Wednesday, December 08, 2010

Hello Bangi, Bye-Bye Shah Alam.

Ok... mungkin ini adalah salah satu di antara perkara2 yang sedikit gila yang pernah aku buat. Reject offer, jadi penganggur....

Seperti yg kowang sedia maklum, perkhidmatan aku dengan SLM telah tamat pada 30 November yang lalu dan sepatutnya 1hb aku telah berkhidmat dengan syarikat baru - GLC kompeni di Bukit Raja. Pindah ke Klang akan menyebabkan hubby duduk semakin jauh dengan tempat kerjanya. Kos meningkat dari segi minyak, tol dan sewa rumah. Lalu setelah difikirkan semasak2nya aku tidak muncul pada hari yang dijanjikan, lagipun aku memang tidak mengambil offer letter terlebih dahulu kerana kononnya aku sedang menimbal semula tawaran dari syarikat sekarang........

Banyak yang berlaku sebenarnya.. setelah aku tender resignation aritu aku telah pergi interview di sebuah syarikat Jepun terkemuka di Malaysia. Mata aku telah digelapkan dengan remuneration package yang hebat sehingga aku telah bermimpi di siang hari seandainya aku berjaya menjadi salah seorang pegawai HR di sana..... dan....... tidak... aku tak berjaya. Bukan kerana aku tak layak tapi kerana yang nak resign tak jadi resign. Maka tiada selection..

Kecewa... hampa... frust kemenonggengan aku dibuatnya sementelah hati dah tak hingin nak pi GLC kompeni lagi. Bukannya apa, aku sedikit fobia dengan GLC dan Govt kerana sekali dh ada dalam sana, biasanya selamanya di sana. Kalau keluar pun belum tentu boleh survive dengan cara kerja Private Company especially MNC kompeni yang sentiasa mementingkan kepantasan dan kualiti kerja. Aku takut seandainya aku telah dimanjakan dengan cara kerja yang lemah gemalai nanti aku tak mampu kembali bekerja dengan cekap dan pantas... berat aku memikirkannya.... makin berat.. (sigh) Tarik balik surat resign?? No way!!

Kebetulan mak mengalami patah tulang. Maka aku dapat merasakan hikmahnya, dengan pemberhentian ini aku mampu menjaga mak, melakukan kerja2 rumah yang biasa dilakukan oleh mak dan menemani emak berbual sementara dia cuba menserasikan diri dengan simen di kakinya dan sementara dia cuba belajar mengedalikan wheelchair. Syukur.... segalanya ada hikmah.

Lalu satu malam datang satu ilham pada kami suami isteri. Husband dah kerja di Bangi, kenapa tidak kami berpindah ke Bangi dan aku memulakan perncarian kerja di Bangi??

Ye... hasil interview pertama di kawasan Bangi, aku bakal menjawat jawatan HR & Admin Executive di sebuah syarikat Jepun. (Jepun lagi...) Tawarannya juga agak bling bling walaupun tidak mencapai harga yang aku inginkan tetapi tetap lebih dari dulu. Aku bakal memulakan hari pertama esok (Khamis 9hb Disember 2010). Ini bermakna aku sempat menjadi penganggur 8 hari. hehehe... Bila difikirkan balik, ye aku memang gila. Mujur berkat doa mak untuk aku dengan linangan airmata sebagai tanda terima kasih telah didengar olehNYA. Syukur Ya Allah... terima kasih mak...

Ok... hari ni InsyaAllah kami akan tgk rumah yang bakal disewa. Moga segalanya berjalan lancar. Amin...

11 comments:

kakcik said...

Alhamdulillah...syukur...sesungguhnya rezeki Allah ada di mana2 kalau kita tak jemu mencari, kan Vic? :)

Tahniah dan selamat memulakan tugas di tempat baru.

Azrul Hisham said...

alhamdulillah..semoga berjaya dengan kerja baru :D

Pida_sanglang said...

Tahniah....Alhamdulillah ....semoga berjaya di tempat kerja baru

zas said...

Nyatalah rezeki dari Allah dan ada di mana2 di muka bumi ini. good luck in your new work place!

Linda the Octoberist said...

all the best for you!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Cik - Syukur Alhamdulillah... terima kasih kak cik. Nanti kalau ke Sg Tekala singgah le rumah Vic.

Azrul Hisham - terima kasih azrul. Macam mana dengan tempat kerja baru kamu?

Pida - terima kasih pida. InsyaAllah.

Zas - betul tu Zas, bumi Allah ni luas dan penuh dengan pintu rezeki, kita yang perlu mencari dan jangan sesekali berputus asa.

Linda - TQ very much linda..

@cu SaYaNg said...

uiks...dah di bangi tu tidak lah jauh mana pun dengan acu....ada masa kita calling2 ya...

tahniah & selamat maju jaya...

anyss said...

Salam,
Selamat datang ke Bangi...bangga juga bila bertambah seorang lagi warga Bangi

Pn. Liza Mahmood said...

Kalau sudah rezeki tidak kan ke mana.

Persekitaran baru pastinya menyuntik semangat kan? Tahniah Vic!

adamDabdullah said...

selamat datang ke bangi, the place for Melayu.Semuanya ada..tenang dan aman damai...

azmiroy said...

Selamat Datang ke Bangi bandar dimana ramai orang melayu yang kaya2 dan sombong....
Dan selamat majujaya denga kerjaya baru..