Sunday, January 02, 2011

2011 - Back To The Nature

Fuhhh..~! berhabuk. Lama tak menaip le katakan. Bukan takde masa tapi takde idea. Setiap yang nak ditulis seperti tak ada kepentingan untuk ditulis. Maka banyak perkara yang terlepas untuk dikongsi lewat kebelakangan ini. Kerja baru dah membawa aku ke JPP Shah Alam pada minggu ke-2 bekerja. Mujur JPP dah umpama rumah ke-3, tak canggung merepresentasikan diri untuk kompeni baru yang baru pertama kali menjejak kaki ke JPP. Keputusan yang diperolehi ternyata mendukacitakan seperti yang telah kujangka. Walau sekukuh mana pun bukti tanpa prosedur betul, tak mungkin kemenangan di tangan majikan. Tak apa... aku ke sini untuk melakukannya mengikut prosedur yang betul. Terima kasih kepada pengalaman dalam Perhubungan Perusahaan (IR) yang telah kukutip selama bertahun-tahun.

Aku diberi mandat mencari uniform baru untuk tahun 2011, 4 helai kemeja Padini yang harganya mencecah RM119.00 sehelai jadi pilihan. Jadi bayangkan berapa peruntukan untuk setiap seorang staff ofis. Memang kaya! Mujurlah badan aku yang kembang masih muat menyarung kemeja Padini... kalau kembang lagi tahun depan... kena tempah khas la jawabnya. Ramai yang tanya "Vic, ko gembira tak dekat tempat baru?"

Jawapan jujur dari aku, Ye.. aku gembira. Walaupun banyak perkara yang perlu dimulakan semula dari awal, aku tak kisah. Bos aku baik. MD jepun pun baik. Semenjak aku masuk dah 2 kali welcome lunch dibuat untukku. Pertama dengan semua staff ofis di Equatorial Hotel Bangi dan 2nd time bersama MD dan managers di Equatorial Hotel juga. Rasa dialu2kan di sini. Aku suka rumah ni, walaupun jauh dari KL tapi tak mundur. Kalian masih boleh jumpa Watson, Guardian, EconSave, Mydin, The Store, TESCO dan Giant tak sampai 10km dari rumah aku. Empangan Semenyih yang luas dan Sungai Tekala yang cantik dan penuh dengan kemudahan asas pun tak sampai 10km dari rumah aku. Segalanya di sini. Ia dah mencukupi.
Atas: Sempat memancing di empangan Semenyih.
Bawah: Gambar2 di Sungai Tekala.

Isnin 3hb January company shutdown bagi kebanyakan syarikat Jepun termasuklah kompeni aku. Cuti empat hari bermula Jumaat lalu dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengerjakan laman, mengemas rumah dan berjalan2 di kawasan sekitar. Bunga matahari di laman sudah berkembang mekar. Dah seminggu. Cantik!
Ok... sebenarnya tak ada idea nak menulis.. Dulu bila mula menaip dekat blog, mencurah2 idea keluar, la ni... payah amat. Munagkin akan disambung lagi lain kali.

Rindu pada kawan di Suzuki Latex... pada Mr Ricky yang juga bakal meninggalkan Suzuki Latex lagi beberapa hari ni. Alasannya "I have no mood to work here since you were gone". Oh... bapakku ayatnya manis.


12 comments:

azieazah said...

Wahhh dah mula sesuaikan diri dengan rumah dan suasana tempat kerja baru ya.

Baguslah, sekurang2nya ekspresi pertama yang awal meyakinkan dan menjana semangat.

All the Best VIC...!


*Dah duk dekat area Cheras, leh ler kita dating sebelah sana plak.

azieazah said...

Ehh silap. Tekala, Semenyih kira area Hulu Langat tuh. Kalu picnic Sg Congkak, leh calling calling kan?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

kak azie hehe... bleh ar date.. vic aritu beli uniform ofis kat jusco cheras selatan... walaupun tak dekat sgt dengan cheras.. tp still area cheras gak la ye..
Bila nak buat gath kat TEKALA plak ni. hehehe

azmiroy said...

Vic.. ingatkan dah mogok menulis bila tengokkan blog tak bergerak FB pun sama. apa dah jadi dengan dia ni.. rupanyer OK he..he..

BRO_MONDAY said...

Hai sis VIC!!!
akhirnye...sis dah mula sesuaikan diri ngan persekitaran...('',)
ape² pun memam best lah sume nye dekat ngan kawasan umah...kemudahan pentim wo...

p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1. New Entry "*~JenJaLaN PeNuTuP TaHuN 2010~*"

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azmi - itulah.... dah agak dah. Ramai kawan2 yg tegur kata apa dah jadi... FB senyap.. blog pun senyap tapi tiap malam ada online.
Banyak sangat yang berlaku tapi tak rasa boleh nak update takut menjejaskan prosedur kes. Lately, bz menguruskan hal ni je di pejabat. Maybe bila semuanya dah setel, vic akan kongsikan pada semua. Untuk dijadikan iktibar dalam dunia kerjaya kita.

Bro Monday - Alhamdulillah... nampaknya begitulah. Kini lebi bersedia menjalani 2011 dengan yakin.

kakcik said...

MIKA pun semakin comel...
:)

@cu SaYaNg said...

nak gather-gather jgn lupa acu ya...
acu nye tempat lagi dekat berbanding dgn kak azie...hahahaa

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

kak cik - salah tu kak cik.. makin comot! Suka sangat golek atas tanah.

Acu - "Aku takkan melupakanmu... takkan meninggalkanmu.. takkan menduakan cintamu... ku bercumpah".. kekeke.... sekali lagu Radja la...

zeqzeq said...

JPP ???dah dekkat laa..

tapi JPP tu apa?

oppss ganguan widgeo..komen lembab

iDAN said...

Mana jauhnya BB bangi tu; Dik VIC kena datanglah ke majlis tu... sian sy tak ada waris ni... takkan semua yg datang tu waris Kak Mila.. bayanglan dia dah pasti sekitar 600 tetamu sy belum tentu 200 tetamu...

Sy ajak semua yang kenal sy!...Dik VIC pula macam senyap saja...

siti murni said...

Alhamdulillah..u hepi di tempat baru..good for u then~! :)
Kalau macam ni boleh lah lepak selalu kat Sg. Tekala tu....nak homestay kat umah u bleh tak...?hihi....*muka tak malu