Thursday, December 02, 2010

MAHA 2010 - Beribu Rakyat Malaysia Menyumpah!!

Aku dah 3 tahun cuba nak pergi MAHA tapi tiap kali nak pergi mesti patah balik kerana putus asa dengan kesesakan lalulintas yang terpaksa dihadapi untuk ke Ekspo MAHA. Tapi nampaknya tahun ni aku masih tak berputus asa untuk mencuba nasib ke ekspo MAHA 2010.

Ok.. sebaik aje masuk jalan utama ke ekspo MAHA pada pukul 2 petang aku lihat kereta berhenti, melekat dan seolah dh dipaku atas jalanraya. Langsung tak bergerak seolah2 macam ada treler dah terbalik betul2 merintang jalan. Beratus kereta membuat U-turn drastik dan menyusur kembali jalan one way tersebut, menongkah arus. Salah seorang dari mereka ialah bapa aku (means kereta yg kami naiki). Aku lihat pemandu yang berpatah balik semuanya mengamuk dan menyumpah2..

Dah terlanjur bayar tol mahal2 sampai ke Bangi aku cadangkan pada ayah untuk pekena teh kat Putrajaya. Perghh... nak ngeteh pun sampai Putrajaya beb... mmg dahsyat.
Tgh sodap2 minum teh tiba ayah bersuara, "Ayah ingat nak cuba sekali lagi la masuk MAHA tu. Andy ada jalan alternatif tak yang tak ramai orang tahu?"
Aku lihat en hubby mengurut2 dagunya yang baru shave, "Ada, tapi tak pasti la jalan tu sesak juga ke tak, tapi kita cuba la ye."
Lalu kami angkat punggung menyusur jalan kampung dan akhirnya keluar di pintu belakang MAHA. Sesak juga tapi tak sampai melekat macam tadi. Dan... untuk masuk ke kawasan parking yang MAHA luas tu, kami terpaksa jalan sejemput2 sehingga sejam setengah! Gila! Hanya orang yg sabar je mampu buat kije2 gini... Paling mengejutkan bila time parking penuh, polis trafik selamba kodok je menutup jalan dan menghalau kereta yang tengah beratur sepanjang2... (aku yakin yg mereka juga telah Q lebih dari sejam). Tergamam aku. Apa taknya... kalau kereta2 tu dipaksa menuju ke jalan depan tiada arah lain lagi selain arah balik je ke rumah. Rayuan pemandu2 langsung tidak dipedulikan oleh polis trafik sebaliknya mereka dihalau dengan keras. Memang berbakul2 pemandu2 menyumpah. Beratur punya panjang, sket punya lama... last2 kena halau gitu je. Aku tak paham macam mana penganjuran MAHA yang bukan kali pertama ini seolah2 LANGSUNG TIDAK BELAJAR APA-APA dari penganjuran mereka yang sudah. Tidak terfikir nak buat sebarang improvement ke dengan masalah parking? Masalah pengangkutan dan kemudahan.... bila ditanya pada sekretariat MAHA jawapan mereka "TAK BOLEH NAK BUAT APA ENCIK, INI SEMUA BIROKRASI," Boleh ye bagi jawapan macam tu?

Dah dapat parking, seksa belum habis lagik dik non... kami terpaksa menapak dari tempat parking ke jalan berbukit2 sejauh 1-2km. perhh sampai nak tercabut kepala lutut aku especially time nak balik tu. Memang MAHA luas betul tempat exhibition ni.. hall je ada 3, HALL A menempatkan organizer, HALL B Local Companies, HALL C, International Companies.. itu belum masuk gerai2 yang banyak dibuka diluar hall... Ok... takmo cerita banyak... tengok je gambor2 yg sempat disnap sepanjang aku berada di MAHA 2010


Beg Jenama Louis Vuitton yang diperbuat dari kulit babi. Opss.. bukankah ini jenama kegemaran Siti Nurhaliza?
Sandal berjenama ESARLI yang juga diperbuat dari kulit babi.
Selain beg tangan dan sandal, berus cat, sarung tangan dan bermacam2 lagi barangan pengguna yang diperbuat dari kulit babi dan bulu babi.
Cara mengenalinya :- Kulit babi bertompok dengan 3 bintik berdekatan. Manakala bulu babi pula hujungnya pasti pecah dan bercabang.
Ayah bertanya pada pegawai JAKIM bertugas : Encik, benda2 ni kita boleh tengok dengan mata kasar ke?
Pegawai Jakim : Rasanya tak boleh, kena pakai kanta.
Ayah: Jadi semua rakyat Malaysia perlu bawa kanta atau dibekalkan dengan kanta setiap kali beli belah ye?
Pegawai Jakim : (ketawa)
Ayah : Saya nak tanya, macam mana barang2 pengguna macam ni yang diperbuat daripada babi boleh dijual dengan bebas di Malaysia, sebuah negara Islam? Tak ada sebarang tindakan ke yang yang diambil oleh pihak JAKIM atau kerajaan?
Pegawai : Hahaha.. saya tak boleh nak jawab la Encik. Ini semua kuasa pihak atasan.


p/s: aku telah ke sana pada 28 Nov 2010 Ahad, namun disebabkan kekangan waktu baru hari ni dapat berkongsi pengalaman ke MAHA bersama kalian. Kesimpulannya selain dari masalah kesesakan MAHA dahsyat dan pengunjung terpaksa berjalan kaki MAHA jauh untuk ke ruang pameran, secara keseluruhannya penganjuran MAHA dilihat sebagai satu usaha positif kerajaan bagi meningkatkan dan memartabatkan industri asas tani (agricultural) di Malaysia.

9 comments:

kakcik said...

dah terkena sekali, kakcik serik nak ke MAHA lagi... :)

azieazah said...

Phiewwww! Dengar jer dah cukup takut.

Kak Azie belum terbuka hati lagi lah nak pergi menyesakkan diri di sinun. Wpun ada kawan bagitau, ada bas feeder yang angkut pengunjung dari parking ke entrance..

tapi tetap tak sanggup. Dengar cerita jer dah rasa letih...

azmiroy said...

memang betul... apa yang MAHA tu... memang segalanya MAHA menjadikan orang mAHA semput... he...

Panglima Muda said...

nasib baik tak pegi sana... save duit minyak dan tak payah lenguh lenguh kaki

@cu SaYaNg said...

2 tahun lepas acu ke MAHA 3 kali..masalah kesesakan??
tak seteruk yg VIC kena la..

tahun nie belum berpeluang sekali pun lagi....bz dgn keja menghalang daripada berpoya-poya di sana..uwaaaaaaaaaaa

zeqzeq said...

pengalaman mahal ..

amir07_johor said...

harap2 masih ada ruang yang perlu diperbaiki. semoga maha terus menjadi medan untuk bakal2 petani

Linda the Octoberist said...

kite gi MAHA 2 thn lepas sbb ditugaskan untuk wat study and report on business2 kt MAHA tu. Jam 9.45 pagi dah terpacak kt MAHA. Aman giler sbb tak ramai org. naek dia punye "tren" tu pun sorang2 je gi round2 satu MAHA. hahahahaha. moral of the story, nak pergi MAHA kena gi pagi2 espcially time tgh cuti sekolah ni.

Pida_sanglang said...

memang ampeh Maha & tak akan pergi lagi...tak taulah naper org kerkerumun disana.....