Monday, February 21, 2011

Payung Emas Di Syurga..

Minggu lepas seseorang telah menangis di hadapanku. Cerita yang sama, pengadunya sahaja yang berbeza. Suaminya didakwa mempunyai kekasih gelap. Haish… samaada wanita itu yang berkulit gelap atau mereka suka duduk di tempat gelap. Agaknya kerana sudah lali dengan kisah suami curang aku seperti pakar motivasi handalan pula menenangkannya. Lagipun, suaminya baru aje melangkah ke gerbang 40 tahun. Biasalah tu… “LIFE BEGIN AT 40”. Umur 40 tahun ni la kebayakan lelaki terasa muda kembali, terasa ingin dibelai2, dimanja2, diberi sms “honey, u dah makan?” “Honey demam ke? Ala ciannya bucuk-bucuk I ni, dah makan ubat ke belum?” “Apa, honey penat? Biar I tolong urutkan”. Biasalah tu…..

Mereka terlupa seketika…. Dulu masa mula2 bercinta ngan bini tomei-tomei dulu, ada gak ayat2 mcm tu. Sms jiwang karat. Bergayut dari kul 10 malam sampai 3 pagi. Bil telefon sampai cecah ratus2. Lum citer kena bebel ngan mak pasal bil telefon yang melambung. Aishhh…..

Sampai lagu Anna Rafali ngan Suhaimi Meor Hassan pun ditukar lirik..

“Takkan pandang-pandang?

Boleh pegang-pegang..

Duduk jangan renggang…

Bertambah sayang…

Jangan malu-malu…

Jangan Segan-segan..

Kerana tak malu itu..

Memang sahabat Syaitan.”

Dowang ni ingat senang agaknya nak jadi isteri ni? Suami ngan isteri, sama-sama kerja, sama-sama penat, sama-sama keluar duit untuk menampung kehidupan rumahtangga. Bukan mcm zaman dulu, 100% suami cari nafkah… bini duk umah je. Kalau hari2 exercise atas katil pun takpe. Ini dah le isteri keluar belanja lebih bulan2, balik kerja nak kena masak, nak kena basuh baju, nak kena kemas rumah. Sebelum tidur nak kena mandi, gosok gigi, syampu rambut, pakai conditioner, tepek shower gel, cuci muka, pastu pakai baju tido, pakai cream malam, sapu lotion – pastu kena bagi signal kat hubby “mau ke tak mau malam ni?” – bila dia buat dek je, baru leh tido.

Takde le macam suami, balik kerja, kadang2 terus je tukar kain pelikat yang dah pakai 3 hari. Kalau mandi pun sabun badan tu la yg dok tonyoh kat muka, kat rambut, kat badan, kat janggut, lepas tu panjat katil, sengih2 mcm kerang busuk. Kalau yang tak mandi tu… bau tungkik je naik katil. Bini tahan nafas mcm nak pengsan. Nak tegur kang kena peril plak, “Ala… macam la awak tu wangi sangat! Mandi beriya2 pun bau bunga taik ayam juga”.

Gitulah halnya kalau bini badan naik lepas kahwin, suami mengandung 9 bulan tak beranak-ranak lepas 2 tahun pun bini diam je. Bini baru naik sikit, dah perli2 macam tong la… kereta lowered, absorber rosak la… tayar kereta asyik pancit la.. Padahal kalau isteri kurus macam lidi pun, dowang pasang lain juga, alasannya –“ bini I kurus macam papan, takde rasa…” Betul…. Ini bukan main-main punya cerita. Ini kisah benar.

Pada aku la… kita pmpn tak payah la beriya2 sakan nak rantai suami. Nak cek hp, nak cek wallet, nak friend finder suami setiap sejam, sebab kalau dowang nak buat…. Dowang tetap akan buat. Katanya dah sampai seru. Security check yg kowang amalkan hanya akan menghebatkan suami dalam skill menyimpan bukti-bukti. Beriya-iya sakan akhirnya tetap juga dapat soalan maut “Sayang, sudikah, awak menerima payung emas di syurga nanti?”

Honestly, aku tak pernah buat kerja2 cek hp, cek wallet atau cek beg laptop hubby. Cuma aku selalu pesan pada hubby, "Kalau betul awak ada yang lain, jangan sampai saya tahu dari orang lain. Awak je yg bagitau kat saya… saya ok je. Cuma satu je yg saya nak pesan. Saya ni materialistik… saya tak cukup sabar nak tunggu payung emas kat syurga, kalau betul ada pmpn nak kat awak, pastikan dia mampu memberikan saya sekaki payung yang diperbuat dari emas 916 yg saiz besar punya. Kalau dia setuju, kira deal!”


9 comments:

NanAFarhanA said...

betul..betul..betul kalau check hp ka, check laptop ka @ mintak passwd email ka hapa kaa pun buat apa..depa bleh delete kalau depa send msg @ receive msg dr org tersayang yg lain...depa lagi banyak akal nak buat..

dan lagi satu, cun laa alasan ang tuh vic..mau aku guna laa lepas nie kat laki aku nanti...

@cu SaYaNg said...

Cakap psl "badan sekeping tak rasa apa2.." baru saja acu dengar dialog tu drp salah seorang kwn kepada Mr.EE acu...

"sekarang nie aku nak cari awek baru la..nak buat peneman idup.bini aku kurus mcm tiang lampu.dulu aku mmg minat mcm tu tapi bila dah dpt rasa tak best la...aku nak cari yg berisi pulak"

zeqzeq said...

setujuuuuuuuuuuuu

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Nana - yer nana, silakan gunakan alasan yang sama... tiada sebarang royalti yg aku mintak... tp kalau nak bagi, kecil tapak tangan... empangan Bakun I tadahkan.

Acu - Vic dah banyak kali dengar alasan tu acu... Dulu masa mula2 kahwin ngan suami vic pun kurus macam papan juga. Sampai ada yg perli kata badan vic mcm papan plywood.

Skang ni dah tembun, bila nak diet kuruskan badan macam dulu, hubby ckp "Buat apa mcm dulu? Tanak... Skang dah ok." - ha, paham le tu maksudnya.

Zeq - Alhamdulillah...

azmiroy said...

VIC,
PANDAI LE AWAK NI.... BUATKAN CERITA NAK BURUKKAN LELAKI

echah_syed said...

pompuan ni mcm vic cakap lah:

tak kawin dikata andartu..
takde anak dikata mandul..
gemuk dikata tak pandai jaga badan..

sepatutnya suami bersyukur kerana diberi seorang isteri sebab ramai lelaki diluar sana tak dikurniakan seorang isteri pun walau mampu berjuta kali...apatah lagi yg tak mampu.

bersyukurlah wahai suami kerana org yg bersyukur ALLAH akan tambah nikmat berkasih syg.

payung emas? kalau dapat sebesar payung dlm gambar tu...kayo den!
terus kasi izin la ni jugak hahaha :D

lemonade said...

akan dtg sini selalu...u rock

Pn. Liza Mahmood said...

Betullah Vic, biar short & sharp tak payah nak hipokrit.

Harga emas makin tinggi tau...

Buat Suami-suami di luar sana : Kalian dipilih oleh Isteri anda kerana kualiti yang anda miliki bukannya kuantiti - Payungi isteri & anak2 anda dgn 'Payung emas' agar rumahtangga bersinar dgn kasih & sayang.

^bblovedd^ said...

suke2 cite ni. it's true.. dulu masa bercinta effa pun kene cam ni, cek hp la ape la. after kawen mmg suami tak buat dah macam tu.
effa pun slalu cakap if u ada orang lain bagitau, cari la yang elok. boleh dapat payung emas.. ;)