Tuesday, November 30, 2010

Hari-hari terakhir di SLM

Thursday 25 November 2010 - Celebrating at KFC Sri Muda.....

Friday 26 November 2010 - Aku belanja Chicken Chop
Monday 29 November 2010 - Sudo (our MD) last day. Duduk barisan depan adalah calon2 yang akan meninggalkan kompeni soon. Maaf aku terpaksa me'monyet'kan gambar perempuan yang selalu menyakiti hati aku tu.
Afternoon En Hussain belanja di Malaysian Petroleum Club di Tingkat 44 Menara Berkembar Petronas. Turut dibelanja ialah Izhar (last working day with SLM on 10th Dec 2010) and Mr Ricky.. (bapak)... soon..


Tuesday 30 November 2010 - Dibelanja Briyani Bukhara Ayam oleh teman2 sekerja di Syed Bistro. Petangnya ada jamuan strawberry cicah coklat, sayangnya kerana terlalu excited makan favourite fruit aku tu, aku terlupa snap photo.

Petangnya sebelum pulang kami berpeluk2an sambil bergambar.... airmata kami pun mengalir...
Hadiah dari kawan-kawan. Terima kasih banyak2... I will miss all of you.
p/s: Sorry kerana kualiti gambar kurang memberangsangkan. Kamera tertinggal di rumah klang terpaksa menggunakan hp cabuk aku.

News: Agak kecewa kerana my 2nd last day dicemari dengan insiden bergaduh dengan Ms Yap (perempuan yg dimonyetkan). Mujur kawan2 ofis menyebelahi aku dan turut sama menyumpah dia. Padan muka.

Hari terakhir di SLM juga dapat berita mak jatuh, dipindahkan ke 3 hospital berasingan disebabkan kaki mak retak kepada 3 bahagian tapi doktor tak berani menjalankan operation kerana bacaan kencing manis mak agak tinggi. Akhirnya doktor memutuskan kaki mak perlu disimen selama 6 bulan. Doakan mak cepat sembuh ye.

Sunday, November 28, 2010

All About You, InTrend Workshop.

Aku antara yang terpilih untuk mengikuti workshop ni. Walaupun kowang buat bayaran, belum tentu lagi terpilih tau...

Pagi Sabtu aku minta hubby hantar sampai Star LRT Kelana Jaya saje. Aku memutuskan untuk ke Hotel Nikko dengan menaiki komuter je walaupun aku kurang pasti kedudukan Hotel Nikko tu dekat mana.. (menurut member, sebelah KLCC je)... so aku beli tiket ke KLCC.
Separuh perjalanan masuk seorang Bangla yang sangat hensem. Banyak tempat kosong tapi dia memilih untuk duduk di sebelahku. Lalu aku tenung wajahnya sebelum dia duduk. Sebiji macam Hitrik Roshan. Perghh.... berkumandang lagu Amelina.. 'berdegup jantungku mendengarkan namamu ... Ahh Ahhh..'


Bayang Vic: Ceh.... bangla tu. Takkan la dengan Bangla pun ko leh feel kot?
Vic: Weh.... ni bukan sebarang Bangla tau.... ini muka stok Hitrik Roshan.... sebiji giler...
Bayang Vic: Kot iya pun Hitrik Roshan.... tapi Bangla... Tak sedar diri dah kahwin! Vic: ehehhhh... aku dah kawen yer.. lupa plak~! :P

Sampai di stesen Universiti dia turun. Agaknya student UM atau UIA kot. Sebelum keluar aku tak berhenti menengok wajahnya... tiba2 dia menoleh ke arahku, tersenyum sambil membetulkan spek mata bingkai emasnya.. Heheheeh... tersipu-sipu I (blushing~!)....

OK... INILAH SEBABNYA.... kenapa laki aku tak suka aku naik public transport. Sbb tu le dia beriya2 nak anto aku sampai pintu depan Hotel Nikko tadi tp aku yang mengada takmo. Inilah sebabnya...~!! Bukan kerana takut aku dingorat... tapi takut aku yang mengorat!

Ok... balik kepada tajuk asal. Mak bapak, tipu tertipah sungguh! Nikko hotel agak jauh juga dengan KLCC.. berpeluh ketiak aku dibuatnya. Nasib baik aku pakai deodoran Ralph Lauren hasil rembat free gift perfume my brother. Sampai je kat sana, aku buat pendaftaran dan ambik goodie bag InTrend yang sangat pack dengan macam2 hadiah sponsor.


Ada 5 penceramah, started dengan Pn Hasmah dari Dermalogica. Dia ajar kami cara2 nak membersihkan muka dengan betul mengikut jenis kulit kita. Kami berpeluang menggunakan produk Dermalogica yang telah diketahui umum sangat mahal namun berkualiti tinggi. Tak silap aku Siti Nurhaliza pun menggunakan produk ni dulu sebelum wujudnya SimplySiti.
Seterusnya ceramah disambung oleh Puan Lin dari Averine. Averine ni adik beradik kepada Dermalogica tapi produknya lebih tertumpu kepada Kosmetik. Kami diajar cara bersolek dengan betul. Macam mana nak sapu blusher pada pipi, macam mana nak apply eye shadow dan mascara dengan betul dan bagaimana untuk mengenakan lipstik dan lip linear dengan betul. Kami juga telah diberikan goodie bag Averine yang harga sebatang lipstik sahaja RM80... bayangkanlah berapa harga sebenar keseluruhan isi dalam goodie bag ni.

Selepas lunch ceramah disambung oleh Ms apa yerk.. seorang image consultant dari sebuah image agency terkenal. Dia mengajar kami cara bercakap, cara menggayakan rambut dan tudung mengikut bentuk wajah dan bagaimana untuk increase our face value. Bukanlah dengan cara suntik2 tu... eii... tak kuasa I nyah!

Seterusnya ceramah disambung oleh Mr Jumbo, seorang pensyarah psikiatri dari Monash University. Ceramah dia memang besh giler. How to be a positive thinker. Cara kita menjawab soalan, cara kita respond dan feedback untuk sesuatu perkara boleh memberikan tanggapan yang jelas mengenai personaliti kita kepada orang lain. Dia juga ada mengatakan pengaruh
facebook telah membuatkan ramai orang mula hilang keyakinan kepada diri dan mempengaruhi mentaliti orang-orang Malaysia khasnya menjadi lebih teruk. Dia turut memuji kepada mereka yang tidak terpengaruh untuk buka facebook dan memutuskan untuk mnutup facebook. "Ye.. aku mmg sedang brkira2 untuk menutup facebook".

Last but not least, speaker yang ditunggu-tunggu, penganalisis jenayah En Kamal Affendi. In person dia seorang yang sangat sangat super duper kelakar dan menarik. Yes.. mmg sepanjang sesi dia kami dihujani gelak ketawa yang tak sudah-sudah sehingga masa berlari terasa terlalu
pantas... tak puas rasanya. Kami belajar bagaimana nak 'break our profile in order to avoid from being a victim'. Kami juga diajar cara2 mempertahankan diri dan tindak balas yang perlu sekiranya kami menjadi mangsa peragut, perogol dan serangan mengejut. Kami juga dikenalkan dengan contoh2 kamera cctv yang selalu digunakan untuk kaum wanita tanpa kita sedari. Tak sangka cctv tu sebesar ibu jari dan agak sukar untuk dicam. Kemudian kami ditunjukkan antara ubat2 dan cecair yang digunakan untuk 'mengkhayalkan' perempuan. Pesannya... sekiranya kita keluar dgn org yg kita kurang kenali atau kurang dipercayai... jangan minum minuman yang kita tinggalkan atau kita terlepas pandang... walaupun sekejap.

Bergambar bersama editor majalah InTrend dan team InTrend.

Monday, November 22, 2010

Selamat Hari Lahir buat En Hubby.

Malam tadi ketika nyenyak tidur, hubby kejutkan aku tepat jam 12 tengah malam. "Sayang! Bangun... dah pukul 12.03 minit", katanya...

Aku terjaga dari tidur.. Dalam mamai aku bersuara, "Selamat Hari Jadi, yang." Aku lihat dia senyum. Terus aku menyambung tidur semula... Aku tahu dia cuma mahu aku menjadi yang pertama mengucapkan kata2 itu untuk dia.

Letih sangat hari ni. Dari pagi bertolak ke PJ, Federal Highway jammed giler gara2 hujan yang tak seberapa sebelah pagi. Habis menguruskan segala hal kembali ke pejabat. Petangnya sekali lagi keluar ke JPP bagi menguruskan satu kes yang difailkan pekerja. Setelah selesai sesi rundingan aku dengan bos di ruangan menunggu. "Lepas ni you tak ada, siapa nak handle semua ni?".. ahh... bapak (bos) dah buat cerita sedih lagi. "You boleh buat," kataku meyakinkan dia. "I rasa you sepatutnya jadi lawyer tau." Aku ketawa...

Sebaik tamat sesi conciliation dengan JPP, aku terus ke Plaza Masalam. Tujuannya membeli
sesuatu untuk meraikan hari jadi hubby. Setelah membeli hadiah dan makan malam aku ke BR untuk membeli kek. Tiba2 hp berbunyi.. panggilan drpd hubby. "Saya minta maaf, saya tak sempat balik hari ni. Saya masih kat Alor Setar, kerja belum selesai. Rasanya saya tidur sini malam ni." Hmm... aku keluar dari BR tanpa membeli apa2..

Tiba di rumah aku membuka bekal makanan seekor ayam panggang dan semangkuk coleslaw. Mika datang menghampiri. "Hari ni kita berdua je Mika, Mika jaga mommy, mommy jaga Mika, okey?" Mika mengiau macam faham. Jadi makanan untuk hari ni kukongsi bersama Mika.

Untuk sayang yang berada di Alor Setar skang ni. Selamat Hari Jadi... Semoga tahun ni akan membawa seribu rahmat dan perubahan yang besar untuk kita. Semoga segalanya akan berbayar pada tahun ni. Amin.....

Sunday, November 21, 2010

Ayah Masuk Balai...

Kebetulan ayah memang tak ada semalam. On vacation. Aku pula sibuk melayan tetamu yang datang ke rumah. Bukan orang lain. Adik bongsu ayah merangkap MakCu aku dan keluarganya. Jadi telefon yang menjerit dalam bilik tak ku peduli. Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi sms masuk...

Selepas menghidang juadah untuk tetamu aku mendapatkan hp, ada 1 missed call daripada ayah dan satu sms dari nombor yang tak dikenali... Aku buka sms, message berbunyi:-

"Ini ayah, tolong bagi credit mexis 30RM ke nombor baru ayah o128011374. Ayah lgi ada msalah kat balai Police. ta payah caal sekejap ayah call."
p/s: segala bentuk ejaan tidak diubah dari sms asal.

Tak terus panik aku malah seperti musykil dengan beberapa perkara, kerana:-
1- Ayah missed call masih menggunakan nombor hp lama, kenapa sms guna no ntah hapa2?
2- Sejak bila plak ayah pandai taip sms? Selama ni aku yang tolong taipkan sms untuk dia. Ini siap dengan ejaan slang2 org muda bersms plak tu. Kompius I..
3- Ayah pengguna tegar Digi dan walaupun aku dan adik pernah menghasut dia untuk berubah kepada Telco lain... dia bertegas mempertahankan Digi'nya.

Lalu aku menghubungi hp ayah, bukan nombor 'baru'nya. Ayah mengaku ada terrr'missed call' aku namun tidak pernah hantar sms seperti itu kepada aku. Sah!! Ada seseorang yang sengaja menggunakan modus operandi bodoh untuk mendapat kredit free RM30. Terus aku hubungi no maxis tersebut namun panggilan tak berangkat. Nasib baik ko tak angkat sebab aku dah sediakan 4 bakul penuh maki hamun untuk ko.

Sebut pasal maki hamun, lately aku amat mudah marah untuk perkara2 yang menyakitkan hati... sebagai contoh ketika beratur untuk naik gelongsor air terpanjang di Wet World siang tadi... ada le beberapa budak lelaki ni potong Q, laju je menyelit dengan pelampung besar terus ke depan sedangkan kami ni beratur panjang berpanas terik, depa sedap2 hati potong Q. Last2 tanpa diduga aku telah menjerit sekuat hati "Woiiiii!!!!" Terkejut badak budak2 tu sambil terpinga2 pandang muka aku. "Beratur belakang la!! Tak nampak ke orang tengah beratur panjang2 ni? Takde sivik ke?!!!" Sekuat hati aku menjerit... budak2 lelaki tu terus berpatah balik dan beratur di belakang. Hmmm.. aku menarik nafas puas hati sambil orang yang beratur di barisan hadapan aku tersenyum2 memandang aku. Tentu sungguh dahsyat ketika aku mengamuk tadi sampai terkulat2 muka bebudak tu. Lantak la... kalau kowang tatau mcm mana nak berperangai dengan sivik, biar aku tolong ajarkan!

Friday, November 19, 2010

Bila Kasihan Menjadi HARAM~!

Memang sejak kecil aku dilahirkan dengan sifat kasih sayang terhadap binatang. Walaupun terhadap anjing (tp tidak le sampai nak pegang, peluk atau bergambar posing sakan dengan anjing).

Aku pernah membantu kucing aku melahirkan anak. Bidan kucing! Bersihkan darah yang melekat pada anak kucing. Sediakan tempat tidur, dan susukan kucing dengan susu botol bila mak kucing bertindak buang anak-anaknya.

Aku suka bercakap dengan binatang. Aku tak peduli walaupun mereka mungkin tak paham apa yg aku cakap atau apa yang mereka balas kembali (kalaupun binatang2 tu paham). Masa kecik dulu ayah pernah belikan aku beberapa ekor ayam berwarna-warni. Aku le yang membela dan memberi makan anak-anak ayam tu sampailah mereka jadi ayam daging yang besar dan gemuk. Lantas bila dah besar mak pi hantar kedai untuk sembelih dan dibersihkan. Mak buat lauk ayam masak lemak cili api kasi kami makan. Aku ngan adik lelaki tak mampu nak makan. Terbayang2 ayam yang kami bela dah jadi lauk. Terus tak jadi makan. Masuk bilik - nangis.

2 hari sebelum raya korban aritu, ketika memandu pulang dari ofis ke rumah, aku terserempak dengan dua ekor lembu yang sedang diikat di tepi pokok tepi jalan. Aku perlahankan kenderaan sambil memandang2 lembu2 tu yg turut memandang ke arahku. Tanpa sedar (memang secara spontan) aku berkata "Hei... kenapa kamu berdua kat sini? Siapa yang ikat kamu kat tepi jalan ni." Aku sebenarnya langsung terlupa pasal raya korban lagi 2 hari dan lembu tersebut mungkin merupakan lembu korban. Aku tersentak tiba-tiba. Lantas memandu semula kereta pulang ke rumah.

Esoknya aku melalui jalan yang sama. Sekali lagi aku melihat lembu tersebut dari jauh cuma kali ni ada ramai budak2 mengelilingi lembu tersebut. Salah seorang dari mereka memukul badan lembu tersebut dengan dahan panjang, manakala lembu tu cuba mencari laluan untuk lari walaupun lehernya telah diikat. Sumpah aku jadi marah. Marah pada budak2 dan mak bapak budak yang cuma tahu beranak tapi tak reti jaga anak. Aku menekan hon beberapa kali sambil membuat isyarat MARAH dan JANGAN. Mereka terhenti tapi tidak berganjak. Aku menjeling pada budak2 tersebut kemudian kembali memandu pulang ke rumah.

Petang itu sebelum pulang ke kampung, hujan turun dengan lebat. Aku melalui kawasan 2 ekor lembu yang diikat. Aku lihat kedua2 lembu tadi masih di bawah pokok... lencun dibasahi hujan. Entah kenapa aku jadi sayu lantas aku mengalirkan airmata.

Teringat kata-kata mak, "Kalau sampai along kesian, ia jadi haram kalau along makan." Lantas aku nekad... aku takkan makan lembu korban untuk tahun ni. Aku tak mahu ia jadi haram bila mana aku terbayangkan 2 ekor lembu yg di bawah pokok yang telah mengundang airmata kasihan.

Maafkan aku, Ya Allah. Aku tak mampu membendung rasa ini. Maafkan aku.

Monday, November 15, 2010

Rahsia Coklat pengubat PMS

Lama tak update kan? Sebenarnya mengharapkan berita gembira yang tak kunjung tiba. Kalau nak digambarkan perasaan kecewa... mungkin tak tergambar dengan kata2... tp aku percaya pasti ada ganjaran orang yang sabar.

Semalam buat pertama kali ikut hubby ambik gambar wedding untuk customernya yang tak dikenali langsung. Usually aku takkan ikut hubby ambik gambar kecuali sekiranya customernya itu adalah kenalan aku. Tapi yang sebenarnya aku mmg tak suka ikut dia ambil gambar sebabnya dia akan lepaK di rumah pengantin lebih lama dari orang lain lepak (of course) dan kesannya aku akan terkulat2 melayan perasaan, panas dan tak dipedulikan (sbb semua member2 dh balik). Tapi smlm ntah ape kejadahnya en hubby buat dialog sedih plak. Katanya, "Ikut la saya sekali ambik gambar, kali ni majlis rumah lelaki, sekejap je, dekat plak tu, Putrajaya je... nanti sy bawak awak gi ekspo Groom Big kat Presint 2." Hah!! Ekspo?!... bulat dan bersinar2 mata aku. "Ok la.." jawabku.

Ternyata percaturanku silap bila sedang menunggu dalam kereta aku menyedari kehadiran bendera Jepun yang paling aku benci setiap bulan. Dalam debar menanti sakit perut senggugut yang bakal tiba dalam bila2 masa aku berdoa cepatlah kerja hubby habis.

Sebaik habis, sakit perut belum terasa sangat, sekadar lemah2 badan sahaja. Hubby bertanya sekiranya aku masih mampu ke ekspo Groom Big? Membayangkan betapa hebatnya ekspo Perniagaan Kecil Sederhana yang akan diadakan, aku gagahkan diri untuk mengangguk juga. Walaupun dah mula terasa sakit ketika menjejak kaki ke dalam khemah ekspo yang besar tu namun aku gagahkan jua berjalan sambil menyambar segala benda yang nampak menarik. Antaranya strawberry gebu cicah coklat dan homemade tiramisu coklat.



Gambar ehsan pakcik google sebab masa sakit perut dah tak hengat nak ambik gambo dah..

Masuk balik dalam kereta aku seperti cacing kepanasan. Ubat tertinggal pula kat rumah. Sebenarnya aku tau hubby memang nak marah sbb aku boleh meninggalkan benda yg paling penting di rumah sedangkan bukan le berat sangat ubat tu untuk dibawa ke hulu ke hilir. Tp mungkin sbb kesian melihat wajahku yang menahan kesakitan... ditelan aje kata2nya.

Sebaik tiba di rumah... telan ubat dan pengsan. Bangun dari tidur.... aku bangun dan mencari stoberi cicah coklat dalam peti ais yg hubby simpankan... perghhh... makan tak hengat dunia, tak sedar aku habiskan semuanya. Ditambah dengan 6 ketul homemade coklat tiramisu... nyamannya... kesannya??????.................
Aku tidur dengan lena malam itu tanpa terbangun2 kesakitan seperti biasa. Huh... selama ni aku cuma pernah terbaca ttg kononnya coklat boleh mengurangkan kesakitan PMS... tak sangka ia benar2 mujarab. Syukur Alhamdulillah...

By the way ada beberapa tips yang diberikan oleh seorang teman yang turut menderita sakit PMS yg teruk seperti aku. So aku share dengan mereka yang mempunyai masalah yang sama ye.

1- Jangan minum air berkarbonat - (aku memang tak suka air gas)
2- Jangan makan jeruk atau apa jenis masakan yang diletakkan cuka.
3- Elakkan makan benda2 yang masam seperti mangga muda, asam2 and whatsoever.
4- Jangan minum nescafe ketika period.
5- Makan coklat.
Selamat mencuba!

Wednesday, November 10, 2010

Di Mana Kan Ku Cari Ganti.... Serupa Denganmu..

9 November 2010, menghitung hari. Masa kini semakin mencemaskan.. mencemaskan kenapa? Akan aku khabarkan kemudian bila tiba masanya. Nak khabar sekarang terasa malu pula. En. Salleh teman sekerja hari terakhir di syarikat hari ini. Perginya agak mengejut namun sudah dijangka reaksi pihak atasan memang begitu. Kalau dah benci, tengok muka pun tak mahu. Pergi tanpa pamitan – namun doa tak pernah putus untuknya dan untuk semua.

30 November 2010, tarikh itu akan tiba jua. Harap aku bersedia fizikal dan mental. Satu cabaran baru di hadapan, mungkin menuntut kesabaran dan kecekalan. Meeting di kelab golf hari ni lebih special sbb En Hussain telah serikan dengan belanja makan tengahari beriyani Arab di TTDI Jaya sebelum ke Kelab Golf. Kebetulan aku memang suka briyani, maka pinggan besar dengan nasi penuh itu aku habiskan tanpa masalah. Ternganga bos aku dan En Hussain dibuatnya. Opss… terlupa nak cover.

Lepas habis meeting makan lagi. Mee gorengnya sedap betul sampai bos aku pun naik pelik tangki perut yg mana aku sumbatkan semua makanan tanpa susah payah. Oh yang paling lucu bila aku cuba mengambil gambar penceramah dengan menggunakan hp baru buat kali pertama. Aku tak nak guna kamera kang obvious sgt aku ambik gambar, malangnya sound camera hp aku cukup kuat sehingga semua memandang ke arah aku. Malunya makcik!!!!! Siap kena perli ngan bos aku yg duk kat sebelah.


Entah, lepas ni tentu dah tak boleh nak pergi meeting ni lagi, jumpa kawan2 HR yang lain. Entah aku boleh duduk sebelah dengan bos baru macam aku dengan Mr Ricky, gurau2, kutuk2, dia belanja aku makan, aku dibelanja makan (ahaks), dia bawak pi makan kat hotel kemudian attend training bergelak ketawa sampai nak pengsan hingga pening kepala trainer melayan gelagat kami. Tentu sekali aku akan rindu semuanya. Ia tak mudah sebenarnya membuat keputusan untuk pergi. Bak kata En Salleh , “Bapak (bos) kau adalah bos yang terbaik yang pernah aku jumpa.”


Wednesday, November 03, 2010

Panggilan Yang Tak Diduga

Tak tahu nak mula dari mana. Terlalu banyak nak diluah tapi semuanya bagaikan tersekat. Tak tahu kenapa, aku sendiri keliru. Pagi Isnin 1 Nov 2010, aku menerima panggilan yang diluar jangkaan. Si pemanggil menyatakan pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk memilih aku menjadi sebahagian daripada mereka. 1 Disember 2010 adalah tarikhnya di mana aku harus melapor diri – memulakan tugas sebagai Eksekutif Sumber Manusia dalam organisasi yang tersenarai di papan bursa saham Malaysia. Sekali lagi. Bezanya kali ini ia sebuah syarikat Bumiputera. GLC. Buat pertama kalinya aku bakal bekerja dengan syarikat bumi.

Aku tak menoleh lagi ke belakang. Akhirnya surat yang ditandatangani aku pagi itu juga diserahkan ke tangan HR Manager dalam sesi tertutup di bilik mesyuarat. Nyata dia sangat kecewa. Namun beribu patah kata tak mampu melembutkan hati yang telah bersedia untuk pergi. Akhirnya penuh berat dia mengalah dengan kedegilanku. Aku hadiahkan dia dengan senyuman tanda terima kasih dan kembali ke mejaku dengan airmata. Sakit sebenarnya membuat keputusan meninggalkan lubuk di mana aku belajar seribu satu perkara. Sama sekali Managerku bukan penyebabnya, malah dia adalah punca utama aku mampu bertahan untuk 3 tahun ini.

Nyata surat tersebut menjadikan hidup aku agak haru biru bilamana aku terpaksa melakukan kerja seolah2 aku takkan kembali ke tempat kerja minggu depan. Maafkan aku kiranya aku seperti terabaikan blog sendiri dan blog rakan2. Belum lagi memikirkan soal mencari rumah sewa baru yang berhampiran dengan tempat kerja baru. Serabut otak dibuatnya. Oh… ada antara kalian yang tahu rumah sewa yang berhampiran dengan Bandar Baru Klang?

Besok 4hb November Company Shutdown bagi memberi laluan kepada Deepavali. Aku akan ke KL Fahrenheit88 (dulu dikenali sebagai KL PLAZA) untuk menyerbu pembukaan butik UNIQLO. Malangnya aku akan pergi sendiri memandangkan En. Hubby sibuk dengan kerja. Kalau kalian bercuti, kita jumpa di sana ye. Mana tau kalau ada rezeki menang hadiah melancong ke Tokyo secara percuma. 5hb – 7hb Karnival Pengantin di SACC, Endoit Photo akan turut sama menyertai Karnival ni. So secara tak langsung aku turut berada di sana bersama2 En Hubby dan photographer lain. Bagi yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai pakej fotografi yang ditawarkan oleh Endoit Photo, boleh berjumpa kami di sana ye!