Tuesday, February 08, 2011

Kejutkan Aku Bila Februari Berakhir...

Februari yang....... yang panjang.. walaupun hakikatnya bulan Februari adalah bulan terpendek dalam banyak2 bulan.

Cuti CNY bermula Rabu minggu lepas sampai Isnin... menjadikan 6 hari berturut2 yg membosankan. Kerana..... kerana... I'm not going anywhere.. rumah... ofis hubby... rumah, kecuali pada petang itu, setelah sehari suntuk yang membosankan di rumah, kami aku jumpa Shukord yg came out dengan satu idea paling gila di tengah bandar Bangi. "Jom pi Melaka, kita makan ikan bakar kat Umbai..."

Gila.... tp kami pergi juga.... ke Melaka semata2 untuk pekena Ikan Bakar kat Umbai.

Dalam banyak2 gerai kat situ, kami pilih Gerai No. 5....sebabnya - kebetulan kedai tu ada satu meja yang baru dikosongkan.
Pilihan kami, Siakap Masak 3 Rasa, Udang Goreng Butter dan Udang Masak Sambal.
Hubby tersandar kekenyangan......
Shukord dalam usaha melicinkan pinggan2 supaya tokey kedai tak payah susah payah basuh. hahahahaha
Tinggal kulit udang aje..... dengan tulang ikan.
Sempat jalan2 sekitar Bandar Melaka sebelum bertolak balik ke Bangi.
Beca berhias.... tak sampai hati nak suh pakcik kayuhkan kami pasal kami baru lepas makan ikan bakaq, mesti berat!

Esoknya............
Ibu mertua, kakak ipar sekeluarga dan abang ipar sekeluarga bertandang ke rumah.... dan bermalam sekali. Siangnya kami ke Sungai Tekala.... (yg berada lebih kurang 2-3km je belakang umah aku.)
Marah sungguh abang ipar aku kerana katanya... "Kenapa air sampai paras peha je?? Perut aku pun tak tenggelam kalau baring."
Sebenarnya manusia terlampau ramai aritu.. macam ada pesta plak. Memang nasib dowang la datang salah timing.... port besh sesak... tinggal port yang tak besh je.

Sebenarnya aku menghitung hari agar Februari berakhir dengan segera. Segeralah Mac datang, Februari ini kurasa terlalu panjang....

7 comments:

azieazah said...

Nampaknya Ikan bakar Umbai ni popular betul. Kak Azie sekalipun tak pernah rasa lagi. Memang jarang ke Melaka.

Cuti CNY kali ini, nampaknya sangat luar biasa, dengan jem, dengan tempat percutian padat. Tengok Langkawi pun sampat sendat mcm sardin..

Kami pun tak pi mana-mana.
Kain Pelikat La La La...!

kakcik said...

Sesekali buat rancangan gila2 macam tu, seronok juga. :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie - betullah Kak Azie, dengar cerita jiran2 dan kawan2 yang terperangkap dalam jem... Jiran dari Terengganu bertolak pagi pukul 10 sampai di rumah pukul 2... anak2 dah menangis lembik dalam kereta...
Bila dengar cerita gitu, rasa bersyukur plak tak ke mana2...
hahaha

Kak Cik - Memang seronok... Vic pun banyak kali ke Melaka.... tp pertama kali pergi ke Umbai... Ikan Bakar dan Makanan Laut kat situ mmg segar dan besar2... Berbaloi pergi.

@cu SaYaNg said...

acu sama seperti kak azie..lum pernah sekali pun merasa ikan bakar kat umbai nie..selalu dengar orang bercerita saja...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Acu - Jadi tak gath kat Pengkalan Balak? Kalau jadi... masukkan Umbai Ikan Bakar dalam destinasi wajib pergi. hehehehhe

zeqzeq said...

UMBAI, Best ,Cepat bangun,lewat cuti dah habis.

Hazrey said...

Nasib baik aku dah standby siap siap volume low. Hahahahahahahahahahah