Wednesday, November 10, 2010

Di Mana Kan Ku Cari Ganti.... Serupa Denganmu..

9 November 2010, menghitung hari. Masa kini semakin mencemaskan.. mencemaskan kenapa? Akan aku khabarkan kemudian bila tiba masanya. Nak khabar sekarang terasa malu pula. En. Salleh teman sekerja hari terakhir di syarikat hari ini. Perginya agak mengejut namun sudah dijangka reaksi pihak atasan memang begitu. Kalau dah benci, tengok muka pun tak mahu. Pergi tanpa pamitan – namun doa tak pernah putus untuknya dan untuk semua.

30 November 2010, tarikh itu akan tiba jua. Harap aku bersedia fizikal dan mental. Satu cabaran baru di hadapan, mungkin menuntut kesabaran dan kecekalan. Meeting di kelab golf hari ni lebih special sbb En Hussain telah serikan dengan belanja makan tengahari beriyani Arab di TTDI Jaya sebelum ke Kelab Golf. Kebetulan aku memang suka briyani, maka pinggan besar dengan nasi penuh itu aku habiskan tanpa masalah. Ternganga bos aku dan En Hussain dibuatnya. Opss… terlupa nak cover.

Lepas habis meeting makan lagi. Mee gorengnya sedap betul sampai bos aku pun naik pelik tangki perut yg mana aku sumbatkan semua makanan tanpa susah payah. Oh yang paling lucu bila aku cuba mengambil gambar penceramah dengan menggunakan hp baru buat kali pertama. Aku tak nak guna kamera kang obvious sgt aku ambik gambar, malangnya sound camera hp aku cukup kuat sehingga semua memandang ke arah aku. Malunya makcik!!!!! Siap kena perli ngan bos aku yg duk kat sebelah.


Entah, lepas ni tentu dah tak boleh nak pergi meeting ni lagi, jumpa kawan2 HR yang lain. Entah aku boleh duduk sebelah dengan bos baru macam aku dengan Mr Ricky, gurau2, kutuk2, dia belanja aku makan, aku dibelanja makan (ahaks), dia bawak pi makan kat hotel kemudian attend training bergelak ketawa sampai nak pengsan hingga pening kepala trainer melayan gelagat kami. Tentu sekali aku akan rindu semuanya. Ia tak mudah sebenarnya membuat keputusan untuk pergi. Bak kata En Salleh , “Bapak (bos) kau adalah bos yang terbaik yang pernah aku jumpa.”


3 comments:

azieazah said...

Betullah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat cari makan...

Ke mana pun kita baakal berhijrah, tinggalkan lah tempat lama dgn penuh hormat lagi dihormat. Semoga terus menjadi kenangan dan sebutan kerana kebaikan kita, bukan kerana pekerti kita yg dibenci,...

All the Best...! > sama lak tajuk entri terkini Kak Azie today...

Benrauf 2.0 said...

tukar kerja ye?

zeqzeq said...

yang berbeza majikan Islam dan tak islam adalah, akan terjumpa semasa TUA kelak..

malu sendiri bila semasa jadi majikan dulu ego, sombong dan cekik darah..itu yang perlu dihiraukan..nada penyesalan.
Malaysia bukan besar sangat.

" u tendang aku dulu kan?" hhee akan terdetik kata2 dlm hati..