Monday, March 14, 2011

You Are The Main Suspect~!!

MATTA Fair... Matta fair.. penganjuran yang kurang memberangsangkan kali ni, berbanding tahun2 sebelumnya.... offer pun kurang menarik... walaupun tinggal di hotel berhampiran, aku cuma berselera untuk pergi sekali aje. Selebihnya... aku menemani En Asben ke Low Yat sebanyak 2 kali dan mandi swimming pool.... itu lebih menarik.

Kisah yang paling hangat waktu ini mungkin earthquake dan tsunami yang melanda Sendai, Jepun. Kebetulan salah satu kilang terbesar kompeni aku yang berpengkalan di Jepun terletak di Sendai. Membuat hp... namun dari maklumat terkini yang kami terima, kilang tersebut mengalami kerosakan kecil sahaja... Syukur Alhamdulillah..
Ok.. itu kisah yang berlaku di dunia... tapi kisah yang berlaku dalam hidup aku lain pula. Ada earthquake dan tsunami juga. Kesian En Asben, lately dihujani dengan sms berbaur ugutan yang tak henti2 membanjiri hpnya. Dari lelaki tua yang sama.... tak mahu hendak mendetailkan identiti penghantar sms kerana masih menghormati dia.

Aku cuba memujuk asben untuk membuat repot polis mengenai sms ugutan ini. Namun asben memang dari dulu begitu, lembut hati. Tak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Kerana itu sms yang bunyinya sangat kasar dibiarkan sepi, tak satu pun dibalas. Alasannya, kenapa nak simbah petrol ke dalam api yang marak? Entah kenapa orang tua tu seperti meroyan bila asben mendapat projek yang turut sama di'propose' olehnya. Agaknya kerana rasa terlalu tercabar, dulu orang ni di bawah, kini bila sudah berdiri sama tinggi, tak dapat menerima hakikat pula. Rezeki tu Allah yang bagi... bukan bapak kau yang bagi. Nak marah siapa? Marah Tuhan? Kalaulah dia tahu politik sebenar yang dimainkan oleh orang2 yg kononnya kawan baik dia tu, agaknya mana dia nak letak muka bila tau En Asben tak bersalah dalam hal ni. Bukan salah En Asben, proposal yang dihantar pun setelah didesak sebanyak 4 kali oleh pihak yang mengeluarkan projek. Hanya setelah mengetahui ada syarikat luar lain yang turut menghantar proposal barulah En. asben memutuskan untuk menghantar proposal juga, atas alasan, kenapa hendak memberi ruang kepada orang luar sedangkan dia lebih tahu mengenai luar dalam syarikat yang dibawah jagaannya dulu.

Sebaik sahaja sah En Asben dipilih untuk mengendalikan projek tersebut, sms ugutan dan caci nista diterima tanpa henti. Setiap hari. Kononnya projek tersebut sepatutnya milik mereka. Mereka yang propose projek tersebut maka sepatutnya mereka yang layak mengendalikan projek itu. Walaupun En Asben tak mahu memanjangkan hal ini, namun aku punya cara tersendiri. Sarang tebuan usah dijolok. Kalau asben orangnya penyabar, jangan lupa bahawa isterinya tidak. Semua sms-sms ugutan telah ditransferkan ke telefonku. In case, sekiranya terjadi apa2 kepada Asben aku takkan teragak2 untuk menamakan dia sebagai suspek utama. Walaupun bukan kerja dia, tapi sms2 ini melayakkan dia untuk direman sekurang2nya 3 hari dalam lokap. Itu hutang yang perlu dilangsaikan. Maka berdoa aje supaya Asben tak apa2, dan sihat2 walafiat aje ye. I wont stay quiet doing nothing.... u messed with wrong person beb....

To En Asben: Kalau tak dapat tender2 GLC and Gomen yang anda hantar setelah berhempas pulas mengerjakan proposal sehingga ketiduran di ofis..... sila mengamuk pada badan kerajaan berkenaan dan serang competitor anda kerana tidak memilih syarikat anda.... yer??? Usahawan Melayu macam ni la baru dikatakan bangsat!

p/s: Lain kali jangan suka2 gelarkan orang dengan perkataan bukan2. Apa perasaan kau yang tua gayut tunggu nak mati tu digelarkan orang bukan2??? Mujurlah bapak aku pun tak nyanyuk macam kau!

7 comments:

Azrul Hisham said...

kak...kalau dah main ugut2 ni baik buat laporan polis je...

simpan SMS yg dihantar tu sebagai bukti...

tahniah la buat hubby akak...hope dia leh setelkan projek tu dengan jayanya :)

zeqzeq said...

hhaaa elok report..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azrul - thanks azrul.. Akak pun mmg planning mcm tu, masalahnya agak susah nak memujuk asben tu... takpe.. lepas ni kalau dia dpt lagi sms bukan2... akan akak paksa bermati2an supaya dia buat repot polis.

Zeq - InsyaAllah... lepas ni.

ieja said...

hush.. ni kes dengki la ni vic..
eloknya report ni.. andy ni mmg lembut hati betul la..

iDAN said...

Asbennya berdiam sendiri pasti ada matlamat di sebaliknya, jika dipanjangkan pun takkan pergi ke mana... yang penting projek itu buat sebaiknya; nama baik kita syarikat Bumiputra jangan sampai diperlekeh.

Orang kecewa mmg lazim begitu tak sedar pun apa yang dilakukannya, mungkin esok lusa dia akan sedar & malu sendiri jika Asbennya nampak bahagia sahaja.

siti murni said...

ini kes berat...tak boleh dipandang sepi. report je vic...pujuk encik asben slow-slow...bgtau consequence nya kalau tak buat report...at least u r on safe side...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ieja- Itulah pasal, sampai kawan2 ckp... "mcm mana kau boleh tenang aje baca sms macam ni?" Kalau ikut perangai masa bujang dulu, mau lunyai dikerjakan orang tua tu agaknya.

iDAN - Tu la abg iDAN, sebabkan ketenangan dia tu, dia langsung tak balas sms tu. Diam dia tu buat orang tua tak senang duduk lagi, semalam dihantarnya emel mencarut2 dan menghina pulak. Akhirnya partner dia ambik keputusan fwd emel tu kepada pihak pemberi projek. Maka terang lagi bersuluh la... orang tua tu mmg ada masalah mental. Pemberi projek dah minta asben bertenang menanggani situasi ni.

Murni - report tak buat lagi, tapi perkara ni sampai ke tengah... mereka dalam proses untuk mengambil tindakan. Sekarang ni, semuanya dibayar cash kat dunia... tak sempat tunggu akhirat... akhirat nanti kalau tak insaf ada lagi habuannya.