Saturday, January 15, 2011

Hampir Sempurna...

Segala kemelut kerjaya telah berlalu. "Dia" telah pun pergi dengan sukarela berbekalkan satu jumlah yang bukan sedikit - harga untuk "nyah kau dari sini, aku tak mahu tengok muka kau bermula esok pagi". Kini pejabat kembali aman dan tenteram, jadi usah cari gambar dia dalam foto yang lepas kerana sememangnya dia telah tiada. Aku telah kembali ke posisi asal, bukanlah sesuatu yang diidam2kan kerana bagi aku ada 'dia' dan tiadanya 'dia' tiada beza.

Kehidupan yang dilalui biasa saja walaupun aku mula sesak nafas dihadapkan perkara2 baru peninggalan 'dia' untuk aku mengambil alihnya. Gila... aku fikir... seorang HR hanya perlu menguruskan Recruitment and Selection, Training, Staff Welfare, Payroll, IR..... mana ku sangka bebanku ditambah dengan Legislation, apply lesen import export, perangkaan, penyata import export setahun yang tebalnya kalahkan sebuah thesis dan apply diesel bersubsidi setiap 3 bulan sekali. Aku mula belajar mengenali pegawai2 kastam, pegawai kementerian perdagangan.... aihhhh...... sesuatu yang amat baru. Ketika aku membuka buku penyata import export buat kali pertama yang penuh dengan kod yang haram aku tak faham (pendek kata kalau diambil pencuri pun tak mampu nak terjemahkan isinya) .... bila diberitahu bahawa buku setebal thesis itu perlu aku buat sendiri kelak.... aku seperti hendak pitam.

Mujur assistant aku banyak membantu. Katanya "kita sama-sama buat nanti, saya pun ada banyak benda nak belajar dari Diana". Alhamdulillah... walaupun 9 tahun lebih berusia dari aku dia masih menghormati aku sebegai ketuanya. Aku senang 'bangattt' bersamanya. Namun aku rindu juga pada kawan2 di tempat lama kerana itu aku selalu menghubungi mereka 2-3 hari sekali. Antara perkara yang lucu bila aku ditanya status aku oleh pegawai bahagian pengeluaran. Aku terpinga2 tak mengerti sebelum dia malu2 terangkan maksud pertanyaannya, "Diana, dah kahwin ke belum?" Hahahahahahahhahahaahahaaah (kalau saiz badan aku masih macam Lisa Surihani dulu takpe la juga dia tanya soalan mcm tu).... teka apa aku jawab??? Malas la nak ckp... pasal asben pun baca blog ni.. leceh la.... nanti kita gebang2 belakang ye. haha

Isnin dan Selasa ini aku akan dihantar menghadiri satu training berkenaan income tax di Cititel Mid Valley Hotel. Nanti bila pulang aku kongsi apa yang berguna ye.

Tika perasaan ini sebenarnya telah mula beku,
Kau masih hadir menghiasi mimpi-mimpiku..

10 comments:

azmiroy said...

OK lah tu Vic hadapi saja cabaran tu.. walaupun dah bertambah dengan tugas2 lain yang keluar hari tugas HR. Jadilah orang yang multy skill

@cu SaYaNg said...

soalan maut tu...susah untuk di jawab...hehehee

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azmi - sbb tu la vic cuba menyabarkan diri dengan berkata "relax vic, org lain leh buat, ko tentu boleh!"

Acu - soalan maut tu..... hahahaha.. bayangkan orang yang bertanya tu tersipu2.... alalalalalalaal

zeqzeq said...

jawab tanpa salinan ..

echah_syed said...

wow vic masih ada market...caiyoklah ^.^

naik saham ni :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - jawab tanpa salinan tapi penuh keyakinan.... haha

Combi - market yer? hahaha.... mampuih... kena pakai perisai tangkis dugaan ni. hahaha

azieazah said...

Wahhh tahniah.
Kepercayaan dan keyakinan sudah diberi, apa lagi, sekaranglah masanya untuk tunjuk dan buktikan kebolehan.

Pasti boleh punyaaaa...!

Hikhikhikhik! soalan... dasat.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie - yer.. itulah matlamat utama, harap jalan ke arahnya dipermudahkan.

Kak Azie, vic nak ikut pi Pengkalan Balak, malangnya hari Sabtu tu dipaksa kerja...... uwaaaaaaa

siti murni said...

saham vic tinggi lagi nih...hehe

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

murni - bukan saham tinggi, dowang tgh cari jalan mcm mana nak naikkan gaji sendiri kot. hahaha