tanpa pengawasan kita..

Rosmawati Yusof said...

Salam Takziah ... sebak sya membacanya kerana saya juga mempunyai bbrp ekor kucing dirumah ..
Senang2 jemputlah ke laman saya, berkenalan dgn anak bulus saya..

AzeedA said...

slm kenal + takziah vic..
teringatkan 'arwah' anak bulu akk a few years ago kne gigit anjing juge.. dia balik rmh dh nazak :( menjak tu taknak bela kucing dh.. sabor ye vic.. *hugs*

@cu SaYaNg said...

sayu hati acu baca entri VIC
sama seperti azrul, acu harap VIC & suami banyak2 bersabar ye

kakcik said...

Kakcik baca sambil menangis!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Terima kasih pada rakan2 bloggers yang bagi semangat kat vic.
Sedih masih ada, tak pernah kurang. Cuma cara menanggani kesedihan mungkin lebih baik sedikit memandangkan emak pun dah susah hati, kesihatan vic tak berapa baik, kerap menangis tak baik untuk hati.

Vic tahu tahu Allah maha mendengar, Dia pasti dengar semua doa2 vic, tapi vic mmg insan yang tak layak meminta2 kerana terlalu banyak membuat dosa ... doa tak diperkenan.. vic pasrah semua ketentuan.

Cuma bila balik kerja... belum lagi berhenti nangis... kerana masih nampak dia menunggu atas tembok seperti biasa.. berlari mendapatkan vic sebaik kereta diparkir... masih belum mampu lagi berhenti menangis untuk yang ini...

Asben pun bercadang nak pindah. Katanya rumah ni banyak kenangan, setiap tempat ada Mika.. susah vic nak buang semua kenangan... jadi katanya mahu pindah supaya vic lebih mudah membina semula semangat yang baru.

amingbmw said...

Takziah....... Harap bersabar.... Setiap apa yg berlaku itu mempunyai hikmahnya tersendiri......

Anonymous said...

ya allah sedihnya... saya pernah alaminya... 20 tahun lalu.. tapi masih terbayang2 hingga ke hari ini.Sejak kematian si Nanna, berminggu2 saya bersedih sampai pelajaran pun merosot. lepas kejadian itu saya bertekad tak mahu bela kucing lagi sebab saya takut kehilangan lagi, sedihnya hanya Allah yang tahu....

AziE said...

Takziah. Saya boleh bayangkan kesedihan itu walau saya bukan pencinta kucing.

Hidayah said...

kak..menangis saya baca post ni. saya pon penah kematian kucing kesayang. sgt setia, baik...mmg x terganti...org yg penah rasa je tau betapa sakitnya... sabar ye kak.

AnimNaim said...

Salam....takziah....sy pernh mengalami benda yg sama....huhuhu sedih kalau ingt kembali...kdg2 saya rasa mcm Adik ada bersama saya....dan saya bercakap dalam mcm saya berbual dgn kucing saya.....

guhmuk said...

saya sedih sgt baca post awak..dan sangat paham perasaan tu sebab pernah kehilangan yg sama...

NenekPenne said...

sedihnya...
tetiba airmata boleh mengalir membaca entry ni...

Anonymous said...

sedih saya baca entry akak..walaupun saya seorang lelaki tapi saya mmg tak dapat tahan bab2 kucing ni.

saya pernah selamatkan sekor kucing kena belasah dgn anjing ramai2..alhamdulillah dia selamat lepas dibawa ke klinik oleh tuan dia..lepas dari ari tu dia selalu tunggu saya kat tangga(rumah flat)saya ulang alik kerja dia mesti lari kat motor saya.

tapi baru bulan lepas dia kena langgar teksi..depan mata saya dgn isteri saya..ya allah tak dpt saya nak ceritakan perasaan saya masa tu..kami berpelukan menangis sbb dia dok menggelepar depan kami..yg lagi mnyedihkan dia kena langgar sbb seronok sgt kami balik dgn motor..so dia nak dtg kat kami..isk sampai ari ni gambaran tu tak hilang2 lagi..apa2 pon takziah utk kakak..harap akak dpt bersabar..lepas tu akak tlg la jgn letak gambar dia camtu..isk sedih la tgk

LiLy Purple said...

sy tetibe terpanggel nak baca entry akk.. sediy rasenye.. walaupun sy xde kucing, tp tulisan akk betul2 menyentuh hati.. byk2 bersabar ye...

IBUaqeef said...

dpt rase perasaan cmner time ni sbb penah jadi kat saya...kucing mati masa sy ngdung 9 bln..tp skrg ada anak sendiri rase x delh teringat sngt kt kucing(manja)..

Naseem Fathima said...

Saya nak tanya anak kucing saya baru lahir tapi usus dia keluar tapi.hidup lagi masih minum susu ibu lagi