Friday, November 19, 2010

Bila Kasihan Menjadi HARAM~!

Memang sejak kecil aku dilahirkan dengan sifat kasih sayang terhadap binatang. Walaupun terhadap anjing (tp tidak le sampai nak pegang, peluk atau bergambar posing sakan dengan anjing).

Aku pernah membantu kucing aku melahirkan anak. Bidan kucing! Bersihkan darah yang melekat pada anak kucing. Sediakan tempat tidur, dan susukan kucing dengan susu botol bila mak kucing bertindak buang anak-anaknya.

Aku suka bercakap dengan binatang. Aku tak peduli walaupun mereka mungkin tak paham apa yg aku cakap atau apa yang mereka balas kembali (kalaupun binatang2 tu paham). Masa kecik dulu ayah pernah belikan aku beberapa ekor ayam berwarna-warni. Aku le yang membela dan memberi makan anak-anak ayam tu sampailah mereka jadi ayam daging yang besar dan gemuk. Lantas bila dah besar mak pi hantar kedai untuk sembelih dan dibersihkan. Mak buat lauk ayam masak lemak cili api kasi kami makan. Aku ngan adik lelaki tak mampu nak makan. Terbayang2 ayam yang kami bela dah jadi lauk. Terus tak jadi makan. Masuk bilik - nangis.

2 hari sebelum raya korban aritu, ketika memandu pulang dari ofis ke rumah, aku terserempak dengan dua ekor lembu yang sedang diikat di tepi pokok tepi jalan. Aku perlahankan kenderaan sambil memandang2 lembu2 tu yg turut memandang ke arahku. Tanpa sedar (memang secara spontan) aku berkata "Hei... kenapa kamu berdua kat sini? Siapa yang ikat kamu kat tepi jalan ni." Aku sebenarnya langsung terlupa pasal raya korban lagi 2 hari dan lembu tersebut mungkin merupakan lembu korban. Aku tersentak tiba-tiba. Lantas memandu semula kereta pulang ke rumah.

Esoknya aku melalui jalan yang sama. Sekali lagi aku melihat lembu tersebut dari jauh cuma kali ni ada ramai budak2 mengelilingi lembu tersebut. Salah seorang dari mereka memukul badan lembu tersebut dengan dahan panjang, manakala lembu tu cuba mencari laluan untuk lari walaupun lehernya telah diikat. Sumpah aku jadi marah. Marah pada budak2 dan mak bapak budak yang cuma tahu beranak tapi tak reti jaga anak. Aku menekan hon beberapa kali sambil membuat isyarat MARAH dan JANGAN. Mereka terhenti tapi tidak berganjak. Aku menjeling pada budak2 tersebut kemudian kembali memandu pulang ke rumah.

Petang itu sebelum pulang ke kampung, hujan turun dengan lebat. Aku melalui kawasan 2 ekor lembu yang diikat. Aku lihat kedua2 lembu tadi masih di bawah pokok... lencun dibasahi hujan. Entah kenapa aku jadi sayu lantas aku mengalirkan airmata.

Teringat kata-kata mak, "Kalau sampai along kesian, ia jadi haram kalau along makan." Lantas aku nekad... aku takkan makan lembu korban untuk tahun ni. Aku tak mahu ia jadi haram bila mana aku terbayangkan 2 ekor lembu yg di bawah pokok yang telah mengundang airmata kasihan.

Maafkan aku, Ya Allah. Aku tak mampu membendung rasa ini. Maafkan aku.

8 comments:

@cu SaYaNg said...

acu penah dengar orang cakap macam tu...if kita kasihan kepada binatang,haram untuk kita makan binatang tu...

kakcik said...

Membaca coretan Vic.. kakcik ikut sebak.. :(

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Acu - mmg betul perkara tu acu.

Kakcik - Susah nak buang perasaan ni, kadang2 rasa berdosa juga. Seolah tidak redha dengan ketentuanNya.

amiey lee said...

salam kak vic..sori kalau kita mengganggu just nak share sikit info ni... kta dulu pun gitu..sbb org kata akan jadi haram tapi bila tanya pada yang lbih arif..barula dpt tau jawapannya akak blh refer kt sini http://dvillahati.blogspot.com/2010/11/hukum-makan-daging-korban.html
sori kalau disturb akak

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Terima kasih Amiey sebab kongsi info ni. Dulu kak vic pernah tgk satu rancangan agama dengan emak dekat tv. Penceramah bebas ada menyebut ttg perkara ni, jadi kak vic tanya sekali lagi pada mak kak vic betul ke mcm tu? Mak kak vic iyakan. Jadi itulah yg kak vic faham dari kecil sampai besar.

Tapi ada banyak perbezaan pendapat di kalangan ulama. Sama juga seperti rokok, ada yg kata haram, ada yg kata makruh, ada yang kata harus.

Tapi dari segi adabnya, bila kita kasihan dengan sesuatu itu tentu sekali kita tak wajar memakannya, betul tak?

Kalau pun betul ulama bersepakat memutuskan ianya tak haram kak vic pun memang tak sanggup nak makan... terbayang2 ia hidup di bawah pokok memandang muka kak vic... berhujan.. sampai mengalir air mata.

zeqzeq said...

yer kasihan lembu itu, pandai nak kutip hasil aje..
walaubagaimana pun tengok alasan dan soal jawab nanti,
saham tetap saham.

Panglima Muda said...

kucing saya hilang , ada nampak tak ?, dah 3 hari tak balik..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

zeq - lembu punya susu, sapi dapat nama..

Panglima - kena buat poster WANTED ...REWARD.... kat area taman rumah tu panglima... hehehe