Tuesday, February 15, 2011

Dialog Gaduh Suami Isteri

Suami: Mana anak awak?
Isteri: Ada kat dapur, baru habis makan.

(Tiba si anak-anak keluar dari dapur, bersiap menuju ke pintu untuk keluar. Si isteri memanggil anaknya 2-3 kali tapi tak diendahkan. Panggilan hanya dibalas dengan jelingan tajam lalu dia terus keluar dari rumah.)

Suami: Itulah anak dara awak tu. Asal malam je keluar. Tak pernah lekat kat rumah. Awak tak nasihatkan dia ke?
Isteri: Eh, jangan nak salahkan saya. Awak tu sebagai bapak dia buat apa? Awak tak marah pun dia. Awak tak nampak tadi, saya panggil pun dia buat tak tahu je.
Suami: Itulah awak, orang ada anak, awak pun nak ada anak. Tapi tak tahu nak jaga anak.
Isteri: Eh... bukan saya yang beriya2 sgt nak beranak tau. Mak awak tu, asyik tanya cucu je... Ni baru sorang, pun seksa sangat rasanya.

Suami: Itu pergi manalah pulak anak awak tu? Saya malu tau tak, jiran2 nampak. Ada yang mengadu dengan saya nampak anak kita dengan jantan mana tah.... berpeleseran kat tepi semak hujung rumah sana.
Isteri: Habis saya tak malu? Saya lagi malu.... jiran2 menyindir saya tak pandai jaga anak.

(Suami menghempaskan badannya di atas sofa)

Suami: Awak jangan ambik sambil lewa benda2 ni.... nanti bila dia balik rumah dengan perut dah 'berisi'... baru awak tau.

Isteri : Eh yang... awak lupa ke... kan kita dah 'kasi' dia... camna plak dia bleh bunting?

Suami: Eh.... lupa plak kita dah 'kasi' si Mika tu...

P/S: Hehehe...

9 comments:

zeqzeq said...

Kasi kasi

kakcik said...

Putih bersih si MIKA tu... Comel! :)

zeqzeq said...

Kalu Isteri dah Kasi, bebas sikit keluar siangmalam. Sesiapa pun boleh angkut..uhu..moralnya kasi totop kilang.

azmiroy said...

memang dah agak dah ini dialog nak pekena orang...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - Kak cik - itu gambar baru lepas mandi... sbnrnya 1 jam lepas mandi dah hitam balik dh..

Zeq - Ingat isteri kilang buat anak?

Azmi - ahak... actually dialog tu mmg dialog sebenar antara vic dengan suami... tp endingnya ada ketawa berdekah2... pastu suami tambah dialog, "Hish... kalau anak perempuan betul buat perangai gini, tatau la sy nak buat apa. Ngeri!"

anyss said...

Salam,
Ohhhhhhh daku tertipu!

Pn. Liza Mahmood said...

Vic, comei Dak Mika tu... Sayangilah dia walau apapun rupanya.
Nak tau kisah tak? Ahad lepas Akak mengaku kalah dgn Anak lelaki & Suami.

Ceritanya panjang tapi kata2 dia sungguh menyentuh hati "Aiman bela kucing bukan pilih yang cantik, semua kucing sama je, ikhlas bela dia"

Akhirnya sesi pujuk-memujuk berakhir bila Suami berkata "Kesian, Mak dia xde... dibuang dek orang kat rmh Opah tu (penyewa rmh Ibu Mertua), Opah tu dah bela 8 ekor, susah nak bg makan reramai" - Akhirnya 3 ekor anak kucing itu dibawa balik - Akak cuba tdk memandang ke mata setiap anak2 itu kerana tdk mahu tertumpah rasa ihsan & sayang kerana peristiwa kematian kucing kesayangan (Syed Pilus) semasa Form 3 dulu cukup membuat akak serik kerana seharian menangisinya -kena pulak di radio hari tu hanya memasang melodi sentimental shj sempena kemangkatan Sultanah Pahang.

Yang 2 ekor ni pun dekat 2 thn Dak Aiman memujuk baru naik ke rmh - Itupun Abahnya menggunakan kuasa veto tetiba je bwk balik rmh - tapi selepas 2 thn dibela, dah pandai mengawan x lekat pulak di rumah. Yg sekor tu Si Jell Jerri dah dekat 3bln x balik (siapa ambik hah? Siap awak!) - rindu dgn mata biru & muka kesian dia (bila pandang kita, mata dia terkelip2 seolah merayu, minta simpati & kata "Terima kasih").

Moralnya bkn x sayang, bkn x cinta ttp Akak dah tau dah, akak yg teruk seolah 'mati beragan' bila kesayangan tu semua hilang dari mata tu psl kuatkan hati x mo bela... x mo bela... padahal dlm hati Tuhan je yg tau...

Errr... Akak rasa Vic pun sdh punyai perasaan halus tu terhadap Si Mika kan? Susah nak describe kan.. kan...?

Yg pasti, hilang lelah seharian, terbang segala rasa stress & tension bila mengusap bulu & menggaru dagu kucen tu kan?

Sori Vic, panjang pulak stori - just share da love...

siti murni said...

suspen sungguh cerita mu itu wahai vic...hehe.
anyway..i love ur answer to zeq.."ingat isteri kilang buat anak.." really good answer, persepsi yang harus diperbetulkan.
gebu lah mika...! geram u!!!

AjiEm said...

LurVe & miSs MIKA!!!...
hehehe
;)))