Wednesday, November 03, 2010

Panggilan Yang Tak Diduga

Tak tahu nak mula dari mana. Terlalu banyak nak diluah tapi semuanya bagaikan tersekat. Tak tahu kenapa, aku sendiri keliru. Pagi Isnin 1 Nov 2010, aku menerima panggilan yang diluar jangkaan. Si pemanggil menyatakan pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk memilih aku menjadi sebahagian daripada mereka. 1 Disember 2010 adalah tarikhnya di mana aku harus melapor diri – memulakan tugas sebagai Eksekutif Sumber Manusia dalam organisasi yang tersenarai di papan bursa saham Malaysia. Sekali lagi. Bezanya kali ini ia sebuah syarikat Bumiputera. GLC. Buat pertama kalinya aku bakal bekerja dengan syarikat bumi.

Aku tak menoleh lagi ke belakang. Akhirnya surat yang ditandatangani aku pagi itu juga diserahkan ke tangan HR Manager dalam sesi tertutup di bilik mesyuarat. Nyata dia sangat kecewa. Namun beribu patah kata tak mampu melembutkan hati yang telah bersedia untuk pergi. Akhirnya penuh berat dia mengalah dengan kedegilanku. Aku hadiahkan dia dengan senyuman tanda terima kasih dan kembali ke mejaku dengan airmata. Sakit sebenarnya membuat keputusan meninggalkan lubuk di mana aku belajar seribu satu perkara. Sama sekali Managerku bukan penyebabnya, malah dia adalah punca utama aku mampu bertahan untuk 3 tahun ini.

Nyata surat tersebut menjadikan hidup aku agak haru biru bilamana aku terpaksa melakukan kerja seolah2 aku takkan kembali ke tempat kerja minggu depan. Maafkan aku kiranya aku seperti terabaikan blog sendiri dan blog rakan2. Belum lagi memikirkan soal mencari rumah sewa baru yang berhampiran dengan tempat kerja baru. Serabut otak dibuatnya. Oh… ada antara kalian yang tahu rumah sewa yang berhampiran dengan Bandar Baru Klang?

Besok 4hb November Company Shutdown bagi memberi laluan kepada Deepavali. Aku akan ke KL Fahrenheit88 (dulu dikenali sebagai KL PLAZA) untuk menyerbu pembukaan butik UNIQLO. Malangnya aku akan pergi sendiri memandangkan En. Hubby sibuk dengan kerja. Kalau kalian bercuti, kita jumpa di sana ye. Mana tau kalau ada rezeki menang hadiah melancong ke Tokyo secara percuma. 5hb – 7hb Karnival Pengantin di SACC, Endoit Photo akan turut sama menyertai Karnival ni. So secara tak langsung aku turut berada di sana bersama2 En Hubby dan photographer lain. Bagi yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai pakej fotografi yang ditawarkan oleh Endoit Photo, boleh berjumpa kami di sana ye!



13 comments:

azmiroy said...

Alhamdulillah...
betul orang kata jika ada rezeki tak kemana. Sebenarnya bunga2 U nak berhenti dari Suzuki tu turut juga merisaukan saya walaupun tiada kaitan dengan saya memandangkan zaman sekaran ni sukarnya nak dapat kerja... saya juga turut tumpang gembira

kakcik said...

Salam Vic...

Semoga tempat baru memberi semangat baru dan juga segala kegembiraan yang baru. :)

@cu SaYaNg said...

selamat bertugas di tempat baru
wish u all d best...

azieazah said...

Membaca tentang kisah ini, memberikan sedikit semangat pada Kak Azie pula untuk memulakan langkah. Memang sudah lama berkira2 utk mencari tempat baru. Wpun bukan sifat utk melompat2 tapi berhijrah ke arah positif memang takleh dielak lagi.

Semoga terus suksess!

Bro Framestone said...

tahniah Vic :)

bro masih xterase nk cari kerja lagi.. masih dalam keadaan down

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

khaizarien said...

alhamdulillah rezeki datang tanpa di duga....
moga semakin berjaya di tempat baru :)

zeqzeq said...

rebut peluang...

Anonymous said...

tahniah...kerana akan berkerja di tempat baru.. tapi saya konfius sebab tarikh lapor diri yang dinyatakan di tempat kerja baru ialah 1 Disember 2011.. hujung tahun depan tu kan!

Panglima Muda said...

bestnya.... bilalah nak belanja kami makan

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azmi - Hahaha... tp masa vic letak surat resign, bos vic ckp, org yg hari2 cakap nak resign, tak resign, yg diam2 terus resign. hahaha... dia tak baca blog vic... pasal tu tk penah dengar ura2 tu.

Kak cik - InsyaAllah kak cik.

Acu - TQ Acu.

Azie - mari kita bersama memulakan langkah baru kak Azie. TQ too kak Azie.

Bro - jgn lama sangat down bro... kadang2 masa kita sedang hibernate, peluang terbaik sedang lalu depan kita.

Khaizarien - TQ Zarien.

Zeq - InsyaAllah Zeq. Skang masih lagi mencari peluang.

Anon - hahaha.. terima kasih... alert sungguh cik anon ni, saya baru perasan. Saya dah betulkan... TQ again.

Panglima - yg tu kena tunggu setahun lagi kot, lepas dpt bonus. hahahah

Sir Marcello said...

kalo dah sanggup melepaskan sesuatu yg ada dalam tangan..mesti perkara yang baru itu ada pelbagai keindahan...

al da best ya :)

siti murni said...

Tahniah Vic...gunakan peluang ni dengan sebaik2nya. Insyallah..u'll be ok dgn new company..doakan yg terbaik utk u.

waa...sana sini sibuk bercerita pasal Uniqlo...ni yg buat i teruja nak gi kl hujung minggu ni..

ardz amy said...

Alhamdulillah dpt keje baru sis vic...
semoga keje kali ni lebih baik dr yg lepas2...
n semoga suksess selalu sis