Friday, May 06, 2011

Bagai menelan hempedu dalam senyum....


Aku sangka cuma gerimis yang mengiringi perjalanan,

Rupanya hujan dan ribut petir,

Tapi sudahnya Allah berikan pelangi sebaik hujan berhenti.

Aku tanam bunga matahari,

Tapi yang keluar kaktus berduri,

Rupanya kaktus itu mengeluarkan bunga cantik tak terperi.

Begitulah besarnya harapan aku kali ni. Sob Sob Sob (mood sedih). Kalau tengah sedih, memang mukadimahnya panjang sikit. Kalau buat loyar buruk pun biasanya kurang menjadi.

Sebaik aje menjalani ujian “Screening Health” yang dianjurkan oleh pihak syarikat, hijab penyakitku dibuka tanpa belas. Aku terkesima, tergamam dan ter.. ter.. ter.. Lalu aku jadi lupa pada Qada’ dan Qadar. Aku mula pertikaikan “Kenapa aku yang Kau pilih? Sedangkan aku tak pernah merokok, aku tak pernah minum walau setitik pun air kencing setan, kenapa aku yang perlu dibebani dengan sakit ni?”

Lalu aku tersedar…. Pepatah di atas mula menjana kembali dalam kepalaku. Menjadikan kepalaku seperti diketuk dengan senduk. Adoi.. Lalu aku berdoa… moga disebalik musibah yang ku terima ini, ada sesuatu yang menanti aku di kemudian hari.

Setitis air mata emak jatuh kerana kita, berat penangungan dosa yang perlu dipikul anak. Tapi semenjak emak diberitakan ttg sakitku ini, entah berapa ratus kali airmatanya tumpah. Besarnya dosa aku. Ampunkan Along mak.. Along patut rahsiakan dari mak. Along tak patut buat mak susah hati.

Aku perlu mencari seseorang…. Mencari Sulaiman Akhlaken atau sekutunya. Aliyah… semua atas nama kamu ye. Kasi sikit2 je pada Pak Long, jangan kasi sekaligus… nanti dia buat minang pompuan lain duit mommy tu. Hehehehe…


4 comments:

kakcik said...

Semoga Vic tetap tabah. Setiap sakit (kecuali mati), ada ubatnya, kan?

PidaSanglang said...

vic setiap drp kita ada ujian yg berlainan dariNya untuk menguji kita..sabar sis

Anne said...

Vic, be strong k.
Banyakkan berdoa.

zeqzeq said...

Sbo, berat kpd anak lelaki jika ada..tgujawab