Sunday, November 21, 2010

Ayah Masuk Balai...

Kebetulan ayah memang tak ada semalam. On vacation. Aku pula sibuk melayan tetamu yang datang ke rumah. Bukan orang lain. Adik bongsu ayah merangkap MakCu aku dan keluarganya. Jadi telefon yang menjerit dalam bilik tak ku peduli. Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi sms masuk...

Selepas menghidang juadah untuk tetamu aku mendapatkan hp, ada 1 missed call daripada ayah dan satu sms dari nombor yang tak dikenali... Aku buka sms, message berbunyi:-

"Ini ayah, tolong bagi credit mexis 30RM ke nombor baru ayah o128011374. Ayah lgi ada msalah kat balai Police. ta payah caal sekejap ayah call."
p/s: segala bentuk ejaan tidak diubah dari sms asal.

Tak terus panik aku malah seperti musykil dengan beberapa perkara, kerana:-
1- Ayah missed call masih menggunakan nombor hp lama, kenapa sms guna no ntah hapa2?
2- Sejak bila plak ayah pandai taip sms? Selama ni aku yang tolong taipkan sms untuk dia. Ini siap dengan ejaan slang2 org muda bersms plak tu. Kompius I..
3- Ayah pengguna tegar Digi dan walaupun aku dan adik pernah menghasut dia untuk berubah kepada Telco lain... dia bertegas mempertahankan Digi'nya.

Lalu aku menghubungi hp ayah, bukan nombor 'baru'nya. Ayah mengaku ada terrr'missed call' aku namun tidak pernah hantar sms seperti itu kepada aku. Sah!! Ada seseorang yang sengaja menggunakan modus operandi bodoh untuk mendapat kredit free RM30. Terus aku hubungi no maxis tersebut namun panggilan tak berangkat. Nasib baik ko tak angkat sebab aku dah sediakan 4 bakul penuh maki hamun untuk ko.

Sebut pasal maki hamun, lately aku amat mudah marah untuk perkara2 yang menyakitkan hati... sebagai contoh ketika beratur untuk naik gelongsor air terpanjang di Wet World siang tadi... ada le beberapa budak lelaki ni potong Q, laju je menyelit dengan pelampung besar terus ke depan sedangkan kami ni beratur panjang berpanas terik, depa sedap2 hati potong Q. Last2 tanpa diduga aku telah menjerit sekuat hati "Woiiiii!!!!" Terkejut badak budak2 tu sambil terpinga2 pandang muka aku. "Beratur belakang la!! Tak nampak ke orang tengah beratur panjang2 ni? Takde sivik ke?!!!" Sekuat hati aku menjerit... budak2 lelaki tu terus berpatah balik dan beratur di belakang. Hmmm.. aku menarik nafas puas hati sambil orang yang beratur di barisan hadapan aku tersenyum2 memandang aku. Tentu sungguh dahsyat ketika aku mengamuk tadi sampai terkulat2 muka bebudak tu. Lantak la... kalau kowang tatau mcm mana nak berperangai dengan sivik, biar aku tolong ajarkan!

8 comments:

kakcik said...

Salam Vic...

salah satu sikap orang yang membawa bendera Jepun adalah menjadi garang macam askar Jepun dolu2...;-)

SMS tu, kalau kakcik baca - macam slang Indon je!

azieazah said...

Betul lah, macam Kakcik cakap, Kak Azie pun baca terus terfikir itu ayat orang Indon...

Mujur VIC cekap memikir, jika tidak. RM30 pun duit juga tu.

Anne said...

nasib baik vic tak masukkan kredit...kalau tak syok sakan dia dpt kredit free.

@cu SaYaNg said...

huish...menyamar jd ayah pun ada??
nie 1st time acu dengar nie...


acu setuju dengan kakcik...acu dapat bayang kan betapa kuat suara & garang nye muka VIC masa marahkan budak2 tu...hehehehee

azmiroy said...

Vic
semalam anak saya tunjukkan saya SMS HP dia yang hampir sama bunyinya menyatakan saya memerlukan wang dengan segera tapi ayatnyer ayat indon
jangan dilayan macam2 cara orang nak menipu

Fariza said...

Salam vic..
saya pembaca senyap vic...
hari ini terpanggil nak kongsi pengalaman sama, saya pun dapat sms yang sama macam vic(guna bahasa indon)...lagi terkejut ayah saya dah meninggal 18 tahun dulu..oh..takkan ayah saya hantar sms tue pulak...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Cik - hahaha... betul juga kata kak cik tu..
Mungkin betul indon. Org melayu biasa letak RM kat depan... dia pi buh belakang.

Kak Azie - huish... RM30 mmg banyak lebih2 lagi nak diberi kat org tak dikenali tak pasal... itu baru sorang... kalau ramai?

Anne - Kebetulan ayah takde hari tu, biasanya dia ada tiap kali weekend.. bayangkan kalau dpt sms tu masa ayah bebetul2 ada sebelah vic?

Acu - Rasanya memang garang habis... sampai orang2 dekat barisan depan 2-3 kali noleh belakang.. bila vic pandang balik... laju2 pandang tempat lain.

Azmi - Itulah, ramai yg kata sms mcm ni tersebar luas. Dalam 10 sms yg dihantar kalau seorang yang ter'kena' pun jadilah....

Fariza - Terima kasih Fariza kerana sudi baca blog saya. Diorang ni memang cukup pandai 'buat duit' dengan warganegara kita... Kalau kita terleka memang mudah 'terkena'. Rasanya kalau dapat sergah dia, dia akan jawab "Oh... tersalah hantar sms."

AjiEm said...

ajiem dh kne..........!!!!
kuang aja itu end0n...
jmpe pk0l die rmai2...
huhuhu