Thursday, January 20, 2011

Dulu Benci, Sekarang.....

Bosannya duduk kat rumah sorang2 waktu cuti ni. Idea nak menulis pun tak ada, peti ais kubuka, coklat kuambil, ku telan pelan2. Terlupa yang minggu ni aku asyik bersantap coklat aje. Isk... kang bila jerawat dah banyak.... nangis plak. Sebut pasal jerawat, dulu muka aku ni takde satu kawasan pun yang tak ada jerawat... penuh... sampai tiap kali tgk cermin, mengalir airmata aku. Aku benci sangat2 dengan cermin. Masa muda remaja plak tu. Ntah apa puncanya.

Masa sekolah menengah tingkatan 3 sampai tingkatan 5 aku syok kat sorang mamat ni, mula2 dulu dia yang bagi hint kat aku. Tapi bila member2 dia dah tahu, dia jadi malu. Terus dia jauhkan diri. Lebih sedih bila jamuan perpisahan untuk pelajar form 5 dia malukan aku di hadapan kelas dengan mengatakan wajahku umpama roti burger yang ditabur bijan. Sedihnya.... tuhan aje yang tahu. Begitulah berakhirnya first crush aku. Skang dia dah jadi doktor...anak pun dah 2 org... mungkin pun dia baca blog ni. Dia tak suka aku ungkit cerita ni... dia selalu cakap "Yang lepas tu lepaslah, jangan sebut2 lagi, aku nyesal". Skang kami baik, saling mendoakan antara satu sama lain. Tapi dari roti burger ditabur bijan itu aku jadi obses dengan segala produk kecantikan yang menjanjikan wajah licin berseri - dan segalanya tak menjadi...

Kelakar ke sedih cerita kat atas ni?

Ok...itu cerita 11 tahun yang lepas. Kini ceritanya lain sedikit. Pertama kali menjejakkan kaki ke syarikat baru aku diperkenalkan kepada semua pekerja di dalam syarikat, tak kira yang berpangkat besar mahupun pekerja biasa. Hakikatnya kita takkan mampu membuat semua orang sukakan kita, dalam ramai2 tanpa kita sedar tentunya ada segelintir yang menyampah dengan kita. Tapi pada aku sendiri, aku punya cara tersendiri mendekati pekerja. Aku tak pernah mengamalkan birokrasi untuk berurusan denganku. Pekerja boleh approach aku pada bila2 masa untuk bertanya segala hal dan aku juga senang mendekati mereka.

Tapi nyatanya aku mengesan ketidaksenangan hati seorang pegawai yang 'selevel' denganku. Tak tahu kenapa kerana setiap kali selesai mesyuarat pagi dia pasti menemuiku hanya untuk bertanya soalan yang remeh dan menyakitkan hati. Kerap dia mempertikaikan kredibiliti aku. Adakalanya kami bertekak dan berakhir dengan kes jeling-menjeling. Namun memandangkan kami perlu liase antara satu sama lain dalam banyak perkara, aku amat mudah melupakan sengketa.

Akhirnya apabila berlaku satu petaka melibatkan pekerja seliaannya - segalanya berubah. Mungkin kerana aku tak pernah menyalahkannya atas apa yang berlaku walaupun dia seperti tergamam panik ketika itu. Mungkin kerana dia melihat kesungguhan aku membantu pekerja tersebut (mmg tugas aku sebagai HR) atau mungkin dia punya alasan yang tersendiri yang aku sendiri tak tahu. Begitulah..... bagaimana persepsi seseorang terhadap kita boleh berubah dengan sekelip mata.

9 comments:

kakcik said...

Kadang2 kita rasa, orang suka dengan kita- rupa2nya, dalam diam dia menikam kita dari belakang. Ada juga sebaliknya. Bagitulah rencah kehidupan.

Semoga 2011 ini merupakan satu titik bermulanya langkah kecemerlangan Vic untuk langkahan yang seterusnya. InsyaAllah. :)

azmiroy said...

OK lah tu Vic
jadi pegawai yang dihormati jangan jadi pegawai yang di takuti

Bro Framestone said...

cam bro.. if org sakitkan hati ke ape ke.. cam xde effect je.. kenkadang sian gak tgk dorg terkena balik..

orang2 yg jiwa HR memang cam tue..

betul kan... he..23x bila la dapat kerje as HR nie

azieazah said...

Setiap orang ada cara tersendiri yang diyakini terbaik. Tapi haruslah sentiasa belajar wpun dari orang yang berpangkat lebih rendah.

Tak rugi pun.

All the Best, VIC!

Pn. Liza Mahmood said...

Vic, kalu ada terjumpa buku bertajuk 'Don't judge a book by its cover' (errr... akak pun tak pernah jumpa! lalalaaaa...) belilah sebuah, bagi hadiah harijadi in advance kat dia.

Tak kenal maka tak cinta...

zeqzeq said...

Baca sayu, alami entah belum rasa kena hidung

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

kak cik - terima kasih kak cik. Yer... kadang2 kita pun tak sedar bila ada musang berbulu ayam di kalangan kita.

Azmi - sebenarnya lebih mudah buat orang takut pada kita berbanding hormatkan kita.

Bro- Betul tu bro.. apa jenis organisasi, kecil mahupun besar, HR adalah nadinya.

Kak Azie - Mereka lebih makan garam berbanding kita kan Kak Azie.

Pn Liza, vic pernah nampak tajuk buku tu kat MPH... coer dia mmg tak cantik... tp tajuknya besar dan jelas... sbb cover tak cantik... tak belek pun isinya. hahahaha...

Zeq - berat mata memandang, berat lagi jerawat ku pikul... hehe

siti murni said...

kita tak boleh nak paksa orang suka kan kita..sukakan cara kita. sebaik2nya kita redha aje lah..do the best & buat-buat tak ambil hati..*ambil hati sebenarnya..tapi jangan jadikan faktor utk kita terus lemah....
alohhh..ape lah..jerawat pun nak jadi hal...meh sini ex u tu..i kasi sedasss!hihi...

iDAN said...

"suami mengandung 9 bulan tak beranak-ranak"

masalah ini sering timbul pada lelaki berumur macam abg; kalau tidak kerana sakit mungkin kurang bersenam...

mungkinkah lantaran itu cinta seorang isteri semakin suram & kita dengar pasangan berumur pun tak terlepas dari bercerai berai!...