Monday, April 25, 2011

Tak Adilnya aku...

Rasa hendak berhenti jadi blogger. Mampukah? Penulisan adalah satu2nya perkara yang paling aku cintai. Tapi aku rasa tidak adil. Tidak adil kepada pembaca yang kerap melayangkan emel bertanya khabar, menunggu tips2 sebagai pekerja / majikan, menunggu kisah lucu, suka dan duka yang aku sendiri tidak sedar bahawa aku punya pengikut yang setia. Aku rasa tidak adil terhadap rakan bloggers yang aku kasihi... yg tak jemu menjengah setiap kali aku posting entry terbaru sedangkan aku tak punya masa untuk jengah blog mereka.... aku rasa tak adil.

Banyak yang ingin dikongsi sepanjang bulan April, maka itu mungkin kali ini entrynya panjang sedikit... tanpa gambar kerana aku kehilangan kabel hp manakala gambar yang lain seperti biasa hubby tinggalkan kamera di rumah pertamanya (ofis). Nanti aku titipkan beberapa keping di entry akan datang.

Aku segan nak membuka blog di pejabat. Segan untuk posting takut disedari orang. Hendak buka fb di pejabat pun aku segan. Kerana pada awal bulan lalu sewaktu memberikan presentasi hasil dari PC audit yang dijalankan di pejabat, aku telah mengingatkan mereka agar tidak membuka laman web seperti fb, twitter dsb ketika di pejabat. Hasilnya aku sendiri jadi malu untuk buka, takut digelar emak ketam.... yg mengajar anaknya jalan tegak.. sedangkan diri sendiri jalan menyendeng.

Selebihnya... aku tak punya masa sebenarnya. Terlalu sibuk dengan persiapan Annual Dinner yang akan diadakan di hotel pilihanku. Kebetulan hotel pilihanku itu menjadi pilihan MD juga. Semangat kedua bila aku punya anak angkat baru. Sebenarnya hubby yg punya... aku rembat. Anak angkat bewarna putih silver dengan logo apple kena gigit. Ke hulur ke hilir aku membawanya... dah memang seperti harta aku dah. Hubby pun relax je. ekekeke

Alhamdulillah... selain bakal mengikuti kelas aerobik dan kelas bahasa Jepun aku juga mengikuti kelas mengaji yang dianjurkan kaum Hawa di taman perumahan aku.

Abah tak sihat lewat kebelakangan ni. Baru2 ni dia kena minor stroke attack. Pengsan ketika dalam perjalanan ke masjid. Penat kami pesan pada abah, bersara aje dari jadi imam... sembahyang di rumah sahaja kalau tak mampu. Abah degil... Skang badannya senget sebelah tapi masih lagi mahu ke masjid. Kebetulan masa melawat abah 2 minggu lepas, sempat kami ke kebun mengutip durian dan manggis. Siap pacat naik ke kaki... keluar suara jantan ibu mertuaku... hahahahaha... ingatkan dia berani.. rupanya geli!

FB mungkin bukan lagi medium suara bebas aku. Aku diserbu rakan2 sepejabat yang rupanya tak putus asa menyelongkar isi kandung fb mencari seseorang yg mereka panggil diana di pejabat. Akhirnya aku lelah bermain hide n seek.. Bendera putih!!

Minggu lepas hubby menerima jemputan dari customer besar mereka untuk menyertai hari keluarga yang dianjurkan di sebuat resort di tepi pantai berhampiran Kuala Selangor. Di sana aku dapat melihat betapa ada ikatan yang kuat diantara mereka. Seperti sebuah keluarga. Sangat rapat. Itu yang aku kagumi tentang prinsip hubby. Pelanggan umpama keluarga. Kami dilayan seperti kakitangan mereka sendiri, hasilnya kami pulang dengan 2 biji hamper besar dan 2 bungkus hadiah hasil dari cabutan bertuah dan menang aktiviti berkumpulan. Memang seronok.

Dalam sibuk2 menghadiri jemputan itu ini, sempat juga aku mencuri masa singgah di sekolah lama menghantar 1 guni baju dan beg tangan sedekah untuk dibuat jualan bundle bagi mengutip derma kanak-kanak istimewa (down syndrom). Gembira bila aku menerima sms dari rakan lamaku yang juga guru kanak2 istimewa ini memberitahu barang2 aku terjual banyak, murah rezeki anak2 istimewa.... aku rasa puas. Puas dapat membantu apa yang aku terdaya.

Aku mencari masa yang sesuai untuk ke pesta buku di PWTC yang berlangsung sehingga 1 Mei ini. Ingin mencari sesuatu buat bacaan bila kebosanan....




Wednesday, April 06, 2011

A Family Day @ Cameron Highland

Umpama ‘Weather Shocked’. Ketika bumi Selangor, KL dan sekitarnya mengalami kepanasan melampau, Cameron Highland masih mampu menggigit dan memberikan kesejukan sehingga ke tulang sum-sum. Sehinggakan kami terpaksa memakai sarung tangan dan sarung kaki walaupun berada di dalam hotel. Kalau tidak, kesejukan lantai boleh sampai menembusi urat saraf.

Kebetulan Family Day yang dianjurkan oleh syarikat asben (berkunjung ke Cameron Highland) bertepatan dengan anniversary aku bersama asben. Umpama sambil menyelam minum air, alang2 bercuti biar hanimun skali.. ekeke..

Kepuasan paling maksimum bila aku dapat menghabiskan lebih sekilo (rasanya) strawberry cicah coklat sehingga bila terbau ladang strawberry pun aku jadi trauma. Hahahahaha..

Kami turut berkesempatan berkunjung ke Sg Palas Boh Centre dan menyaksikan sendiri bagaimana daun teh diproses sehingga menjadi daun teh dengan gred kualiti yang berbeza. Kesannya, kami menghabiskan lebih RM1000 ringgit membeli souvenirs untuk clients dan customers.

3 hari 2 malam menyimpan sejarah manis yang tersendiri buat kami semua. Kami bukan sahaja pulang dengan bonet kereta yang penuh tetapi membawa sekali kenangan gembira dan bahagia sehingga “bos” bersuara, “bulan depan kita pi bercuti lagi ye”…. Amboi… amboi… amboi…