Sunday, May 08, 2011

Masih Ada Yang Sayang..

Weekend yang letih. Mungkin disebabkan 'overnight' malam semalam. Terima kasih pada Mak Kecik (Ieja Johari) dan Ajid yang sudi membawa aku dan hubby meronda2 Menara Tinjau di Ampang dan Downtown. Terima kasih juga untuk Ejad dan Zaza untuk teh tarik Kayu. Aku diapit oleh 2 orang mak buyong malam tadi, they looked so happy and excited waiting for the first child. So cute~!

Life is still go on and as for me nothing so excited to talk about. Cuma lewat kebelakangan ni aku lebih mula menikmati setiap perkara yang aku lakukan seolah2 ianya untuk kali terakhir. Oh God.. I hate talk about this bcos I will start crying. Ayah marah aku nangis. Ayah cakap, kalau aku nangis means aku lemah, bila aku lemah penyakit jadi kuat. He doesn't like that. He wants me to be strong. Always strong. He cares of me a lot. Selalu tanya khabar, but he doesn't like to talk to me so much, maybe he afraid he will start crying.

Mak is getting better. Dulu our conversation keep ended with both of us crying. Tapi skang, mak selalu buat aku ketawa... when she called she always talked about Aliyah and Ajiem because she knows that stories can make me laugh a lot. Ayah n mak janji, "Kami akan buat apa saja untuk pastikan Along sihat macam dulu."

I'm blessed. Di sebalik ujian ni aku menyedari bahawa aku dikelilingi dengan kasih sayang yang melimpah ruah.

Hubby? Hubby pun jaga aku elok... cuma.. aku berharap sangat kalau dia dapat berhenti merokok. Tapi skang mmg dia hisap rokok pun jauh2... tapi bila aku nampak aku rasa macam hati aku ditoreh2 sampai berdarah. Itulah yang aku rasa. Memang tak paham dengan lelaki. Selalu kata tak ada duit tapi rokok sekotak RM10 setiap hari boleh beli.. benci! Takde masa nak bertekak mengenai hal ni sebab aku rasa aku mmg kekurangan masa untuk perkara yang remeh temeh. Aku lebih suka berfikir... "kalaulah dulu..... kalaulah dulu.... kalaulah dulu...." menjadikan aku seorang yang kuat termenung. Memang tak bagus tapi aku tak mampu nak menghalang minda aku dari mengatakannya.

Buat masa sekarang, aku berusaha menjauhi asap rokok, ubat kurus (setelah mengamalkannya bertahun2 walaupun tak mampu membuatkan aku kurus) dan ubat tahan sakit seperti yang dinasihatkan oleh doktor. Selebihnya ayah akan menguruskan semuanya... perubatan moden dan tradisional seperti yang dirancang. Last but not least, aku serahkan seluruh ketentuan kepada Allah swt.

P/S: Ingat tak lagi posting aku bertajuk JADIKAN AKTA KERJA 1955 PERISAI PERANG ? Posting dah lama tapi masih mendapat komen sehingga hari ni. Aku gembira bila ia membantu ramai pekerja yang menghadapi masalah. Aku bukan pakar, tapi aku akan berusaha untuk bantu selagi yang terdaya.... jangan malu untuk bertanya kalau kalian mempunyai dilema dalam dunia kerja dan mahukan pendapat aku.



2 comments:

Anonymous said...

salam vic,tq atas jawapan yg diberikan atas persoalan saya mengenai kes datang lewat di posting "JADIKAN AKTA KERJA 1955 PERISAI PERANG" tempoh hari.harap kuat semangat dan jangan bersedih.saya ingin cadangkan vic dapatkan buku bertajuk:
LA TAHZAN(DONT BE SAD) penulisnya Dr Aidh Abdulah Al Qarni atau terjemahannya
JANGAN BERSEDIH oleh Noraine Abu terbitan Al Hidayah Publications
moga tabah menghadapi dugaan hidup ini.
jika dah milikinya ignore sajelah ye

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Anon - sama2... buku tu saya dah ada, ayah saya yang hadiahkan untuk saya. Masa tu bila saya baru dapat tahu mengenai sakit saya yg pertama beberapa tahun lepas.