Saturday, July 16, 2011

Lepas Satu.. Satu.. Aku Semakin Dalam Dilema.

Selesai Dinner Anniversary 2011,aku dihadapkan dengan 2 lagi projek. Hari Pekerja ATRYZ yg bakal diadakan 3 minggu selepas raya di Bagan Lalang dan Hari Executive ATRYZ yang bakal diadakan di satu Resort yang pernah memenangi resort paling cantik dan ekslusif di Malaysia - 2 minggu lepas raya.

Aku semakin dalam dilema.... setelah tawaran lumayan ditolak mentah2, aku terkedu bila mak menyuarakan hasratnya mahu aku pulang kembali ke Klang. Merayu minta aku meninggalkan Bangi, kembali ke Shah Alam ataupun Klang agar mudah dia datang menjenguk dan mudah juga aku pulang setiap minggu.

Lalu pada emak aku berjanji, tunggu hingga bonus 2011 ini. Aku akan kembali ke Shah Alam. Mak lega, gembira. Hubby restu saja. Pada pembantu aku beri 'hint' bahawa tahun ini adalah tahun terakhirku. Nyata dia takdapat terima. Katanya "Bila semua orang dah mula menghormati dan sayangkan HR dept, kenapa kau nak pergi?"

Pada aku rezeki ada di mana2,paling penting adakah kita selesa dan gembira di tempat rezeki kita yang mengalir setiap bulan tu. Aku baru 29 tahun, belum jumpa X faktor yang aku cari dari setiap syarikat yang aku jejaki. Jadi aku tahu, aku harus terus mencari dan dalam masa yang sama.... biarlah medan rezekiku kali ini... dekat di hati emak.

2 comments:

Pn. Liza Mahmood said...

Hati seorang Ibu Vic, gitu la...
Ibu ni kalau boleh dimasukkan kita kembali di dalam rahimnya, sudah pasti dimasukkannya kembali... Di mata Ibu, anak-anaknya sentiasa spt bayi comel yg fragile - Kasih & sayang Ibu terhadap anaknya x dpt diungkap dgn kata2 - dalam kamus pun x de...

Beralah bkn bermaksud mengalah
Mengalah bkn bermaksud kalah kan?

Berbahagialah sekiranya dapat memenuhi hasrat seorang Ibu & mendapat restu Suami.

azmiroy said...

bawa mak tinggal di Bangi. Bukanyer jauh sangat Kelang dan Bangi Highway dah ada...