Tuesday, March 08, 2011

Psst... Jangan selak kain dalam orang~!

Entry kali ni mungkin panjang sikit dari biasa, tp kira ok lah sbb dh lama tak update blog kan..

Sabtu lepas aku ke Nilai, NCI Cancer Specialist. Itupun lepas terbaca brochure nya yang mengatakan hospital ni pakar dalam bidang kanser. Lalu aku menghubungi hospital tersebut untuk mengatur temujanji pertama kami... dan terjadilah pertemuan Sabtu itu. Alhamdulillah... dari keputusan ultrasound yang dibuat menunjukkan ada perkembangan positif mengenai kesihatan aku. Mungkin ada sesuatu yang aku amalkan mendorong kepada perkembangan positif ini, selebihnya kuasa Allah... Kun Fayakun...

Sebenarnya aku dapat byk feeback, baik dari komen mahupun emel yang menerjah kotak inbox ku memberikan komen positif mengenai tempelan sebelum ini, Payung Emas Di Syurga. Tak sangka plak... membuatkan aku berkobar2 ingin berkongsi banyak lagi kisah lucu buat pengajaran bersama. Isk... suka sangat selak kain dalam orang!

Nak dijadikan cerita, sbnrnya mmg tanak cerita tapi sbb dah tak tahan meluat terpaksa cerita jugak. Adapun orang setaman aku ni, isterinya suri rumah, suaminya gomen. Biasalah kalau tinggal kat Semenyih ni kebanyakannya gomen kat Putrajaya. Suaminya hari2 balik lewat malam kononnya OT. (Vic, kenapa sebut kononnya? Kan suami dia betul2 OT.) Hari sabtu ahad pun suami dia kerja. Kadang2 asben tegur juga, "Kerja hari Ahad?" OT katanya. Betul juga orang gomen kalau OT mmg pakai baju t-shirt smart2, pastu masuk baju dalam seluar dengan seluar jeans.

Bila ada aktiviti kat taman ni biasanya isterinya ajelah yang datang mengendong anak kecik 2 orang sementara suami masih OT, lewat malam baru balik. Satu hari lepas aktiviti malam tu aku menyuruhnya membungkus makanan yang lebih2 atas meja untuk suaminya. Tahu apa jawapannya, "Suami saya tak makan malam. Dia cukup jaga badan. Penampilan nak menarik. Takut gemuk, sebab tu suami saya slim je." Aku ternganga dalam hati dengar jawapan dia. Tak tahu nak klasifikasikan dia isteri mithali atau isteri dungu.

Lalu bila aku kisahkan perbualan ni kepada En Hubby, tau apa jawapan asben? "Suami dia tu balik pun dah malam buta... mana nak makan malam lagi... dh makan kat luar la ngan org lain... apa la bini dia tu. Percaya sangat kat laki dia. Saya lelaki, saya tahulah." Gulp... itulah jawapan dari seorang lelaki. Membuatkan aku menggunakan pendekatan reverse psychology.... lenkali ko wat gitu, kata tanak makan malam... siap la!!

Blogger Azmi mesti tengah ketap bibir, Vic ni asyik2 nak kenakan orang lelaki je... ok la... kali ni vic adil... ada juga kisah lelaki baik... tapi dungu. hahaha..

Satu pagi di kantin ofis, ketika aku tgh bersarapan pagi....

Aku: Lambat ko sampai arini bang?
En. F: Ha'ah... tadi masa tengah masak lauk, gas habis... separuh masak lauk aku.
Aku: Ko masak???
En F: Ye la... nanti anak2 aku nak makan balik sekolah.
Aku: Bini ko tak masak??
En F: Ermm... bini aku nak bersiap pi kerja
Aku: Habis tu, ko tak kerja?? (soalan ni aku tanya dalam hati je.)

En. F: Gaji bila masuk??
Aku: Lorr... macam biasa la... tanya2 buat apa, macam baru semalam kerja.
En. F: Aku kering ni. Skang ni RM50 mcm air tau, semalam aku pi pasar pagi beli udang dengan sayur je dah habis RM50.
Aku: Ko pi pasar pagi ke? Ko yg beli barang dapur?
En F: Ha'ah la... selama ni aku yang beli apa... sbb tu aku tau harga sayur2 semua..
Aku: Bini ko tak pi?
En. F: Tak... dia tak larat... penat..
Aku: (Gulp....)

Selama ni aku mmg tak pernah terfikir nak risik ttg hal rumahtangga En. F ni walaupun kami mmg rapat. Tapi setelah perbualan tadi membuatkan aku meronta2 nak tau kenapa le En F ni dungu sangat?

Lalu setelah dirisik... inilah kisahnya..

En. F berkahwin dengan rakan sekerja yang tua lebih 10 tahun darinya. Walaupun kawan2 rapat telah menasihatinya, namun ketika itu hati mudanya mengatakan dia mampu mengemudi rumahtangganya walaupun isterinya lebih berusia. Selepas berkahwin si isteri berhijrah ke syarikat lain yang tidak jauh dari syarikat suami. Selepas lebih berbelas tahun hidup bersama dan dikurniakan cahayamata seramai 2 orang, si suami mula merasa hendak try pucuk muda plak... almaklumlah... life begin at 40.


Nak dijadikan cerita cinta teman sekerja tercetus lagi. Suami jatuh cinta dengan pucuk muda satu tempat kerja. Takdirnya telefon berbunyi di pagi Ahad diangkat isteri. Lalu isteri diserang histeria. Disoal siasat suami ibarat polis pencen. Suami pula memberikan jawapan munasarawak (tak munasabah). Endingnya petang Isnin itu isteri tercinta bercekak pinggang di pintu pagar, terjerit2... "Mana pmpn yang gatal sangat nak goda laki aku tu, keluar sini, nak tengok lawa sangat ke?" Terkencing2 le pmpn tu bantai tak nak keluar dari ofis sampai ke malam....

Maka sejak itulah En. F ni telah menjadi ......... macai.......
Patutlah..........



7 comments:

^bblovedd^ said...

gulp.. erk gomen ade ke ot? cam pelik lak. effa pun keje gomen tapi tade la diorg ot mlm. huhu.. cam seram lak, laki effa jaga perut dh.. ahhah *tak baik pikir bukan2 hehe..btw nice entry, keep it up,

kakcik said...

Macam kata arwah P Ramlee...'kisah rumahla tangga, ada ada sajaaa....' (*_*)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Effa - lelaki jaga perut kalau nak jaga penampilan dan stamina... ok. Yg tak oknya kalau jaga perut sebab awek komplen, "Yang... perut u dah boroi la."

Kak cik - Takkan habis kan kak cik? hehehe... lumrah asam manis rumahtangga. Untung sabut timbul... kalau batu... alamat tenggelamlah.

azieazah said...

Setiap yang terjadi tu pasti ada sebab dan alasan.

Dan pasti ada punca.

Kes EN F tu macam kes balas dendam plak kan?

Rumahtangga ni perkongsian, kalu tak pandai bertolak ansur, payah lerrrrrr...

Siapalah Kita Untuk Diagungkan...

lemonade said...

HAHAHHAHAHAHAH!!!

LORD ZARA 札拉 said...

OT?

Gomen mana ni?

T_T

kesian seh bininya~

iDAN said...

ada ketika asben yang telah jadi macai ini akan memerontak jua; apatah lagi jika dia kerja sendiri tak terikat dengan salah laku pelbagai... (sekarang nikah di luar kena penjara sehari)...

terlalu banyak cara untuk senyap-senyap pasang cawangan mahu tak mahu sahaja...

mungkin asben yang ini amat sayangkan anaknya yang dua orang tu kut!... sebab itu dia lupakan saja cinta keduanya...