Monday, May 02, 2011

Berakhir April, bermula Mei yang ditunggu..

Seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, ini gambar yang sempat disnap melalui kamera hpku. Lupakanlah gambar2 yg dalam kamera hubby.. mmg payah nak dapat. Kalau customer punya gambar (bayar duit) laju la dia buat.

Gambar masa kat kebun, comotnya dua2... Bengkak2 badan kena gigit nyamuk dan agas.
Pacat pun naik kat tangan dan kaki... kuis je la.. nasib baik le aku tak takut pacat mcm aku takut lipas.
Sibuk dengan persiapan annual dinner, inilah handmade Dinner Invitation Card yang aku buat. Masa buat 10 keping yang pertama mmg excited... masuk seratus... nak menjerit! Ini baru 50% siap... ada banyak lagi kena touchup pada kad ni.

Sabtu 30hb April sempat juga singgah ke Pesta Buku PWTC. Sesaknya tuhan aje yang tahu. Tersepit.. ke depan tak boleh, ke belakang tak boleh. Sesak bernafas.. akhirnya kami keluar dari dewan utama tanpa sempat menjelajah.

Mujur dewan Karangkraf ditempatkan di ruangan berasingan. Finally dapat juga grab novel2 buat bacaan masa terluang. Inilah antara novel yang dibeli:-

Dua diantara novel tersebut mempunyai tandatangan dari penulis novel.
Sempat juga say hi to blogger AzieAzah (Kak Azie) di booth Creative. Hubby pun sempat juga grab majalah Gila-Gila di situ.

Sabtu malam kami 3 beradik berpakat untuk menyambut advance "Mother's Day" untuk mak, sebabnya minggu depan pada tarikh Mother's Day aku tak dapat balik ke Klang kerana kerja ganti. Yer... udah... jgn ketawakan aku... mmg bunyinya macam sekolah.. ada kena ganti2 plak.
Budak berdua ni paling excited. Sorang sepotong kek, relax je...

Actually, mmg aku menunggu2 ketibaan Mei, kenapa? Tungguuuuu...
Last but not least... my beloved Aliyah masa dia sebut "Mommy, I love you~!!"

1 comment:

ieja said...

alahai sweetnye aliyah...
bile balik kg nih?? sempat makan droyan x? hehe