Sunday, June 12, 2011

Oh kekanda Jangan Iri Hati.....

Lama tak update blog kan? Tak de masa itu yang sebenarnya...
Minggu ni everyday balik malam... walaupun encik asben tak ada dari hari Rabu sampai hari Sabtu kerana tugasnya mengambil gambar wedding sambil mencandat sotong di Terengganu. Selain dari sibuk merayau shopping complex membeli hadiah2 annual dinner, aku sibuk dengan latihan persembahan sempena Annual Dinner nanti.... dari lagu mula2 yang jadi pilihan Nobody, tak jadi... tukar lagu Cari Jodoh - Wali Band.. Tak jadi... tukar lagi lagu Sha Na Na Amy mastura tak jadi.... endingnya kami pilih lagu Bole Chuliya.. dari filem Khabi Kushi Khabi Gham. Masa rehearsal pertama minggu lepas kami dapat pujian dari penilai persembahan.... katanya... kalau improve sikit beberapa part, confirm persembahan terbaik malam tu milik kami. hehehehee... InsyaAllah... aku akan cuba upload video persembahan kami nanti.

Btw... ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk adik Berry (Zulbairi dan Husna) yang selamat diijabkabulkan pada 9hb Jun 2011. Atas permintaannya dia mahukan aku highlight benda ni dalam blog. Ok adik berry? Puas hati?

Alhamdulillah... berita baik lain adalah aku telah mendapat kenaikan gaji yang bukan sedikit sebaik sahaja tamat tempoh probation 6 bulan minggu lalu. Tiba2 terdengar lagu "Oh kekanda jangan iri hati dinda naik gaji lagi..." hahahahaha..

Actually I got an offer from a huge company in Petaling Jaya. HR Director itu aku kenali ketika menghadiri satu meeting khas HR practitioners. Kami menghabiskan lebih kurang 2 jam berkongsi maklumat HR dan pada penghujung pertemuan dia bersuara, "Actually, I'm looking for HR Senior Exec and I think you suit for the post. I offer you RM **** per month, is it ok for you?" Aku ternganga.... lama terdiam. Then dia keluarkan name cardnya dan menyerahkan ke tanganku. "If you made your decision, call me." Sehingga ke hari ini aku masih menyimpan kadnya dan tak pernah menelefonnya. Walaupun gaji yang ditawarkan agak lumayan namun Petaling Jaya adalah satu jarak yang tak mampu aku tempuhi setiap hari. Itu sahaja alasannya.

Tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Tuhan telah tetapkan di mana rezekiku, aku akur walau di mana pun.... Walaupun aku belum menemui kepuasan sebenar dalam kerjayaku namun aku bersyukur dengan laluan ini.

5 comments:

zeqzeq said...

Muda lagi, sejauh 20km je hehe

@cu SaYaNg said...

peerghhh...masyukkkkkk..
bila nak open table?? hahahaa

azieazah said...

Begitulah. Kadang2 kita rasa selesa di suatu tempat wpun imbuhannya kurang sedikit... Keselesan yang meliputi banyak aspek.

Jka ganjaran gaji yang berganda tapi terpaksa berperang di jalanraya berjam-jam, tentulah tidak berbaloi pula...

Tahniah dapat increment hebat!


Jatuh Chenta Pandang Pertama: “Haruskah Ku Bilang Chenta?”

azmiroy said...

tahniah!!!!!
seperti acu cakap bila nak open table. hehehe....

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

zeq: sudah hampir 30, tidak muda lagi..

acu: soalan cepu cemas tu... jom jumpa...

kak azie: betul kak azie... kadang2 rasa mcm nak mula langkah baru tapi takut silap melangkah jatuh gaung plak.

Azmi: Bila kita nak sit satu table sebelum nak open table?