Wednesday, April 06, 2011

A Family Day @ Cameron Highland

Umpama ‘Weather Shocked’. Ketika bumi Selangor, KL dan sekitarnya mengalami kepanasan melampau, Cameron Highland masih mampu menggigit dan memberikan kesejukan sehingga ke tulang sum-sum. Sehinggakan kami terpaksa memakai sarung tangan dan sarung kaki walaupun berada di dalam hotel. Kalau tidak, kesejukan lantai boleh sampai menembusi urat saraf.

Kebetulan Family Day yang dianjurkan oleh syarikat asben (berkunjung ke Cameron Highland) bertepatan dengan anniversary aku bersama asben. Umpama sambil menyelam minum air, alang2 bercuti biar hanimun skali.. ekeke..

Kepuasan paling maksimum bila aku dapat menghabiskan lebih sekilo (rasanya) strawberry cicah coklat sehingga bila terbau ladang strawberry pun aku jadi trauma. Hahahahaha..

Kami turut berkesempatan berkunjung ke Sg Palas Boh Centre dan menyaksikan sendiri bagaimana daun teh diproses sehingga menjadi daun teh dengan gred kualiti yang berbeza. Kesannya, kami menghabiskan lebih RM1000 ringgit membeli souvenirs untuk clients dan customers.

3 hari 2 malam menyimpan sejarah manis yang tersendiri buat kami semua. Kami bukan sahaja pulang dengan bonet kereta yang penuh tetapi membawa sekali kenangan gembira dan bahagia sehingga “bos” bersuara, “bulan depan kita pi bercuti lagi ye”…. Amboi… amboi… amboi…









8 comments:

@cu SaYaNg said...

besor betul ngangan nye tu...menunjukkan kepuasan dapat straberi coklat ek...hahahaa

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Acu- hahaha... betul tu Acu.

Pn. Liza Mahmood said...

Vic, akak pegi thn lepas tapi suhunya idak le sejuk beno - pergi pasar malam pun suhu tak mencengkam, tak aci ni...

Strawberry tu mmg best bila dipetik sendiri tp balik rmh baru celup coklat, buat sendiri lorrr...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Liza: agaknya sbb musim hujan kot. Kalau tenghari baru kami mampu bukak sejuk... kalau idak... menggigil satu badan...Kadang2 hujung jari dah tak rasa apa.

siti murni said...

waaaa....ni yang buat terasa nak pergi ni..*walhal baru je balik cuti2...huhu..

vic dengan strawberry cicah cokelat memang tak dapat dipisahkan..bagai lagu & irama...hehe

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Murni - ha'ah... mmg teramat suka... bila kat Cemeron umpama "tikus jatuh atas beras"... kenduri stoberi cicah coklat aje la.

ieja said...

wah.. sakan ko makan stoberi ye vic.. :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

ieja - ha'ah... sampai lupa diri...eh nama aku sape yer?? (lupa diri.. xoxo)