Saturday, July 23, 2011

Happily Ever After (Busted!)

Macam Myth Buster dah aku ni... Dulu masa kecik2, mak besarkan aku dengan cerita Cinderella, Snow White and Seven Dwarf, Sleeping Beauty... zaman tu dvd player takde lagi.. tgk pakai tape.. mak beli semua tape tu kat Pertama Kompleks, dekat dengan tempat kerja mak masa tu.

Sepanjang sekolah rendah... aku tak jemu tengok Pocahontas, Little Mermaid, Mulan, Swan Princess dan macam2 lagi.... sehingga aku hafal sebahagian dialog dari filem tersebut. Tiba2 aku teringat Aliyah, sebab dia pun mcm tu. Mak kata dia fotostat aku bezanya dia suka Starbucks Vanilla Frappucino tapi aku suka Chocolate Frappucino. itu. :)
Dan satu perkara yang paling penting bagi setiap cerita2 tersebut adalah ia akan berakhir dengan "....and they lived happily ever after."
Maka aku fikir hidup juga semudah itu, bila kita dah kahwin kita akan hidup bahagia untuk selama2nya... noktah. Pappp~!! Don't day dream.... dalam kehidupan manusia no such thing as lived happily ever after..!!

Bukanlah mudah membesarkan seorang aku. Mak berhenti kerja, hantar dan ambik aku dari sekolah setiap hari just to make sure semasa perjalanan pergi dan balik aku tidak diheret masuk ke dalam semak yang merimbun di beberapa batang jalan ke sekolah. Mak tak tidur sampai lewat pagi menunggu aku pulang ke rumah. Sebaik aku masuk ke rumah.... ayah tunggu dengan tali pinggang, disesahnya aku dengan tali pinggang bila jawapan yang keluar dari mulut kedengaran sumbang di cuping telinganya. Aku mogok tak tegur sapa dengan mak ayah... berhari2... grounded.... dilarang keluar rumah malam untuk beberapa hari sehingga kawan2 baikku terpaksa masuk rumah minta kebenaran nak bawa aku keluar minum. Lucu~! Miss you bug n baby..

Lelaki? Hidup aku diceriakan dengan dunia MIRC. Aku pengguna MIRC tegar... maka itu aku kenal ramai lagi dari pelbagai pelosok Malaysia... jumpa, tak kenan, tinggal, jumpa tak kenan lagi, tinggal...merayu, menangis pun aku tak peduli... kemudian aku pula kena tipu hidup2 pun ada... dan kena tinggal sampai nangis tergolek2 separuh gila pun ada... Bertunang... putus tunang... peliknya putus tunang setitis airmata pun tak keluar.. Mak selalu pesan... "Jaga maruah! Jaga maruah! Bila nak buat benda tak betul... ingat mak... kesian kat mak.." dan kerana selalu ingatkan wajah mak setiap kali syaitan menggoda, aku masih lagi anak dara dalam erti kata yang sebenar saat suami melafazkan ijab kabul ke atasku. Terima kasih mak, bekalan mak bagi... besar maknanya pada Along...

Hakikatnya hidup tak selalunya indah (ok... now tears come), ujian datang tak jemu2 dan adakalanya aku gagal dalam menempuhi cabaran. Adakalanya kita amat berharap agar dapat diundurkan kembali masa. Mana mungkin... Aku harus terima hakikat... Happily Ever After memang tak wujud.. Aku telah diduga dari rahimku dikeluarkan dari tempatnya...dicuci dan dimasukkan kembali... berguling2 di lantai stor pejabat tiap kali 'datang bulan'.. hilang penglihatan dalam masa hampir setengah jam entah apa sebabnya dan kini gagal 2 kali dalam ujian hati yang aku lalui... separuh daripada hatiku disyaki telah rosak. Lalu aku mula bertanya.... "Inikah yang aku harus bayar untuk setiap kesilapan yang aku lakukan, Ya Allah?"

Dalam hati waktu ini... cuma ada satu sahaja tindakan paling drastik yang ingin sekali buat... cuma kekuatan itu yang belum ada.. Entahlah... adakah masa akan mengubah keputusan aku atau pun masa hanya memamah lagi hati aku yang sudah sedia 'sakit'.

4 comments:

azieazah said...

Oh DIANA... sangat sedih bila membaca. Hati yang rosak?

Pasti ada jalan selesai, jalan untuk mengubati dan jalan untuk mencapai bahagia yang selama ini dinikmati, kan?

Bawa bersabar dan sentiasalah tabahkan hati.

Pn. Liza Mahmood said...

Vic... Bersabarlah Dik.

Teruskan berubat. Tiada penyakit yg tiada penawarnya kecuali mati - Ini janji Allah s.w.t.

Qadha & Qadar sudah tertulis sejak azali maka usah dikesali apa yg sudah berlaku - semalam adalah sejarah, ingati ia secara positif.

Teruskan berfikir, ambil keputusan muktamad, jadi dirimu sendiri. Teruskan senyuman... Kami sahabat bloggers sentiasa mendoakan kesihatan & kesejahteraan buat umat Muhammad s.a.w.

Usah berhenti berharap...

@cu SaYaNg said...

VIC sakit ke???
acu doakan semoga VIC & keluarga mengahapi dugaan nie...sayu ati acu baca entri VIC

azmiroy said...

Simpati...
bawa bersabar