Sunday, March 27, 2011

Tips Kecantikan dari Estee Lauder

Sabtu lepas aku mengikuti satu workshop kecantikan anjuran Estee Lauder. Banyak yang aku belajar dari bengkel tersebut yang turut dianjurkan oleh majalah kesayanganku, InTrend.

A few tips to share with other women, juga sebagai reminder untuk diriku sendiri (mana tau kot2 satu hari aku lupa tips yang aku belajar, boleh review balik dalam blog ni.)

1- Pakai scrub muka seminggu sekali untuk membuang kulit mati, sekiranya tidak kulit mati ini akan tersumbat dalam pori2 muka menyebabkan kulit tidak boleh bernafas dengan sempurna.

2-Sesetengah wanita menganggap toner tidak penting. Salah! Toner sangat penting untuk membuka pori2 di wajah anda sebelum anda apply essence dan juga moisturiser (pelembap). Tanpa toner, amat sukar pelembap berfungsi sepenuhnya untuk menyerap masuk ke dalam pori2 muka.

3-Essence berfungsi untuk membaiki micro-circulation; moisturiser- untuk melindungi kulit dan memberikan lembapan yang cukup untuk kulit; sunblock - memelihara dan melindungi kulit dari sinar UV. Apply keempat2 perkara ini ke muka sebelum anda keluar dari rumah.

Kemudian kami belajar cara untuk make-up dengan betul menggunakan make-up Estee Lauder. Pasal makeup ni susah nak terangkan kalau takde mekap depan mata... yang menariknya aku dipilih menjadi model untuk makeup di bahagian mata, bulu kening aku yang berserabut nipis dan bersepah2 telah ditrim dengan kemas...

Tips:-
1- Jangan gunakan makeup remover yang sama untuk mata/ bibir dan muka. Bagi mata dan bibir gunakan makeup remover yang tertulis 'for eye and lip'. Ini kerana remover untuk muka terlalu 'kasar' untuk mata dan bibir manakala remover bibir dan mata terlalu 'lembut' untuk muka sehingga tidak mampu menanggalkan makeup sepenuhnya.

2- Adakalanya perempuan selalu fikir, tak perlu la sapu remover pada bibir sebab pagi pakai gincu, petang lepas makan, semua gincu pada bibir sudah ditelan. Salah! Tak percaya sapukan remover pada bibir, anda akan tetap nampak kesan gincu pada kapas. Kesan gincu ini sekiranya tidak dibersihkan akan masuk dan sebati dengan garis2 bibir anda dan akhirnya menjadikan bibir anda kelihatan hitam.

Bagus juga aku ikut program mcm ni, at least dapat belajar macam2 walaupun sebenarnya aku ni bukan kaki mekap. Yang tak bagusnya, lepas je habis bengkel tu aku telah ke Mid Valley untuk membeli bedak compact Estee Lauder. Isk isk isk..

Teringat masa kecik2 dulu mak tok (nenek) ajar sapu bedak kat muka pakai bedak batu nyonya je. Harga pun RM1 je masa tu, bleh tahan berbulan2...
Bila dah masuk sekolah menengah, nak pakai bedak kompek Johnson plak - mak le yg terpaksa beli. Dah kerja pakai bedak kompek Maybelline plak, walaupun harganya cuma RM49.90 je tapi kalau kena time dia jatuh terhempas sampai pecah, rasa nak nangis juga. La ni dah pakai bedak Estee Lauder, kalau jatuh pecah bedak kompek harga RM140 ni, Konfem termenung setengah hari aku dibuatnya.....

2 comments:

zeqzeq said...

Ee risau Diana, kena goda nanti.

anntaj said...

boleh cuba ni...
(sambil menjeling zeqzeq)
:)