Tak habis lagi mengemas beg. Aku sampai terpaksa duduk atas beg, baru beg boleh zip. Punya la padat maksimum mcm iklan MILO tu.
Kejap lagi nak hantar Mika pi Cat's Boarding. Tapi dia dah muka kesian plak...
Nak pi mana aku ni? Ha.... itulah teka teki untuk hari ni. Siapa yang dapat jawab nanti aku poskan souvenir.Pembayang bagi teka-teki teka tekok kali ni ialah:-
1- Negara yang tidak kaya.
2- Menggunakan matawang US Dollar dalam urusniaga harian (walaupun mempunyai matawang sendiri).
3- Sebahagian rakyatnya adalah pendatang di negara kita.
Dapat tak jawapannya?? Ok... sesiapa yang tahu jawapannya, sila bagi aku nama Ibu Negara bagi negara tersebut. Sesiapa yang pertama memberikan jawapan betul sebelum aku reveal answer tu, maka dia akan menerima cenderahati dari negara tersebut. Hehehe... nak hadiah, sila cuba.



14 Kata Mereka...:
peh.. susahnye nak jawab..
xleh nak teka la...
timur timor kot
Dili ibu negaranya
ops... risau xterjumpa url blog bro...
rindu bangat sama vic
tenguk gambar kucing tu maka dah terjadi peristiwa macam drama, anak saya menangis bila terjumpa kucing kesayangannya di pasar setelah 4 bulan hilang orang curi....kucing bulu putih macam kapas, orang tu biar jadi comot dan luka luka.
alamak..kena teka teki pulak....tak pandai lah vic...otak dah lemau agaknya..hehe
Bro Framestone- boleh cuba lagi. hahaha
Panglima Muda- Dia banyak ragam masa nak hantar boarding tadi... tp bila dh masuk kandang dia... elok je dia duduk.
Siti Murni - Kalau ikut clue betul2 sennag je jawapannya.
Nak teka lah:
1. Jakarta
2. Pnom Phen?
heheheheh dapat FM pun jaaadila.
wah bile berangkatnye ni VIC?
mika sedey sbb kena berpisah ngn mengkarung dia tu.. hehe
Kak Azie - Jawapan akan di'reveal' nanti..
Ieja - Kat airport dah ni...
Kak Vic nak gi Jakarta, Indonesia...
betul kan? kan? kan?
Phnom Penh,Kemboja
kalau matawang USD macam Vietnam
tapi bila kata ramai orang dia kat Malaysia macam Myanmar la pulak...
Tahniah KakAzie sbb menjadi orang pertama yang menjawab Phnom Penh. Schumee walaupun kedua tapi berkeyakinan tinggi.Maka 2-2 layak dpt souvenir... tunggu vic balik ye.
Vic berada di Phnom Penh ketika ini, hotel berhadapan sungai Tonle Sap. Bot berhias melintasi hadapan hotel beberapa kali. Phnom Penh terlalu sesak. Di bawah hotel ada spa massage ala2 Bali... nak bermassage dulu... bye..
will wait..
hehe.xsngka hint guna matawang us dollar walau da ada matawang sndri 2 y wt dpt teka dgn tepat
SMTI
Post a Comment