Sunday, November 28, 2010

All About You, InTrend Workshop.

Aku antara yang terpilih untuk mengikuti workshop ni. Walaupun kowang buat bayaran, belum tentu lagi terpilih tau...

Pagi Sabtu aku minta hubby hantar sampai Star LRT Kelana Jaya saje. Aku memutuskan untuk ke Hotel Nikko dengan menaiki komuter je walaupun aku kurang pasti kedudukan Hotel Nikko tu dekat mana.. (menurut member, sebelah KLCC je)... so aku beli tiket ke KLCC.
Separuh perjalanan masuk seorang Bangla yang sangat hensem. Banyak tempat kosong tapi dia memilih untuk duduk di sebelahku. Lalu aku tenung wajahnya sebelum dia duduk. Sebiji macam Hitrik Roshan. Perghh.... berkumandang lagu Amelina.. 'berdegup jantungku mendengarkan namamu ... Ahh Ahhh..'


Bayang Vic: Ceh.... bangla tu. Takkan la dengan Bangla pun ko leh feel kot?
Vic: Weh.... ni bukan sebarang Bangla tau.... ini muka stok Hitrik Roshan.... sebiji giler...
Bayang Vic: Kot iya pun Hitrik Roshan.... tapi Bangla... Tak sedar diri dah kahwin! Vic: ehehhhh... aku dah kawen yer.. lupa plak~! :P

Sampai di stesen Universiti dia turun. Agaknya student UM atau UIA kot. Sebelum keluar aku tak berhenti menengok wajahnya... tiba2 dia menoleh ke arahku, tersenyum sambil membetulkan spek mata bingkai emasnya.. Heheheeh... tersipu-sipu I (blushing~!)....

OK... INILAH SEBABNYA.... kenapa laki aku tak suka aku naik public transport. Sbb tu le dia beriya2 nak anto aku sampai pintu depan Hotel Nikko tadi tp aku yang mengada takmo. Inilah sebabnya...~!! Bukan kerana takut aku dingorat... tapi takut aku yang mengorat!

Ok... balik kepada tajuk asal. Mak bapak, tipu tertipah sungguh! Nikko hotel agak jauh juga dengan KLCC.. berpeluh ketiak aku dibuatnya. Nasib baik aku pakai deodoran Ralph Lauren hasil rembat free gift perfume my brother. Sampai je kat sana, aku buat pendaftaran dan ambik goodie bag InTrend yang sangat pack dengan macam2 hadiah sponsor.


Ada 5 penceramah, started dengan Pn Hasmah dari Dermalogica. Dia ajar kami cara2 nak membersihkan muka dengan betul mengikut jenis kulit kita. Kami berpeluang menggunakan produk Dermalogica yang telah diketahui umum sangat mahal namun berkualiti tinggi. Tak silap aku Siti Nurhaliza pun menggunakan produk ni dulu sebelum wujudnya SimplySiti.
Seterusnya ceramah disambung oleh Puan Lin dari Averine. Averine ni adik beradik kepada Dermalogica tapi produknya lebih tertumpu kepada Kosmetik. Kami diajar cara bersolek dengan betul. Macam mana nak sapu blusher pada pipi, macam mana nak apply eye shadow dan mascara dengan betul dan bagaimana untuk mengenakan lipstik dan lip linear dengan betul. Kami juga telah diberikan goodie bag Averine yang harga sebatang lipstik sahaja RM80... bayangkanlah berapa harga sebenar keseluruhan isi dalam goodie bag ni.

Selepas lunch ceramah disambung oleh Ms apa yerk.. seorang image consultant dari sebuah image agency terkenal. Dia mengajar kami cara bercakap, cara menggayakan rambut dan tudung mengikut bentuk wajah dan bagaimana untuk increase our face value. Bukanlah dengan cara suntik2 tu... eii... tak kuasa I nyah!

Seterusnya ceramah disambung oleh Mr Jumbo, seorang pensyarah psikiatri dari Monash University. Ceramah dia memang besh giler. How to be a positive thinker. Cara kita menjawab soalan, cara kita respond dan feedback untuk sesuatu perkara boleh memberikan tanggapan yang jelas mengenai personaliti kita kepada orang lain. Dia juga ada mengatakan pengaruh
facebook telah membuatkan ramai orang mula hilang keyakinan kepada diri dan mempengaruhi mentaliti orang-orang Malaysia khasnya menjadi lebih teruk. Dia turut memuji kepada mereka yang tidak terpengaruh untuk buka facebook dan memutuskan untuk mnutup facebook. "Ye.. aku mmg sedang brkira2 untuk menutup facebook".

Last but not least, speaker yang ditunggu-tunggu, penganalisis jenayah En Kamal Affendi. In person dia seorang yang sangat sangat super duper kelakar dan menarik. Yes.. mmg sepanjang sesi dia kami dihujani gelak ketawa yang tak sudah-sudah sehingga masa berlari terasa terlalu
pantas... tak puas rasanya. Kami belajar bagaimana nak 'break our profile in order to avoid from being a victim'. Kami juga diajar cara2 mempertahankan diri dan tindak balas yang perlu sekiranya kami menjadi mangsa peragut, perogol dan serangan mengejut. Kami juga dikenalkan dengan contoh2 kamera cctv yang selalu digunakan untuk kaum wanita tanpa kita sedari. Tak sangka cctv tu sebesar ibu jari dan agak sukar untuk dicam. Kemudian kami ditunjukkan antara ubat2 dan cecair yang digunakan untuk 'mengkhayalkan' perempuan. Pesannya... sekiranya kita keluar dgn org yg kita kurang kenali atau kurang dipercayai... jangan minum minuman yang kita tinggalkan atau kita terlepas pandang... walaupun sekejap.

Bergambar bersama editor majalah InTrend dan team InTrend.

7 comments:

@cu SaYaNg said...

turun kat stesen klcc memang le jauh yang oi...kena turun kat stesen ampang park..baru le dekat
jauh tu menapak dari klcc...
pdn le i nmpk u kurus sikit..hehehe

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

kurus?????
Itu semua ilusi acu...
lihatlah drumstick ku itu...
tak percaya... ambik pembaris ukur.

azmiroy said...

susah rupanyer jadi orang pompuan ni ye...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azmi - yer... memang susah...
Tak bersusah2 nanti suami plak susah2 cari pengganti. Pendek kata... memang susah.

NanAFarhanA said...

vic : nasib baik ang tak histeria kan tengok mamat muka hitrik roshan...kalau aku buat muka x malu tanya je mamat tuh, "are u hitrik roshan"...hahahahha. vic kalau ko nak tau tuh tandanya andy sayang kat ko tuh pasal dia sanggup antar kemana ko nak pie..kan..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Nana- uishh... sungguhpun aku ni sedikit gila tp bab2 ni aku still mampu cover lagi. ekekek

InsyaAllah... andy 'masih' sayang kat aku dan harapnya akan kekal sayang sampai bila2.

@cu SaYaNg said...

hahahaa...drumstik yg nyummy...

VIC..

acu nak minta laluan VIC & kawan2 semua...jom kita sama2 membantu DJ Epoi

http://sephiasayang.blogspot.com/2010/11/hulurkan-tangan-ringankan-beban.html