Monday, November 22, 2010

Selamat Hari Lahir buat En Hubby.

Malam tadi ketika nyenyak tidur, hubby kejutkan aku tepat jam 12 tengah malam. "Sayang! Bangun... dah pukul 12.03 minit", katanya...

Aku terjaga dari tidur.. Dalam mamai aku bersuara, "Selamat Hari Jadi, yang." Aku lihat dia senyum. Terus aku menyambung tidur semula... Aku tahu dia cuma mahu aku menjadi yang pertama mengucapkan kata2 itu untuk dia.

Letih sangat hari ni. Dari pagi bertolak ke PJ, Federal Highway jammed giler gara2 hujan yang tak seberapa sebelah pagi. Habis menguruskan segala hal kembali ke pejabat. Petangnya sekali lagi keluar ke JPP bagi menguruskan satu kes yang difailkan pekerja. Setelah selesai sesi rundingan aku dengan bos di ruangan menunggu. "Lepas ni you tak ada, siapa nak handle semua ni?".. ahh... bapak (bos) dah buat cerita sedih lagi. "You boleh buat," kataku meyakinkan dia. "I rasa you sepatutnya jadi lawyer tau." Aku ketawa...

Sebaik tamat sesi conciliation dengan JPP, aku terus ke Plaza Masalam. Tujuannya membeli
sesuatu untuk meraikan hari jadi hubby. Setelah membeli hadiah dan makan malam aku ke BR untuk membeli kek. Tiba2 hp berbunyi.. panggilan drpd hubby. "Saya minta maaf, saya tak sempat balik hari ni. Saya masih kat Alor Setar, kerja belum selesai. Rasanya saya tidur sini malam ni." Hmm... aku keluar dari BR tanpa membeli apa2..

Tiba di rumah aku membuka bekal makanan seekor ayam panggang dan semangkuk coleslaw. Mika datang menghampiri. "Hari ni kita berdua je Mika, Mika jaga mommy, mommy jaga Mika, okey?" Mika mengiau macam faham. Jadi makanan untuk hari ni kukongsi bersama Mika.

Untuk sayang yang berada di Alor Setar skang ni. Selamat Hari Jadi... Semoga tahun ni akan membawa seribu rahmat dan perubahan yang besar untuk kita. Semoga segalanya akan berbayar pada tahun ni. Amin.....

9 comments:

kakcik said...

Semoga berpanjangan kasih kalian ke akhir hayat.. dan semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Anne said...

Happy birthday to hubby Vic. Semoga dipanjangkan umo, dimurahkan rezeki.

azieazah said...

Aminnnn...
moga dimakbulkan segala impian dan harapan...

@cu SaYaNg said...

hepi bufday to En.Hubby's VIC
semoga di rahmati Allah selalu..amin

Linda the Octoberist said...

nak wish hepi b'day to kak Vic's husband. you guys are such a lovely couple. ape ek dlm kotak present kuning corak anak ayam tu?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Vic jadi wakil kepada hubby yer.. hehehe...

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga Allah makbulkan impian kami.

Linda - belum boleh reveal lagi isinya sbb receiver pun belum dapat pegang kotak tu lagi.

zeqzeq said...

selamat hari lahir..ulangtahun..buat en hesben..
dia suka kita pun suka jugak kan..

NanAFarhanA said...

entry yang aku tunggu2..hehehhe (jahatkan aku)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - yer zeq... kamu tu memang semuanya suka!

Nana - hampeh! Pasal ko mmg dah tau dia tak balik ye.. ko mmg jahat.. :P