Adakalanya bila kita rasa kita dah tak mampu lagi,
Hilang arah, sunyi dan keseorangan,
Hidup ini hanya malam, gelap tanpa cahaya,
Teraba-raba mencari hala,
Kerana Allah sentiasa ada,
Menemani dan memelihara kita,
InsyaAllah, Dia akan tunjukkan jalanNya.
p/s: Ilham dari lagu InsyaAllah - Maher Zain.

Bila-bila masa, kita takkan lepas melakukan kesalahan,
Kadang-kadang khuatir, masih adakah pengampunan?
Adakah Allah menerima taubat kita?
kita keliru, lalu memilih untuk jauh dariNya
Kerana diselubung rasa rasa malu dan tidak diterima..
Kembalilah kepada Allah..
Dia tak pernah jauh dari kita..
Letakkan seluruh keimanan kepadanya.
Tadahkan tangan dan mohonlah padaNya
"Ya Allah, berikan aku taufik dan hidayahMu
Hanya Engkau tempat ku meminta, bantulah aku."
InsyaAllah..... Dia akan tunjukkan jalanNya.



2 Kata Mereka...:
Kembalilah kepada Allah..
Dia tak pernah jauh dari kita..
Letakkan seluruh keimanan kepadanya.
Tadahkan tangan dan mohonlah padaNya
"Ya Allah, berikan aku taufik dan hidayahMu
Hanya Engkau tempat ku meminta, bantulah aku."
salam sis!!!
ai laik rangkap ni...('',)
amin...♥♥♥
InsyaAllah, Dia sentiasa mendengar doa kita - cuma kita yang tidak bersungguh meminta.
Vic dah mula kerja di tempat baru, ke? :)
Post a Comment