Friday, October 22, 2010

Sehari Bersama Fahrin Ahmad

Dalam banyak-banyak hadiah yang aku menangi, aku rasakan inilah hadiah pertandingan yang paling hebat. Ketika menerima surat yang menyatakan anda memenangi hadiah utama "Sehari Bersama Fahrin Ahmad," aku melompat-lompat mengalahkan anak kecik diberi lolipop.

Pagi lagi kenderaan MPV putih itu menunggu di hadapan rumahku. Emak dan ayah menghantar ke muka pintu pagar dengan rasa sedikit cuak. Takut2 kalau anaknya tak sampai ke rumah Fahrin Ahmad, takut dibawa ke Siam plak. Kenderaan berhenti di sebuah rumah banglo dengan laman yang luas. Ada tiga biji kenderaan di laman. 1 BMW, 1 Kenari, 1 lagi sebuah kereta sport tanpa bumbung berwarna merah. Cantik! Aku berjalan menghala ke arah deretan kereta tersebut. Kenari? Kenapa ada kenari?

"Kenari tu untuk kegunaan mak dan ayah saya kalau mereka ada di sini," kata satu suara di belakang. Aku menoleh. Perghh... tiba2 jantung aku berdegup 180km/j (cukuplah tu, jantung aku enjin 3.0 cc je) Fahrin Ahmad tersenyum manis. Aduihhhhhhhhhh.... cair.... cair.... cair...

"Apa khabar FA?" kataku sambil menghulur tangan. (FA ialah nama panggilan bagi peminat2 fanatik Fahrin Ahmad). "Khabar baik. Umur berapa?" Sambil menyambut huluran salamku.
"28," jawabku.
"Kalau macam tu panggil saya abang je la...," katanya senyum lagi..
Aku rasa macam nak pengsan.

Kami mengikuti jadual yang ditetapkan. Pagi2 kami menaiki BMW ke Pavillion. 'Shopping Bersama F.A' kalau ikut jadualnya. Aku berkesempatan membantu FA memilih perfume. Dia setuju mengikut pilihanku, sekotak Paco Rabbanne bertukar tangan. Sebagai hadiah, aku diberi memilih 1 hadiah apa sahaja.... dan aku telah merembat sebiji beg tangan berjenama Salvatore Ferragamo. Ha... sape suh pilih apa sahaja?? Kan dah kena bayar. Pendek kata aku gembira berpusing2 di Pavillion bersama FA... terasa diri macam superstar sebab semua mata memandang ke arah kami.

Tak sedar dah petang. Ketika dalam perjalanan balik, FA mengingatkan aku, "Petang ni kita ada party pertemuan bersama peminat di tepi pantai. Kamu pakai baju warna merah ye." Aku mengangguk excited.

Setelah mandi aku menyarung sehelai t-shirt polo bewarna merah putih. Sebaik keluar dari rumah aku melihat FA telah menunggu di kereta sport bewarna merahnya. Segaknya dia... bert-shirt merah juga. Kereta merah...baju merah.... auwwww.... Dan sepanjang menaiki kereta bersamanya itu aku sungguh bahagia. Aku membalas lambatan peminat2 yang berkumpul di tepi pantai... nasib la korang... takat lambai je. Aku dah puas shopping dan berdua2an dengan FA. Aku terus melambai2 dari atas kereta tanpa bumbung yang masih bergerak. Sesekali menjeling pada FA yang duduk di sebelah.... dia membalas senyumanku.. Nyaris aku tak jatuh dari kereta. Indahnya....

Tiba2... punggungku di tepuk berkali2.... "Yang... bangun... tak nak pergi kerja ke? Dah lewat ni." Perlahan-lahan mata aku terbuka.... Kelibat en hubby kelihatan di hujung katil... "Kenapa awak kejut??" bebelku. "Eh, tak nak pi kerja ke?"... dengan malas aku bangun mencapai tuala mandi dan menuju ke bilik air. Tersenyum aku sendirian. Adakah aku sudah terlalu obses dengan jejaka bernama Fahrin Ahmad. Hahahahahahahahah

17 comments:

ezannurhafiz said...

waaaa...kak vic...ingatkan betol2 tadi...huhu..bijak ek...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ini bukan tipu2... ini betul2 punya mimpi... pagi tadi punya... fresh from the oven...

heheheh..

sampai skang masih terbayang2 mimpi indah tu.

zeqzeq said...

Dah terbabas obses elok jumpa doktor takut jadi angau haha. Mama angau

diana a.k.a melon said...

isk..beria-ria I bace..rupenye mimpi..sabo jelah ngan kak vic nie..

kakcik said...

wakakaka.... dah agak dahhhh... :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - vic rasa memang dh kena sakit angau dah ni. hahaha...

Diana - eh... itu mmg kisah benar yg berlaku dalam mimpi... tak rugi baca pun, bleh share mimpi kak vic. ekekeke

kakcik - apo nak buek kak cik?? hanya dalam mimpi je la..

Anne said...

lorrrr...ingatkan betul2 tadi vic. Anne pun dah syok baca...hehehe

moga2 en fahrin ahmad tu ada terbaca blog vic, mana tau dia betul2 ajak.

shazriena said...

hahahaha sis vic kelakar pecah perut ardz baca ilang my tensen baca menda ni hahahaha.. elok2 tensen study terus ilang waaaa best giler mimpi cenggini

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Anne - harap2 doa u tu dimakbulkan cepat..... heheheh..

Shaz - kak vic belum berhenti senyum lagi ni.... masih terbayang-bayang melambai2 tangan dari atas kereta sport merah..

ezannurhafiz said...

mesti hari ni kak vic senym je memanjang...awas..nanti en.hubby tersinggung plak..hehe..

siti murni said...

hahaha...sudah ku duga...
bila baca tang part 'salvatore ferra x mo mo" tu i dah mula suspicious yg amat sangat..prank kah...mimpi kah...hahaha
pandai buat lawak yer...

@cu SaYaNg said...

acu dah agak dah...
cite nie cuma dalam mimpi...
sebab nye acu tak dengar pun apa2 contect yang menawarkan hadiah sedemikian...hahahahaaaaa

beg tangan salvatore konon...muahahaaa

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

ezan - hubby ketawa baca blog ni... katanya "patutlah muka tensen bila kena kejut pagi ni."

siti murni - salvatore ferragamo tu harga sebiji beg hodoh je kurang2 RM4000.... padahal perfume baru RM300.. tak berbaloi hadiah pilihkan perfume!

Acu - untung juga dapat mimpi... tak dapat yg betul.. mimpi pun jadi la.... hahahahaha

ieja said...

hahaa... minat sgt nih..smpai termimpi2 dah.. :)

Wan Zuraida said...

sy terjumpe blog ni, sgt kelakar! kah4

Ichi said...

serius kelakar oke. kalau saya ni cikgu yang tanda karangan anak murid, mmg sy bagi A+++ la. hehe

mahizan maira said...

wah daku tertipu bile bacanya..hahhaa..:P